Mereka adalah wanita besi....

 
Para wartawan, jurugambar dan sukarelawan kemanus...iaan luar negara yang berpeluang sampai ke Gaza pastinya akan kagum dengan semangat para ibu dan wanita di Palestin.

Mereka berkorban seiringan dengan para suami dan anak-anak lelaki yang berjuang untuk mempertahankan bumi yang istimewa ini daripada terus dijajah oleh regim Zionis.

Disamping bersabar mendepani kepayahan, mereka terus gigih membantu para suami yang berjuang disamping membesarkan anak-anak yang dikandungi dan dilahirkan satu demi satu tanpa jemu.

Adalah suatu yang normal untuk para wanita di Gaza untuk melahirkan 11-12 orang anak melainkan sekiranya suami mereka syahid terlebih awal. Kebanyakan mereka berkahwin awal dan terus memiliki zuriat sekali pun ketika sedang melanjutkan pelajaran di universiti. Pihak universiti pulak begitu 'fleksible' kepada mahasiswinya yang berkeluarga. Begitu juga dengan para majikan mereka. Ini adalah kerana mempunyai anak yang ramai adalah satu perjuangan yang besar (jihad) di bumi ini bagi terus berhadapan dengan regim Israel.

Walau pun mereka mungkin sedih seketika tatkala kehilangan suami atau anak-anak lelakinya gugur ketika berhadapan dengan tentera penjajah, namun mereka terus berbangga dengan memiliki ahli keluarga yang syahid di atas jalan yang mulia.

Mereka juga terus tabah mengharungi keperitan hidup membesarkan anak-anak yang masih kecil tanpa ayah mahu pun abang-abangnya yang besar sebagai tempat berlindung.

Mereka memberikan masa, keringat, harta, jiwa dan kehidupan untuk agama ini. Bagaimana pula dengan kita ?

Foto seorang wanita menjunjung sebuah tong gas bagi kegunaan keluarganya di kawasan Kem Pelarian Darul Balah, Gaza ketika Gaza mengalami krisis bahan api yang memuncak.
Lihat seterusnya..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan