Kubur Purba Ditemui

Pakar-pakar arkeologi menemui sembilan makam purba di wilayah Cusco, Lima, Peru. Makam-makam itu berasal daripada Tamadun Wari yang telah lama wujud di Peru sebelum negara Amerika Selatan itu dijajah oleh Sepanyol pada tahun 1500. Penemuan penting tersebut yang dibuat di banjaran Andes, selatan bandar ini, menunjukkan bangsa Wari terlebih dahulu memerintah rantau berkenaan sebelum empayar Inca berkembang pesat.
Tamadun Wari memiliki zaman kegemilangan di Andes di antara tahun 700 hingga 1200. Penemuan ini adalah penemuan terbaru yang paling penting iaitu sejak penemuan Machu Picchu. Machu Picchu merupakan kota peninggalan tamadun Inca di Peru yang ditemui pada 1911. Kota bersejarah itu menerima kehadiran 500,000 pelawat pada setiap tahun.
"angsa Inca mungkin mendapat inspirasi daripada tamadun Wari dalam membangunkan sistem politik mereka," kata Menteri Pelancongan Peru, Juan Ossio Bangsa Inca membina empayar terbesar di rantau Amerika di antara tahun 1400 dan 1531. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan