RM500 Untuk Tahfiz: Satu Lagi Bukti DAP Bukan Parti Anti-Islam,
Melayu.
SHAH ALAM, 11 MEI: Seorang wartawan bangsa Cina pernah bertanya
kepada Lim Guan Eng, mengapa Kerajaan Pulau Pinang memberi RM500 kepada pelajar
Maahad Tahfiz yang menghafal Al-Quran 30 Juz?
Ketua Menteri Pulau Pinang
itu menjawab: “Orang Islam yang pegang kepada ajaran Islam mereka tidak akan
makan rasuah.”
Malah Kerajaan Pulau Pinang yang diterajui, DAP – parti
yang dimomokkan sebagai anti-Melayu dan anti-Islam – memperuntukan lebih dana
bagi program pembangunan Islam di negeri itu berbanding dengan pentadbiran
Umno-BN yang sebelumnya.
Menurut MP Shah Alam Khalid Samad, Kerajaan
Pakatan Pulau Pinang meningkatkan bajet pembangunan dan pentadbiran Islam ke RM
24 juta setahun berbanding RM 12 juta semasa di bawah Umno-BN.
“Ini
bukanlah retorik atau percakapan tetapi berdasarkan amalan dan dasar-dasar yang
dilaksanakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang,” Khalid berkata di dalam wacana
bertajuk ‘Melayu, Islam dan DAP’ yang diadakan diBangunan Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah semalam.
Khalid menambah, kehadiran wakil rakyat DAP
dalam majlis berbuka puasa, pemberian sumbangan kepada surau dan masjid,
kehadiran dalam majlis rasmi yang diadakan di Masjid dan Surau turut membuktikan
bahawa DAP bukan sebuah parti yang anti Melayu-Islam seperti yang
digembar-gemburkan oleh media pro-Umno-BN.
Ini dikuatkan lagi dengan
amalan pemimpin dan perwakilan parti yang menggunakan Bahasa Malaysia ketika
memberikan ucapan dalam perhimpunan parti.
“Bermula 2005, 2006 semenjak
Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung mengambil alih barisan kepimpinan DAP,
sudah banyak perubahan yang dilakukan,” kata Setiausaha Politik Setiausaha Agung
DAP, Zairil Khir Johari.
“Kita telah memahatkan perlembagaan kita kepada
perlembagaan Malaysia termasuklah artikel 153 antaranya bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, kedudukan raja-raja Melayu dan keistimewaan orang-orang
bumiputra,” ujar Zairil, seorang panelis di dalam wacana
tersebut.
Manakala panelis dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Dr Maszlee Malik pula berkata persepsi yang ditanamkan oleh Umno-BN yang DAP
anti-Melayu menyembunyikan hakikat bahawa parti komponen gagasan itu yang
sebenarnya mengamalkan dasar perkauman.
Contohnya, MCA sendiri merupakan
sebuah parti yang hanya membuka keahliannya ekslusif kepada masyarakat berbangsa
Cina, manakala Umno dan MIC turut menghadkan keahlian parti mereka kepada orang
Melayu dan India.
Sedangkan DAP merupakan sebuah parti yang terbuka
kepada semua rakyat Malaysia.
Hujah ini disokong oleh Ketua Eksekutif
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang
berpendapat DAP adalah sebuah parti yang lebih terkehadapan berbanding Umno, MCA
dan MIC.
Menurutnya ketiga-tiga parti komponen utama BN itu masih lagi
terperangkap dengan kepompong etnik berbanding memperjuangkan idealogi sosial
demokrat yang dibawa oleh DAP.
btmmari.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan