TAK TAU APA AKU NAK BUH DALAM BLOG AKU NIH....AKU PUN BUH LA RESIPI NIH HANGPA MASAK LA KAT UMAH NO ( RESIPI NASI BERIANI KAMBING ) SELAMAT MENCUBA

1.5 kilo daging kambing
6 sudu besar minyak sapi
10 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
1 biji bawang besar - didadu
3 biji tomato - didadu
2 biji cili hijau - dihiris halus
3 helai daun pandan
2 bungkus rempah beriani
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga cengkeh, bunga lawang, buah pelaga
2 ketul kecil gula batu
2 sudu besar jus oren
1 tin susu cair
sedikit kacang gajus dan kismis


Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang merah dan bawang putih.
Masukkan tomato dan cili yang dihiris nipis sehingga tomato hancur.
Masukkan rempah beriani dan masak sehingga garing.
Masukkan daging kambing dan air. Masak sehingga kambing empuk.
Masukkan susu cair, jus oren, garam, gula secukupnya.
5 cawan beras basmathi - basuh dan toskan.

Tuangkan kambing dengan kuahnya ke atas beras. Kacau rata.
Masukkan daun pandan.
Pastikan air cukup untuk memasak nasi.
Setelah nasi hampir masak, masukkan gajus dan kismis.
Masak sehingga nasi masak.

Taburkan dengan bawang goreng semasa menghidang.

Hidangkan dengan Dalca dan Salad Mayonis Tomato-Timun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan