KEKEJAMAN TENTERA AS DI VIETNAM

Menurut jurugambar tentera AS, Ronald L. Haeberle yang mengikuti misi tentera AS menghapuskan anggota Vietcong di Kampung My Lai, Vietnam, wanita dan kanak-kanak yang terpancar di wajah mereka rasa takut yang teramat sangat ini ditembak mati tanpa perikemanusiaan sejurus gambar tersebut dirakam. Tembakan bertubi-tubi itu membunuh kesemua wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya itu.


Itulah antara kekejaman tentera AS yang sebelum ini cuba ditutup, namun terbongkar dan dikecam oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai itu, dianggarkan lebih 500 penduduk kampung yang kebanyakannya orang tua, wanita, kanak-kanak, dan bayi dibunuh dengan kejam oleh tentera AS daripada Kompeni Charlie Batalion Pertama Regimen Infantri Ke-20 dan Briged ke-11 tentera AS.


Menurut saksi kejadian, ada penduduk kampung yang didera secara seksual dan dicederakan dengan senjata tajam sebelum ditembak mati. Wanita, kanak-kanak, dan orang tua yang tinggal nyawa-nyawa ikan ditembak berkali-kali bagi memastikan mereka benar-benar mati. Mayat-mayat penduduk kemudiannya dibakar untuk melupuskan bukti kekejaman tentera AS.

Menurut Wiki, pada malam sebelum serangan itu, Kapten Ernest Medina memberitahu pasukannya bahawa penduduk Kampung My Lai akan meninggalkan rumah untuk ke pasar pada pukul 7:00 pagi. Mana-mana penduduk yang masih tinggal di rumah adalah ahli Vietcong atau orang yang bersimpati kepada Vietcong. Ketika sesi taklimat itu, ada yang bertanya sama ada perintah itu termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak. Mereka yang hadir kemudian memberikan pengakuan yang berbeza-beza tentang respons Medina. Biar apa pun lebih 500 penduduk yang tidak berdosa mati dibunuh tentera AS yang diketuai oleh Leftenan William Calley pada pagi 16 Mac 1968.

Setelah menerima kecaman yang hebat dari serata dunia, AS mengambil keputusan untuk menyiasat kes ini. Hasilnya, 26 orang tentera AS disiasat atas kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mereka di My Lai. Namun hanya Leftenan William Calley, ketua platun dalam Kompeni Charlie, telah disabitkan bersalah. Dia yang didapati bersalah membunuh 22 penduduk kampung telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Yang amat mengejutkan apabila hukuman tersebut telah diringankan dan ketua pasukan pembunuh ini hanya menjalani tahanan rumah selama 3 tahun setengah. Puluhan askar dan pegawai tertinggi yang turut terlibat tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. -



Lebih 40 tahun selepas pembunuhan kejam di My Lai, William Calley yang telah disabitkan bersalah kerana peranannya dalam pembunuhan itu telah memohon maaf secara terbuka. Semasa memperkatakan kejadian itu, selain memohon maaf dan menyatakan rasa kesalnya, Calley mendakwa tindakannya pada waktu itu berdasarkan arahan yang telah diberikan kepadanya.













Gambar: Ronald L. Haeberle

Tiada ulasan:

Catat Ulasan