Oleh: Umairah Atisha
APA ITU ISTIDRAJ?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.
Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Ada yang susah juga. Kenapa?
Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.
Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.
Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.
Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.
Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.
Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.
Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.
Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.
Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.
Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.
Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.
Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj.
Jangan!
Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.
Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
HAK YG PERLU DITUNAIKAN SEBELUM KITA MATI
AURA BERSIH 3.0 SAMPAI KE TANAH SUCI.....
Bersih dilancar di Makkah & Madinah
MAKKAH: Gerakan untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia melalui Bersih 3.0 dilancarkan di dua kota suci umat Islam, Makkah dan Madinah hari ini.
Ia dilancarkan oleh aktivis Bersih 3.0 yang berada di kedua-dua kota ini hari ini, dua hari menjelang perhimpunan raksaksa di Kuala Lumpur 28 April ini.
Di Makkah, pelancarannya dibuat di depan restoran D'Saji milik Malaysia yang terletak dibangunan perniagaan di hadapan Masjidil Haram.
(Bersih 3.0 dilancarkan di perkarangan restoran D'Saji, Makkah hari ini)
Kira-kira 20 rakyat Malaysia terlibat di majlis pelancaran itu. Hampir kesemua mereka memakai baju kuning berlogo Bersih 3.0 di samping menaikkan banner Bersih 3.0.
Di Madinah pula, pelancaran dibuat di dalam perkarangan Masjid Nabawi iaitu di bawah payung gergasi masjid itu.
Di sini, lebih ramai aktivis berkumpul iaitu kira-kira 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.
Mereka juga memakai baju kuning Bersih 3.0 di samping menaikkan banner.
Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?
Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.
Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.SUMBER:fb
Kain Zahidah Terus "Terselak"
Zahida Hantar Surat
Peguam Kepada Zuraida, Kes Rumah Pula Terbongkar..
Artis wanita hantar surat
peguam pada MP
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin hari
ini berkata, beliau telah menerima surat tuntutan guaman daripada pelakon wanita
terkenal Zahida Rafik yang didakwanya menerima bayaran RM1.5 juta daripada
menteri Umno.
Zuraida berkata, surat melalui peguam
Datuk Seri Shafee Abdullah bertarikh 23 April itu menuntutnya berhenti daripada
membuat kenyataan berhubung isu yang mengaitkan Zahida dengan Menteri
pembangunan luar bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Zuraida berkata, surat itu juga
memintanya menarik balik kenyataan, memohon maaf serta membuat bayaran ganti
rugi dalam masa tujuh hari atau prosiding undang-undang akan
dimulakan.
"Saya tidak menjangka untuk terima satu
surat daripada Zahida. Saya fikir Shafie yang mahu menyaman saya.
"Mengapa
pelakon ini menggunakan peguam Umno sebagai peguam?" soalnya yang juga
anggota parlimen Ampang.
Sementara itu, Zuraida juga berkata,
beliau akan membuat dakwaan dan memberi 'bukti kukuh' kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaannya sebelum ini.
Bagaimanapun, Zuraida enggan memberi
gambaran apakah 'bukti kukuh' yang beliau ada.
"Saya akan buat satu sidang akhbar dan
berserta bukti dan saksi jika terdapat keperluan.
"Tapi sekarang, mari kita tumpukan
perhatian pada BERSIH 3.0," katanya merujuk kepada perhimpunan proreformasi
sistem pilihan raya Sabtu ini. -mk
Rumah
RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri
Banglo 3
tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit
Indah, Ampang
KUALA LUMPUR: Seorang artis yang
didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal
bulan ini.
Rumah tiga tingkat beralamat di No 18,
Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik
pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.
Menurut sumber, rumah tersebut berharga
RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April
lalu.
Malah menurut sumber itu lagi, artis
wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos
sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun, sumber itu memberitahu,
rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang
ahli keluarganya.
Bagaimanapun segala urusan berkaitan
ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.
Tinjauan Harakahdaily mendapati di
bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa
kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.
Sumber turut menyatakan, pelakon
tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan
melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau sebelum ini
pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya
datang bila ada masa terluang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang
Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian
wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh
seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat
bulan.
Beliau mendedahkan maklumat itu
berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis
terbabit.
Menteri dan artis
nafi
Sementara itu, Menteri Pembangunan
Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai
hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.
Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan
yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman
kepada mereka yang mengaitkan dirinya.
Pelakon berkenaan, Zahida juga turut
tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang
meneliti kes berkenaan. HD
Ketara sangat Shafie Apdal
berpakat dengan Zahida sampai guna peguam UMNO, Mohd Shafee
Abdullah.
Apa-apa hal pun kes akan dibawa ke
SPRM.
Jadi macam kes lembu NFC nanti, terselak habis kain sang menteri
lembu itu, sehingga terlucut juga jawatan menterinya.
"I work
hard for the money", kata Zahida dalam twitternya. Perkataan hampir serupa
dengan menteri lembu tatkala pertahankan suaminya.
Kepada Zahida, kepada Shafie, jika nak
saman, saman saja. Nanti di mahkamah boleh cerita panjang.
Rakyat nak jugak tahu "hubungan sebenar" Shafie Apdal dengan Zahida Rafik
nih. Dah kahwin ke belum? Ada kata dah kahwin, tapi Zahida tak mengaku, mungkin
khuatir dan takut kena belangkong dengan isteri pertama Shafie.
Kalau
belum kahwin, apakah menteri memang seorang sang bedal?
Kalau kata 100% lansung tiada hubungan,
tu mengarut dan tak mungkin rakyat mempercayainya sebab banyak sangat rahsia dah
bocor..... contohnya:
Gempar!! Rakan - rakan
artis dan orang kenamaan yang menghadiri Rumah Terbuka Artis @ Usahanita Jelita,
Zahida Rafik terperanjat apabila seorang Menteri Kanan Kabinet Malaysia yang
rapat dengan Perdana Menteri tiba-tiba muncul berseorangan di Rumah Terbuka
Zahida tanpa ditemani isteri dan pengawal peribadi.
Siapakah
gerangan Menteri itu…?
Disember lalu, ketika Menteri berkenaan bercuti di London, Zahida juga
turut berada di sana, juga tanpa kelibat isteri menteri berkenaan….. -medan-info
Tentang kisah menteri itu, nampaknya
beliau bukan sembarang orang ditempatnya. Wang berjuta. Berpusu-pusu menyusuri
rumahnya. Tahap Kassim Baba.
POLIS TUTUP KES MAUT DI RUMAH SHAFIE? Baca
SINI
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/04/skandal-shafie-zahidah-kain-zahidah.html
Subhanallah, Inilah Mukjizat Alquran tentang Jenis Kelamin Bayi
Thursday, April 26, 2012
Pada awalnya, manusia meyakini bahawa
jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Ada pula yang percaya bahawa jantina
ini ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan.
Jauh sebelum ilmu pengetahuan
mengetahui tentang rahsia jantina bayi, pada abad ke-7 M, Al-Quran telah memberi
tahu bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani
apabila dipancarkan".
Mari semak surah An-Najm [53] ayat
45-46: "Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan wanita, dari air
mani, apabila dipancarkan."
Menurut Harun Yahya, kromosom Y membawa
sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X berisi sifat-sifat kewanitaan. Di
dalam sel telur ibu hanya dijumpai kromosom X, yang menentukan sifat-sifat
kewanitaan.
Di dalam air mani ayah, terdapat
sperma-sperma yang mengandungi kromosom X atau kromosom Y saja. Jadi, jenis
kelamin bayi bergantung pada jenis kromosom kelamin pada sperma yang membuahi
sel telur, apakah X atau Y. Dengan kata lain, sebagaimana dinyatakan dalam ayat
tersebut, penentu jantina bayi adalah air mani, yang berasal dari ayah.
Pengetahuan tentang hal ini, yang tak mungkin dapat diketahui di masa Al-Quran
diturunkan, adalah bukti akan kenyataan bahawa Al-Quran adalah kalam
Allah.
'' Cabang-cabang ilmu pengetahuan yang
berkembang seperti genetik dan biologi molekul secara saintifik telah
mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan Al-Quran ini,'' ujar Harun
Yahya.
Menurut dia, kini diketahui bahawa
jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari lelaki, dan bahawa wanita tidak
berperanan dalam proses penentuan jenis kelamin ini.
Kromosom adalah unsur utama dalam
penentuan jenis kelamin. Dua dari 46 kromosom yang menentukan bentuk seorang
manusia diketahui sebagai kromosom kelamin. Dua kromosom ini disebut "XY" pada
lelaki, dan "XX" pada wanita.
Menurut dia, penamaan ini adalah
berdasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf
ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kelelakian, sedangkan
kromosom X membawa gen-gen yang mengkod sifat-sifat kewanitaan.
Pembentukan seorang manusia bermula
dari penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan
wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita, kedua-dua bahagian sel
kelamin, yang membelah menjadi dua selama peristiwa ovulasi, membawa kromosom
X.
Sebaliknya, sel kelamin seorang lelaki
menghasilkan dua sel sperma yang berbeza, satu berisi kromosom X, dan yang
lainnya mengandungi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita
ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y, maka bayi yang akan lahir
berjenis kelamin lelaki.
'' Dengan kata lain, jenis kelamin bayi
ditentukan oleh jenis kromosom dari lelaki yang bergabung dengan sel telur
wanita,'' papar Harun Yahya.
Tak satu pun maklumat ini dapat
diketahui dalam ilmu genetik pada abad ke-20. Bahkan di banyak masyarakat,
diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Inilah mengapa kaum
wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan.
Namun, tiga belas abad sebelum penemuan
gen manusia, Al-Quran telah mendedahkan maklumat yang menghapuskan keyakinan
khurafat ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, akan
tetapi air mani dari lelaki.
sumber dari republika.co.id
KENAPA LA BODO SANGAT TIMB' PRESIDEN PEMANDU TEKSI (PETEKMA) NIH!!
SUMBER-MALAYSIAKINI |
Menurut
kata Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta
Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata Bersih 3.0 patut
menerima tawaran kerajaan tersebut... dan Pemandu teksi sedia mengangkut peserta
perhimpunan BERSIH 3.0 dengan syarat pihak penganjurnya menerima tawaran
kerajaan supaya mengadakan perhimpunan itu di dalam stadium bagi mengelak
keadaan menjadi huru hara.
Katanya
lagi "mereka boleh mengadakannya di dalam stadium selama mana yang mereka mahu
tetapi bukan di jalanan kerana ia menyukarkan pemandu teksi mencari rezeki...
jika mereka tidak ada pengangkutan kita boleh guna teksi untuk bawa mereka ke
stadium... kita pun boleh dapat sedikit... betul... pengalaman lalu telah
mengajar pemandu teksi bahawa Dataran Merdeka bukan tempat yang sesuai untuk
tujuan tersebut.. kami tidak bersetuju dengan penggunaan Dataran Merdeka kerana
jika jalan disekat keadaan akan menjadi kelam-kabut".
Tambah
nya "Kanister gas pemedih mata dan meriam air akan ditembak ke sana sini dan ia
akan menjejaskan pendapatan harian mereka... 36,000 pemadu teksi dan limosin di
Lembah Klang akan terjejas akibat perhimpunan tersebut... Seorang pemandu teksi
bajet boleh mendapat antara RM60 dan RM70 sehari... dan berharap pihak berkuasa
akan memastikan perhimpunan BERSIH tidak diadakan di jalanan" demikian selepas
membuat laporan polis terhadap Penganjuran BERSIH 3.0 di Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi.
Terlalu
lemah alasan yang digunakan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan
Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul
Aziz ni... sepatutnya beliau buat laporan supaya pihak Polis membenarkan
Perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dan suruh pihak Polis jangan ganggu selagi ianya
tidak mengganggu gugat keselamatan Negara... jangan bagi pihak Polis tembak
Kanister Gas Pemedih Mata dan Meriam Air... baru lah keadaan tidak huru
hara.
Kalau
setakat lu orang nak hantar pergi stadium dengan mengenakan tambang baik jangan
cakap... sebab rakyat nak jimatkan belanja lah orang nak gunakan Dataran
Merdeka... baik lu orang cakap Petekma akan Tanggung segala sewa Stadium dan
pengangkutan peserta BERSIH 3.0... kan lagi selera Penganjur BERSIH 3.0
dengar... ini setakat nak hantar lepas tu kenakan tambang apa barang lah lu
beb... lain kali bila ada acara kat Kuala Lumpur yang terpaksa jalaraya
ditutup... lu orang jangan lupa buat laporan polis ok... seperti acara
Berbaisikal dengan Pemuda Barisan Nasional atau perkara yang melibatkan
Umno/Bn.
hemmmmm..... lu orang tanya sikit timbalan presiden petekma
ni... dia ketua cawangan umno mana... atau pun mana menteri dia jadi
penchacai... kena bagi tahu kat pemandu-pemandu teksi yang mengundi beliau
sebagai timbalan petekma... lu orang silap banyak beb... sama silap nya dengan
orang yang undi umno/bn selama 54 tahun, kah kah kah... umno perkasam jati...
betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
sumber : Mat Indera Sipejuang
Teori Konspirasi Pemerintahan Tunggal Yahudi Dunia
Mantan pemimpin Cuba Fidel Castro
mengupas sebuah teori yang telah sejak lama popular di kalangan kiri atau kanan.
Teori itu menyebut bahawa Bilderberg Group, sebuah organisasi bayangan, telah
bertransformasi menjadi semacam pemerintahan global dan mengendalikan pelbagai
hal. Tidak hanya dalam bidang politik dan ekonomi antarabangsa, bahkan budaya
pun tak luput dari kawalan organisasi tersebut.
Mantan presiden Cuba berusia 84 tahun
itu pada hari Rabu (18/8) waktu tempatan menulis sebuah artikel yang "memakan"
tiga halaman dari surat khabar milik Parti komunis Cuba, Granma yang halamannya
hanya berjumlah lapan. Castro sebahagian besar mengutip mentah-mentah dari
sebuah buku terbitan tahun 2006 yang ditulis Daniel Estulin, penulis kelahiran
Lithuania.
Dalam bukunya yang bertajuk "Rahsia
Kumpulan Bilderberg", Estulin menyatakan bahawa kumpulan antarabangsa tersebut
mengendalikan sebahagian besar dunia. Kumpulan itu mengadakan forum tahunan
rahsia yang dihadiri para politikus, cendekia, dan pengusaha ternama sejak
organisasi itu pertama kali ditubuhkan pada 1954 di hotel Bilderberg,
Belanda.
Castro tidak mengomentari kutipan
tersebut dan hanya menyebut Estulin sebagai seseorang yang jujur dan
berpengetahuan luas. Castro juga menyebut buku itu "cerita yang hebat." Seperti
dikutip Castro, buku Estulin menyebut golongan jahat dan para pelobi Bilderberg
memanipulasi awam "untuk mencipta sebuah pemerintahan global yang tidak kenal
batasan dan tidak bertanggung jawab pada sesiapa pun kecuali dirinya
sendiri."
Laman web Bilderberg menyebutkan bahawa
para anggotanya "hampir tiga hari mengadakan perbincangan secara formal dan
rahsia mengenai topik-topik yang dikhuatiri" setahun sekali. Tapi, kumpulan
tersebut mendakwa tidak melakukan perkara lain.
Bilderberg mengatakan bahawa
pertemuan-pertemuan tersebut bertujuan untuk mendorong masyarakat bekerja sama
mengatasi permasalahan polisi besar.
Yang menarik perhatian para pengkritik
adalah anggota-anggotanya yang terkemuka. Banyak ahli keluarga Rockefeller,
Henry Kissingerm pelbagai pegawai kanan AS dan Eropah serta pengusaha dan
pimpinan media antarabangsa turut menyertai.
Kutipan yang diterbitkan Castro
menunjukkan bahawa akademi sosialis di Frankfurt School yang hanya diketahui
beberapa orang, bekerja sama dengan para ahli keluarga Rockefeller pada 1950-an
untuk memuluskan jalan bagi muzik rock agar boleh mengendalikan massa dengan
mengalihkan perhatian mereka dari hak-hak sivil dan ketidakadilan sosial .
"Orang yang ditugaskan memastikan agar rakyat Amerika menyukai the Beatles
adalah Walter Lippmann sendiri," demikian ditekankan dalam kutipan itu, merujuk
pada seorang ahli falsafah politik dan bekas kolumnis surat khabar yang
meninggal pada 1974. "Di AS dan Eropah, banyak konsert besar muzik rock yang
diadakan di tempat terbuka dipergunakan untuk meredam rasa tidak suka dari
masyarakat, "demikian ditambah dalam kutipan itu.
Castro memang telah sejak lama
mengesyaki pelbagai rencana di balik layar. Ia selalu mempersoalkan serangan 11
September yang diyakininya direka oleh kerajaan Amerika dengan tujuan mengaut
wang. Yang lebih baru, ia juga menyebut Washington mendalangi penenggelaman
kapal Korea Selatan bulan Mac lalu dan Mengambinghitamkan Korea
Utara.
Laman Estulin sendiri menyebutkan
bahawa serangan 9/11 kemungkinan disebabkan oleh sejumlah bom nuklear kecil. Ia
juga menyatakan bahawa CIA dan para pengedar dadah yang mendalangi kemalangan
pesawat yang melintas di atas Lockerbie, Scotland, dan kemudian menyalahkan
Libya.
Teori konspirasi Bilderberg memang amat
popular di pelbagai spektrum ideologi, bahkan jika mereka tidak setujua dengan
yang ingin dilakukan kumpulan itu. Golongan kiri menyebut kumpulan itu
mempromosikan dominasi kaum kapitalis, sementara sejumlah laman sayap kanan
menyebut Bilderberg yang menempatkan Barack Obama untuk memimpin AS agar
memuluskan sosialisme.Sebagian besar tulisan Estulin berdasarkan laporan Big Jim
Tucker, seorang penyelidik Bilderberg Group yang menulis di laman-laman sayap
kanan.
"Itu cuma materi (cerita) Hollywood, 15
orang duduk dalam sebuah bilik dan menentukan nasib umat manusia," kata Herbert
London, presiden Hudson Institute, sebuah think tank yang berpusat di New
York.
Saat cuba dihubungi para hari Rabu,
American Friends of Bilderberg tidak mengangkat telefon. Laman web kumpulan
tersebut juga tidak menyebutkan nombor kenalan.
Sebahagian besar tokoh yang jadi ahli
Bilderberg adalah orang-orang Yahudi dan Zionis. Pertemuan tahunan diadakan di
pelbagai lokasi di seluruh dunia dan tertutup bagi awam serta media, meski ada
sesi sidang akhbar ringkas yang biasanya diadakan pada pengujung setiap
pertemuan untuk menceritakan sebahagian topik perbahasan dalam istilah
umum.
Area resort dan hotel yang menjadi
tempat pertemuan mereka selalu disterilkan dari penduduk dan pengunjung, selain
itu, wilayah pertemuan dijaga prajurit bersenjata, pengawal, Secret Service, dan
polis tempatan. Semua bilik mesyuarat dan persidangan diimbas terlebih dahulu
agar memastikan tidak ada alat penyadap sebelum setiap pertemuan
digelar.
Dalam berita yang dimuat laman Rusia,
RT, yang telah dikeluarkan saat cuba diakses, dipaparkan wawancara dengan Alex
Jones, seorang penyiar radio dan pemerhati politik. Ia menegaskan bahawa
Bilderberg berkeinginan membentuk kerajaan dunia yang tertinggi. Kerana
sebahagian besar anggotanya Yahudi, maka boleh ditebak bahawa tujuannya adalah
membentuk pemerintahan perseorangan Yahudi dunia.
"Ada semakin banyak tokoh pemerintahan
di negara-negara Eropah dan Kesatuan Eropah yang menyedari bahawa keputusan
sesungguhnya yang mereka ambil dimunculkan pada pertemuan-pertemuan globalis
seperti Bilderberg," kata Alex Jones.Jones menambah bahawa Bilderberg Group
diam-diam mengatur dan mendirikan Kesatuan Eropah, dan para anggotanya
berkeinginan menciptakan pemerintahan dunia.
Kerana ada semakin banyak orang yang
menyedari agenda ini, maka organisasi-organisasi macam Bilderberg bimbang bahawa
hal itu akan mengancam rancangan mereka. "Struktur kekuatan Anglo-Amerika
Belanda ini tersembunyi dan menggunakan tenaga AS dan Inggeris untuk mencipta
pemerintahan dunia. Mereka bimbang kerana rakyat Amerika dan lain-lain sudah
menyedari fakta bahawa ternyata mereka dipergunakan sebagai mesin penggerak
empayar rahsia ini, "kata Jones.
Ia menyebut pertemuan-pertemuan yang
digelar organisasi tersebut sebagai pertemuan "komisyen mafia". Menurutnya,
pertemuan kumpulan tersebut digelar setiap tahun untuk menentukan agenda dunia
pada tahun akan datang.
"Dua tahun lalu, saya pergi ke Virginia
dan membuat liputan mengenai Bilderberg Group. Dari data perisikan yang kami
peroleh, diketahui bahawa terpilihnya Obama memang sudah diagendakan, demikian
juga mundurnya Hillary dari kempen presiden. Hal itu dilakukan dua hari selepas
kami mengumumkannya. Kami berjaya mengetahui bahawa Bilderberg Group merancang
lonjakan harga minyak hingga $ 150 per barel. Saat itu orang-orang mentertawakan
kami, tapi terbukti bahawa hal itu memang terjadi, "kata Jones.
Jones mengatakan bahawa Bilderberg
Group adalah "bentuk tertinggi pemerintahan dunia". Ia menambah bahawa
Bilderberg menyebarkan propaganda publiknya melalui Forum Ekonomi Dunia Davos
dan juga pelbagai acara kemanusiaan lain.
sumber dari konspirasi.com
Tanda-tanda Matinya Hati
Wednesday, April 25, 2012
Hati adalah tempat mangkalnya berbagai
perasaan, tumbuh kembang antara kebaikan dan keburukan. Hati juga menjadi sumber
ilham dan permasalahan, tempat lahirnya cinta dan kebencian, serta muara bagi
keimanan dan kekufuran.
Hati juga sumber kebahagiaan jika sang
pemiliknya mampu membersihkan berbagai kotorannya yang berserakan, namun
sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika sang
empunya gemar
mengotorinya.
Hati yang kotor hanya akan menyebabkan
kapasiti ruangnya menjadi rimas, sumpek, gelap, dan bahkan mati. Jika sudah mati
seluruh komponen juga akan turut mati. Dalam makna yang sama, Abu Hurairah RA
berkata, "Hati ibarat panglima, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika
panglima itu baik maka akan baik pulalah tenteranya. Jika raja itu buruk maka
akan buruk pula tenteranya. "
Pada akhirnya kita boleh mengenali
dalam keadaan apa hati seseorang itu mati. Di antaranya adalah pertama,
taarikush shalah, meninggalkan solat dengan tanpa uzur atau tidak dengan alasan
yang dibenarkan oleh syar'i. (QS Maryam [19]: 59).
Imbas dari seringnya meninggalkan solat
adalah kebiasaan menurut hawa nafsu. Dan, kalau sudah demikian, dia akan
menabung banyak kemaksiatan dan dosa. Ibnu Mas'ud menafsirkan kata 'ghoyya'
dalam ayat tersebut dengan sebuah aliran sungai di Jahannam (neraka) yang
makanannya sangat menjijikkan. Bahkan, tempatnya sangat dalam dan diperuntukkan
bagi mereka yang membiarkan dirinya larut dalam kemaksiatan.
Kedua, adz-dzanbu bil farhi, melakukan
kemaksiatan dan dosa dengan bangga. Alih-alih merasa berdosa dan menyesal,
justeru si pemilik hati yang mati, ia teramat menikmati kemaksiatan dan dosanya.
(Surah al-A'raf [7]: 3).
Ketiga, karhul Qur'an, benci pada
Al-Quran. Seorang Muslim, jelas mempunyai pedoman yang menyelamatkan, iaitu
Al-Quran. Tapi, justeru ia enggan berpedoman dan mencari selamat dengan kitab
yang menjadi mukjizat penuntun sepanjang zaman ini. Bahkan, ia membencinya dan
tidak senang terhadap orang atau sekumpulan orang yang berkhidmat dan
bercita-cita luhur dengan Al-Quran.
Keempat, hubbul ma'asyi, gemar
bermaksiat dan mencintai kemaksiatan. Nafsu yang diperturutkan akan membawa mata
hatinya tertutup, sehingga susah mengakses cahaya Ilahi. Sehingga, ia lebih
senang maksiat daripada ibadah.
Kelima, asikhru, sibuk hanya
mempergunjing dan buruk sangka serta merasa dirinya selalu lebih suci. Keenam,
ghodbul ulamai, sangat benci dengan nasihat baik dan fatwa-fatwa ulama.
Kemudian, qolbul hajari, tidak ada rasa takut akan peringatan kematian, alam
kubur, dan akhirat.
Selanjutnya, himmatuhul Bathni, gila
dunia bahkan tidak peduli halal haram yang penting kaya. Anaaniyyun, masa bodoh
terhadap keadaan dan urusan orang lain. Keluarganya menderita, dia tetap saja
cuek. Al-intiqoom, pendendam hebat, al-bukhlu, sangat pelit, ghodhbaanun, cepat
marah, angkuh, dan pendengki. Na'udzubillah. Semoga kita semua dijaga dari hati
yang mati
sumber dari republika.co.id
Oh, Begini Kerja Kau Hamidah? Merobohkan Gerai Makan Orang Melayu?
Ipoh, 22 April : Akibat janji kosong seorang
Adun Umno/BN, seorang peniaga gerai makanan Melayu di Pengkalan Pegoh terpaksa
menerima padahnya pagi ini.
Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai.
Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat.
"Tetapi, pagi ini, sepasukan petugas MBI datang lalu merobohkan bangunan kedai ini tanpa ada tolak ansur lagi atau rundingan,” kata pemilik kedai makan itu pilu bercampur geram.
Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini.
Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut.
Kenapa hanya gerai ini sahaja yang
dirobohkan?
"Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ,” terang Lot.
"Gerai saya ni menghalang pandangan rumahnya. Maka kini, kedai saya pagi ini telah dirobohkan,” beliau berkata dengan sedih.
Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan.
Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya.
Akhbar Sinar 17 Oktober 2011 lalu, telah menyiarkan berita berkaitan isu ini dengan kepala tajuk, NOTIS DITANGGUH : HAMIDAH. (Klik Gambar Sinar untuk besarkan)
Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat.
Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan.
"Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga.”
Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh.
Beginilah kerja Hamidah - tidak ambil berat
masalah
rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi.
"Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti” adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini.” Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas)
Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya.
Sepasukan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh bertindak tanpa belas kesihan, merobohkan premis kedainya yang sudah bertapak di situ sejak 17 tahun yang lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancungan dan Hal Ehwal Wanita, Datuk Hamidah Osman sebelum ini telah menabur janji manis kepada beberapa orang pemilik kedai yang menumpang diatas tanah rizab jalan di sepanjang Jalan Pengkalan Pegoh-Simpang Pulai.
Hamidah berjanji bahawa satu tapak berniaga – Medan Selera akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan untuk para peniaga yang terlibat.
"Tetapi, pagi ini, sepasukan petugas MBI datang lalu merobohkan bangunan kedai ini tanpa ada tolak ansur lagi atau rundingan,” kata pemilik kedai makan itu pilu bercampur geram.
Orang ramai sekadar bersimpati meliahat sebuah gerai makanan yang sudah lama bertapak di situ sejak 17 tahun lalu di robohkan oleh sepasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh pagi ini.
Menurut suami pemilik gerai tersebut, En Lot bin Amin, dia telah membeli kedai tersebut dari pemilik asal yang juga pemilik rumah dibelakang gerai tersebut.
"Tidak berapa lama kemudian, rumah di belakang itu telah dijualnya pula. Maka pembeli baru rumah itulah yang membuat komplen dan menimbulkan masalah kepada saya ,” terang Lot.
"Gerai saya ni menghalang pandangan rumahnya. Maka kini, kedai saya pagi ini telah dirobohkan,” beliau berkata dengan sedih.
Menurutnya, MBI ada memberi notis amaran, tetapi susulan telah dibuat dan notis tersebut telah ditangguhkan.
Ditanya samada beliau telah menghubungi Adun di situ, Hamidah Osman. Beliau menjelaskan sudah dibuat dahulu dan Hamidah telah berjanji akan memberikan tempat alternatif kepada mereka, peniaga-peniaga macam dirinya.
Akhbar Sinar 17 Oktober 2011 lalu, telah menyiarkan berita berkaitan isu ini dengan kepala tajuk, NOTIS DITANGGUH : HAMIDAH. (Klik Gambar Sinar untuk besarkan)
Menurut laporan tersebut, Hamidah telah mendapat persetujuan dengan pihah yang mengeluarkan notis iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah untuk menangguhkan sebarang tindakan ke atas premis yang terlibat.
Laporan Sinar tersebut turut menyebut janji manis Hamidah kepada pemilik-pemilik kedai di situ bahawa satu tapak berniaga akan diwujudkan berdekatan kawasan berkenaan.
"Saya mencadangakan agar kawasan seluas 0.8 hektar yang kini berpaya di kawasan berhampiran ditambak dan dibangunkan menjadi kawasan ganti kepada peniaga.”
Demikian janji-janji manis Hamidah Osman , untuk membangunkan sebuah medan selera khusus untuk para peniaga yang mendirikan gerai makan diatas tanah rizab jalan sepanjang jalan Pengkalan Pegoh.
rakyat. Mana kamu Hamidah? Tak mandang pagi tadi.
"Janji tinggal janji. Pada 28 Mac lalu Hamidah telah datang ke kedai ini dan menyuruh kami runtuhkan kedai ini atau akan dia akan runtuhkan nanti” adu pemilik kedai yang dirobohkan pagi ini. Pada 29 Mac kami dpt surat ini.” Sambil mengunjukan sekeping surat yang maksudkan.(lihat gambar atas)
Beginilah kerja Hamidah, Masanya habis dibuang dengan menyibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Masalah rakyat diperlekehkan.Kalau Hamidah tunaikan janjinya, perkara buruk sebegini tentu dapat dielakan dan rakyat tidak akan teraniaya.
Catatan Oleh alhusseyn
Sembahyang hajat untuk galakkan orang-orang bertelanjang?
Sembahyang hajat untuk
galakkan orang-orang bertelanjang? Berat nannang puok-puok ning...orang tranung
kate cappur bimbor sekali doh antara yang ma'ruf dan yang mungkar. Tu pun kata
kat orang Parti Ajaran Sesat lagi tu..adolaa..pelik-pelik..
Cer bace berita di
bawoh;
Terengganu bina dewan
baru untuk pembangunan sukan gimnastik
21 April 2012 (Sinar
Harian)
MARANG -
Terengganu buat julung kalinya akan mempunyai sebuah dewan gimnastik apabila
dewan yang berharga hampir RM1 juta di Kampung Pak Su Man, Bukit Payong siap
dibina April tahun depan.
Pengarah Majlis Sukan
Negeri (MSN) Terengganu Zainal Abidin Hussin berkata dewan tersebut akan memberi
menfaat kepada atlet gimnastik yang kebanyakan berada di sekitar Bukit Payong
untuk berlatih.
"Kita harap pembangunan
sukan gimnastik di Terengganu akan lebih berkembang dan maju setanding dengan
negeri yang lain pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan Solat Hajat sempena pembinaan dewan gimnastik itu.
Zainal Abidin berkata
kerajaan negeri dan persekutuan bekerjasama untuk membina dewan
tersebut.
Beliau berkata sekarang
ini kerajaan negeri sedang memberi tumpuan kepada sukan yang kurang popular
seperti gimnastik supaya sukan itu lebih berjaya di negeri ini pada masa akan
datang.
Zainal Abidin berkata
kawasan seluas kira-kira dua hektar digunakan untuk pembinaan dewan gimnastik
itu yang diharap akan melahirkan ramai atlet gimnastik yang berjaya dalam sukan
itu pada masa depan.
Beliau berkata ketika
ini, latihan gimnastik dijalankan di dewan Jawatankuasa Keselamatan Kampung
(JKK) Bukit Payong berikutan dewan gimnastik Sekolah Padang Mengkuang didapati
tidak selamat.
Katanya sebahagian
besar atlet gimnastik negeri Terengganu sekarang ini ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan Bukit Payong dan sekitarnya di samping Sekolah Sukan Bukit
Jalil.
Terengganu menggunakan
kepakaran jurulatih dari China iaitu Yang Gang, 50, serta dibantu jurulatih
tempatan Halimin Madun untuk memberi tunjuk ajar kepada atlet gimnastik negeri
ini./Bernama
TOLAK STADIUM - BERSIH BUKAN MAHU MAIN BOLA PADA 28 APRIL NANTI
Oleh: WFAUZDIN NS
TINGGAL dua tiga hari saja lagi rakyat akan DUDUK DAN BANTAH di Dataran Merdeka. Menteri awalnya kata, tiada masalah sebab perhimpunan itu dari pengalaman yang lalu tidak mengancam keselamatan negara. Rakyat memang sudah lama berkata sedemikian kecuali beberapa golongan yang tidak bertamaddun akibat termakan dengan hasutan media berlidah Syaitan yang menjalankan propaganda kononnya negara ini bakal `kiamat' jika BERSIH berhimpun.
Apa tujuan BERSIH, samada BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal tiba BERSIH 3.0? Tidak lain tidak bukan adalah untuk memulihkan kembali demokrasi dan sistem Pilihanraya di negara ini yang semakin `menjakunkan'. Maka, sesiapa yang tidak suka BERSIH ertinya mereka suka kotor. Yang suka pada kekotoran ini hanyalah hantu dan syaitan. Sekarang ini, DBKL pula mengambil alih peranan PDRM sebelum ini di dalam isu BERSIH. Tidak mustahil selepas ini RELA pula akan mengambil alih. Dataran Merdeka hak rakyat, DBKL hanyalah amanah untuk menjaganya. Jika BERSIH hadir untuk DUDUK DAN BANTAH tanpa merempit, tanpa konsert, tanpa perbarisan, tanpa lakukan maksiat, tanpa ada tarian tiang dan sebagaimana lazimnya di situ, apakah DBKL masih ragu-ragu dengan BERSIH?
Kami boleh beri jaminan selepas Himpunan BERSIH 3.0 nanti, DBKL tidak akan menjumpai hatta satu pun plastik kondom di kawasan berkenaan. Berbanding jika sebelum ini dataran tersebut digunakan untuk tujuan konsert atau Jom Heboh, kami tiada jaminan seperti itu. Semalam terdapat sekumpulan pemandu teksi yang sanggup menghantar peserta-peserta BERSIH nanti ke Stadium jika lokasi tersebut dipilih oleh BERSIH untuk berhimpun pada 28 April ini.
Terima kasih banyaklah kepada pemandu-pemandu teksi yang `pemurah' itu. Kami tidak mahu menyusahkan kamu yang kebanyakannya sudah sememangnya susah melainkan tokeh-tokeh kamu yang memiliki permit/AP teksi sahaja yang kaya raya. Rakyat yang bakal berhimpun sudah biasa berjalan kaki dan datang sendiri, bukan seperti lembu-lembu yang sudah terbiasa dengan pengangkutan dan makan percuma setiap kali menyambut pemimpin lembu datang. Bahkan,lebih hebat lagi lembu yang berada di dalam kondo sekarang.
Dataran Merdeka adalah tempat terbaik buat BERSIH. Memperjuangkan kemerdekaan demokrasi harus bermula di Dataran Merdeka. Stadium Bukit Jalil, Stadium Merdeka atau sebagainya jangan diganggu rumput di padang berkenaan. Sewaktu Najib mengumpulkan para belia dahulu, Najib pun tidak gunakan Stadium, beliau mengumpulkan mereka di Putarajaya. Jadi, tidak timbul masalah lokasi asalkan perhimpunan itu aman dan terkawal.
Muktamadnya di Dataran Merdeka. Jika BERSIH mengubahnya ke stadium, aku pun malas mahu masuk stadium kecuali BERSIH mahu adakan perlawanan Bola Sepak persahabatan di situ.
Kita kenal lelaki ini ?
Pasti ramai di kalangan kita tidak mengenalinya.
dia b...ukan artis yang mengisi dada-dada akhbar hiburan,
bukan juga ahli parlimen yang kebanyakannya sekadar memberi janji-janji kosong.
Telah Islam di tangannya lebih daripada 11 juta penduduk Afrika dalam jangkamasa 29 tahun beliau menyebarkan dakwah Islam di Afrika.
Membina 5700 buah masjid.
Menjaga seramai 15000 anak yatim.
Menggali 9500 telaga di Afrika.
Mendirikan 860 buah sekolah,
4 universiti dan
204 buah Pusat Islam.
Beliau ialah Syeikh Dr. Abdurrohman as Semait (عبد الرحمن السميط).
Berasal dari Kuwait.
Mengambil bidang kedoktoran !
Pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.
Dia bukan mengambil jurusan Syariah atau Usuluddin, tapi mengambil jurusan kedoktoran yang berjiwa "syariah" dan "usuluddin" !
Lalu kita di mana ?
dia b...ukan artis yang mengisi dada-dada akhbar hiburan,
bukan juga ahli parlimen yang kebanyakannya sekadar memberi janji-janji kosong.
Telah Islam di tangannya lebih daripada 11 juta penduduk Afrika dalam jangkamasa 29 tahun beliau menyebarkan dakwah Islam di Afrika.
Membina 5700 buah masjid.
Menjaga seramai 15000 anak yatim.
Menggali 9500 telaga di Afrika.
Mendirikan 860 buah sekolah,
4 universiti dan
204 buah Pusat Islam.
Beliau ialah Syeikh Dr. Abdurrohman as Semait (عبد الرحمن السميط).
Berasal dari Kuwait.
Mengambil bidang kedoktoran !
Pernah dipenjarakan sebanyak dua kali.
Dia bukan mengambil jurusan Syariah atau Usuluddin, tapi mengambil jurusan kedoktoran yang berjiwa "syariah" dan "usuluddin" !
Lalu kita di mana ?