Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mendapatkan pandangan penasihat agamanya terlebih dahulu sebelum menghadiri upacara agama lain, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
Menurut beliau, ini termasuk kehadiran kontroversi Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Dr Juanda berkata, perkara itu penting supaya tindakan perdana menteri tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.
Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam dengan lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.
Selain itu, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan mereka yang datang ke kuil itu.
Sebelum ini, perdana menteri terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing hanya menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.
Tindakan Najib itu, antaranya mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, PAS dan kumpulan NGO Islam.
Antara yang paling keras, Harussani dipetik portal The Malaysian Insider sebagai berkata beliau terkilan dengan tindakan itu yang didakwa “menggadai akidah” walaupun mendakwa sudah ditegur setiap tahun.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” kata Harussani.
Malaysiakini
Najib dilihat sanggup mengadaikan akidahnya semata-mata untuk meraih simpati kaum India yang majoritinya beragama Hindu. Pemuda yang mengelar diri mereka sebagai ulama muda menyertai Umno hanya kerana ingin menyelamatkan diri daripada diambil tindakan oleh pihak polis.
BalasPadamAdalah amat malang kerana Najib adalah Perdana Menteri yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi pemikiran Melayu/Umno dimana mereka menganggap perbuatan Najib itu tidak bersalahan dari segi akidah.
Inilah politik sekular anutan Umno yang bagi mereka 'politik suku agama suku' walau pun mulut mereka kata tidak tetapi hati mereka kata ya.