PM Israel Hantar Surat Kepada Mursi

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, telah menghantar surat pada presiden terpilih Mesir, Mohammer Mursi, mendesaknya untuk menjunjung tinggi perjanjian damai yang telah dipersetujui kedua-dua negara, sebuah sumber menuturkan pada AFP hari Ahad (1/7/2012).

Surat yang dilaporkan pertama kali oleh harian Israel, Haaretz, edisi Minggu pagi (1/7) "menekankan keinginan Israel untuk meneruskan kerja sama dan untuk menguatkan perdamaian."


Surat itu dihantar beberapa hari yang lalu, sumber menambah. Haaretz melaporkan bahawa surat itu dihantar pada Mursi melalui kedutaan Israel yang ada di Kaherah.

Surat khabar itu mengatakan surat itu pun berisi ucapan selamat pada Mursi atas pemilihannya, tawaran kerjasama dengan kerajaan baru di Kaherah dan menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak akan melihat perjanjian damai Mesir-Israel.

Netanyahu menekankan bahawa menghormati perjanjian tersebut adalah demi kepentingan kedua-dua negara, tambah akhbar itu, dengan mengatakan perdana menteri Israel juga berharap agar Mursi beruntung dalam menjalani peranan barunya.

Haaretz mengatakan para pegawai Israel, setelah berunding dengan Washington, telah memutuskan untuk menunda usaha untuk menghubungi Mursi, tapi pemimpin Israel sendiri telah menghantar seorang utusan untuk melakukan pertemuan dengan para pegawai keselamatan Mesir.

Isi surat Netanyahu tersebut banyak yang diulang dari isi kenyataan yang dibuatnya secara awam setelah Mursi secara rasmi dinyatakan sebagai pemenang pilihan raya pertama Mesir pasca-pemberontakan.

"Israel menghargai proses demokrasi di Mesir dan menghormati keputusan pilihan raya presiden," katanya dalam satu kenyataan pada saat itu.


"Israel berharap untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan Mesir atas dasar perjanjian damai," yang telah ditandatangani kedua-dua negara pada 1979.

Israel telah memfokuskan perhatiannya secara sungguh-sungguh saat Ikhwanul Muslimin memperoleh kekuatan meningkat pasca-pemberontakan Mesir, kerana negara Zionis itu bimbang tentang masa depan mereka berkaitan dengan perjanjian yang tak lebih dari legalisasi penjajahan Israel terhadap tanah-tanah kaum Muslimin di Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan