SHAH ALAM - Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya
diratah teman lelakinya, malah tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu
menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu.Nasib kanak-kanak berusia 11
tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman
penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya
merogol mangsa, tiga tahun lalu.
Hakim Latifah Mohd Tahar turut
menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 15 sebatan terhadap tertuduh Ma Kassim
Sirat, 44.Ma Kassim, pemandu teksi, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan
merogol mangsa di sebuah pangsapuri di Rawang pada 12 tengah malam, pertengahan
Disember 2009 dan 30 Januari 2010, dan jam 10 malam, Mac 2010.Sementara itu, ibu
kanak-kanak itu didakwa bersubahat dengan teman lelakinya di tempat dan masa
yang sama. Pasangan kekasih itu didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda,
jika sabit kesalahan.Peguam Roland Engan dan M Hafiz Zainol Abidin memohon
mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan mengambil kira pengakuan salah anak
guamnya yang telah insaf dan menyesal.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa
Raya Hemy Annerina Haja Mydin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana
peranan ibu mangsa yang bersubahat dalam kes itu amat mendukacitakan."Perkara
ini menyedihkan kerana ia tidak pernah didengar dalam mana-mana kes sebelum
ini," katanya.Beliau yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya R Kalaiyarasi
berkata, mahkamah perlu mengambil kira kesan terhadap mangsa yang trauma
sepanjang hayat akibat perbuatan kedua-dua tertuduh."Setiap hari, mangsa akan
tertanya-tanya mengapa ibunya sendiri tidak menyelamatkannya (dari kejadian
rogol).
Hanya disebabkan oleh nafsu kedua-dua tertuduh, mangsa berdepan
titik hitam dalam hidupnya. Kecederaan fizikal boleh diperbaiki, tetapi tidak
emosi," katanya.Berdasarkan keterangan mangsa, ibu memanggilnya masuk ke bilik
tidur sebelum Ma Kassim merogolnya.Pada kejadian kedua, ibu mengumpan mangsa
dengan hadiah sempena hari lahir dan pada kejadian terakhir, wanita itu merakam
perbuatan terkutuk lelaki itu. Sumber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan