Gadis cantik tak akan keluar mengundi jika guna dakwat kekal kata Presiden PPP

Isnin, Jun 11, 2012


Gadis cantik tak akan keluar mengundi jika guna dakwat kekal kata Presiden PPP






Patutlah Tun Mahathir kata hanya yang bodoh saja bersama UMNO/BN kini.. memang benar rupanya.. korang bacalah apa Presiden PPP dari BN ni kata..






Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya
adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata
Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas.






Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat
kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang
sistematik seperti MyKad di negara ini.






Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi.






"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.






"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal)
selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara
berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.






Dalam
ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya
berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh
kempen sedia ada selama tujuh hari.






"Saya nak cadangkan kepada
SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok
kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira
1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.






'TEKUN pada parti tertentu saja'






Dalam ucapan sama, Kayveas turut membidas penggunaan media sosial yang
menurutnya digunakan golongan muda yang dipengaruhi pembangkang untuk
menyebarkan "maklumat yang tidak betul" tentang kerajaan.






"Sekarang pembangkang punya cara, bangun pagi buka laptop fitnah orang.






"Empat puluh peratus rakyat Malaysia guna media sosial tetapi kebanyakan maklumat dalam media sosial tidak betul," katanya.






Sementara itu, Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A
Chandrakumanan menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian pinjaman
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang menurutnya disalurkan
hanya kepada "parti tertentu sahaja".






"Pemberian pinjaman TEKUN
perlu dikaji semula kerana ia hanya diberi melalui parti tertentu dan
kami harap perlu diberi melalui semua parti.






"Saya fikir kita
akan dapat lebih banyak sokongan (rakyat) dengan cara itu," katanya
tanpa menamakan secara khusus parti yang dimaksudkannya.






Malysiakini

1 ulasan:

  1. tak boleh mengundi?.kalau begitu orang yang tidak boleh mengundi pastinya putri bn/umno yang cun melicun dan bergetah tu,lepas tu bik rosmah serta mak wanita yang masih cantik melawa.memang baguslah idea mr.kaveas ni,gua sokong 110%.jom kita terjah spr suroh dia senaraikan kesemua belia putri bn/umno mca dan mic yang memang pasti comel loteh,bergetah lagi gedik macam k-pop 1malaysia.

    BalasPadam