MALAYSIA KU NEGARA ISLAM : Pesta Seks malam ini sampai jam 2 pagi

Pemuda pas marah. Alasan dorang marah tue ialah ;
Pemuda PAS hari ini mengecam keras pesta bikini ‘Wet and Mad Wednesday’ yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan diadakan pada malam ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya menganggap acara ini sebagai pesta seks kerana penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan mensyaratkan kod berpakaian ghairah termasuk pakaian renang.
“DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam. “Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara Barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini.
“DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia. -FMT-



Umat islam majoriti memang menentangnya. Aku tak berani guna word semua umat islam malaysia. Sebab memang wujud umat islam yang menyokong aktiviti2 seperti di atas kerana ada sebab2 tersendiri.

Tetapi belum tentu orang bukan islam akan sokong pembantahan oleh pemuda pas ini. Sudah tentu aku senada dengan pemuda pas tetapi aku berharap agar pas lebih terbuka dalam menyuarakan satu2 bantahan.

Pandangan ikhlas aku ;

1. Siasat dulu siapa penganjur event neh. Event neh dipercayai sedang berlangsung.. dijadualkan malam neh. Dorang sedang seronok berbikini2 tue..

2. Lepas dah siasat penganjurnya.. jika penganjurnya bukan islam.. boleh larh cuba sedaya upaya memastikan event neh TIDAK dihadiri oleh orang islam. Jika penganjurnya orang islam, boleh larh tutup terus kelab tersebut.. kan?

3. Jika penganjur tersebut bukan islam secara sengaja membenarkan orang2 islam terlibat dalam event tersebut, pun boleh juga ditahan dan tutup terus kelab dia..

4. Walaupun aku sangat bersetuju event seperti neh tidak juga patut dihadiri oleh orang2 bukan islam tetapi buat masa sekarang aku rasa malu nak cakap begitu.. sebab apa? Daripada aku larang orang bukan islam hadir ke event neh baik aku cari jalan untuk pastikan umat islam yang menonong keluar kat tv, majalah dan sebagainya jaga akhlak, pakaian dan imej mereka terlebih dahulu.

Dalam pada kita pongpang2 nak membanteras aktiviti tidak bermoral bukan islam kadangkala kita terlupa aka tak sedar diri yang umat islam sendiri masih banyak yang terabai.

Selesaikan kes ikut tingkat keutamaan. Bukan pula aku menyokong kepada aktiviti2 seperti neh bahkan aku percaya orang2 bukan islam yang mempunyai kepercayaan atau ada agama juga tidak akan bersetuju dengan event seperti itu.. tetapi macam aku sebut tadi.. selesaikan kes ikut tingkat keutamaan..

Jika ada umat islam yang lalai bertembung dengan bukan muslim yang liar.. siapa yang perlu kita pimpin dulu? Faham bukan? Walaupun kelab malam itu tidak patut menganjurkan pesta maksiat tetapi jika ia menganjurkan untuk orang2 bukan islam.. apa jek kita nak cakap?

Mereka bukan islam so pesta bikini ke seks bebas ke apa ke nak kesah apa ? Halal atau haram tidak terpakai untuk mereka bukan? Sama macam kes babi dan arak. Kita tak boleh makan babi, tak boleh minum arak, tetapi larangan tersebut tidak terpakai untuk masyarakat bukan beragama islam. Ia khusus untuk orang islam semata2.

Jika pas boleh mengasingkan hudud dengan mengatakan ia hanya untuk orang islam semata2, apa sebab pas tak boleh berfikir bahawa halal dan haram dalam islam itu juga terpakai untuk orang islam semata2?

Ya, aku tak nafikan sama sekali. Bila bala datang, ia datang kepada seme. Bukan kepada orang bukan islam jek yang kena bahkan kepada orang2 islam itu juga. Tetapi aku cadangkan agar kita selesaikan kes ikut tingkat keutamaan. Masih ada banyak perkara kritikal yang membelenggu umat islam.. kita sedang dipandang enteng kerana cakap tak serupa bikin..

Kita melarang + menegur orang bukan islam yang berbikini tetapi dalam waktu yang sama orang2 islam kita pun telah terkantoi banyak kali berbikini.. kenapa tidak kita tangkap dan tahan mereka untuk diberikan pengajaran?

Perkara dah lepas?

Tidak dilakukan dalam disko?

Tidak dibuat dalam satu acara / keramaian?

Itu ke alasan kita? Kalau diperhatikan betul2, punca utama event neh dilarang adalah disebabkan pakaian bukan? Menurut anda, bagaimanakah pakaian sesetengah umat islam di malaysia? Pakaian artis2 islam kita? Tolong larh berkata2 yang benar..

Jika dari awal lagi kita sudah ambil langkah pencegahan, langkah untuk menguatkuasakan peraturan2 tertentu, nescayalah bantahan kali neh sudah semestinya relevant dan kena pada tempat..

Sejujurnya aku tak pasti sejauh mana umat islam bakal terlibat dalam event neh. Jika ada, aku mohon JAKIM atau sesiapa yang berkuasa dalam jabatan agama, pergi tangkap. Jika tiada, aku berharap kita belajarlah berlapang dada sementara kita sedang dalam usaha menguatkan jemaah kita..

Ingatlah, suasana seperti neh bukan suasana yang baru..ia dah lama diwujudkan sejak bn mentadbir negara neh. Dan sesuatu seperti neh sebenarnya perlukan strategi yang TEPAT supaya kita tidak dilihat terlalu menekan sesuatu perkara yang bukan pada tempatnya. Sekian.


Read more: http://amenoworld.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan