Skandal Zahida DAN Shafie lagi Ap-Bedal: Soalnya Dari Mana Datangnya RM1.5 ? Juta

Thursday, April 19, 2012



Ya, sungguh, sungguh menggemparkan, bukan setakat seluruh negara, bahkan seantero dunia!

Isu paling panas semalam tentunya melibatkan skandal antara Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal dan artis terkenal, Zahida Rafik.

Bukan serangan peribadi yang mahu ditekankan tetapi ia sebenarnya menuntut persoalan yang lebih besar dari itu.

Apa rasionalnya pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh Shafie yang juga menteri kanan kepada seorang artis, Zahida yang meletup dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata, urusniaga wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua urusniaga dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.

Bukan itu sahaja katanya, pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.

"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta dimasukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.

Dayangku Intan [kiri sekali] dalam sidang media PKR di lobi Parlimen hari ini


Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, Toyota Harrier, dan Porsche juga sebuah rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan urusniaga wang kepada artis tersebut.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraida meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.

Dokumen-dokumen urusniaga berkaitan kini berada dalam simpanan Zuraida untuk tindakan lanjut.

Adalah dipercayai Shafie yang juga Naib Presiden Umno-APCO yang juga ahli parlimen Semporna menyalahkan kem musuh ketatnya di Sabah, Musa Aman berikutan pendedahan skandal ini.

Musa yang juga Ketua Menteri baru-baru ini pula dikaitkan dengan penganugerahan skandal konsesi balak kepada abangnya yang juga Menteri Luar, Anifah Aman bernilai RM400 juta, yang dipercayai dilakukan oleh kem Shafie bagi membolehkannya menggantikan Musa kelak.

Dipercayai kedudukan Musa tergugat dengan pendedahan ini lalu memberi "lampu hijau" untuk menyerang kembali Shafie dengan skandal ini yang mula heboh sejak Shafie dan Zahida digossipkan berkahwin di London pada 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan