“(ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang
bertabiat demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari
harta benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil,
padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku bakhil
kepada dirinya sendiri.
Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada
sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat
kepadanya dalam segala hal).
Dan jika kamu berpaling
(daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu dengan kaum
yang lain; setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu”. (Surah Muhammad:
38)
Assalamualaikum dan salam
blogger,
Dulu ada satu
kisah yang sering kita dengar tentang seorang pemuda islam yang berjaya
mengislamkan satu gereja setelah berlaku perdebatan dengan paderi.Ramai yang
tidak mempercayai kisah tersebut kerana tak ada bukti,
Nah sekarang saya tunjukkan bukti video
peristiwa yang dikatakan berlaku di sebuah negara komunis di German sekumpulan
3000 orang memeluk agama islam dan mengucapkan syahadah
beramai-ramai
Subahanallah,Allahuakbar..walau apapun
sebab kejadian indah ini berlaku semua ini adalah membuktikan hidayah itu milik
mutlak Allah.
Dia mampu
memberikan petunjuk dan hidayahnya kepada sesiapapun yang dikehendaki.Tahniah
kepada komuniti islam di sana atas usaha dakwah mereka..
Allahuakbar,Allahuakbar..Allahuakbar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan