Edisi Salah Hantar Email ( menarik )
Lagi kes salah hantar e-mail akibatnya... !
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar
e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip
alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus
menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru
sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda
tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya
terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca
e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun
bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri
kesayanganku
Date : 6 April 2009
Subject : Abang telah selamat
sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan
kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari
esok.Semoga berjumpa denganmu nanti,
Sayang. Abang harap perjalananmu ke
sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika
ini.
Sumber : Sheikh www.mytownkajang.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan