VIDEO SEKS : Dr Chua Soi Lek , Anwar Ibrahim Dan Azmin Ali

Sekadar hiasan
Apabila tersebarnya video seks pemimipin MCA, Dr Chua Soi Lek, maka kerajaan telah mengisytiharkan untuk menangkap mereka yang menyebar dan menayangkan video tersebut kerana ia memalukan individu dan merosakkan masyarakat dengan perkara lucah.

Oleh kerana Anwar Ibrahim dan Azmin Ali bukan rakyat Malaysia, maka HALAL untuk sesiapa sahaja menyebar dan menayangkan video fitnah tersebut.
Dr Chua Soi Lek mengaku bahawa dialah individu dalam video tersebut, manakala Anwar dan Azmin sebaliknya. Tetapi malangnya media kerajaan sepanjang masa menyiarkan cerita seks pemimpin Pakatan Rakyat itu.
Adil dan bersihkan Kerajaan ini?
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan bahawa menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.

“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan