MUKADDIMAH
Memang tidak
dinafikan bahawa antara perkara yang wajib dipercayai oleh manusia adalah
antaranya perkara-perkara yang ghaib yang tidak dapat kita lihat dengan mata
kepala kita secara realiti, dan perkara ini termasuklah jin dan iblis atau lebih
dikenali dengan nama makhluk halus. Kewujudan makhluk ini sememangnya mengancam
anak adam. Sejak kebelakangan ini, kita lihat banyak penyakit yang disebabkan
oleh gangguan makhluk halus, terumanya kerasukan, barah yang ganjil, sakit
dibahagian anggota tubuh yang sememangnya tidak dapat dikesan oleh doktor moden
dan alat-alat canggih.
Menyedari hakikat inilah saya terpanggil untuk memberi
pendedahan melalui kertas kerja ini berdasarkan sedikit pengalaman dan ilmu yang
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada saya, di samping menyedari kepentingan ilmu
ini yang merupakan fardu kifayah. Imam Ghazali menyatakan dalam kitab الاقتصاد
فى الاعتقاد bahawa ilmu ini adalah ilmu yang ketiga terpenting selepas ilmu
Fekah dan Tauhid. Oleh itu marilah sama-sama kita mendalami dan menghayati isi
kandungan yang termaktub dalam kertas kerja ini.
Al-Quran sebagai satu
sumber perubatan Islam
• Memang tidak dapat dinafikan bahawa al Quran
merupakan petunjuk dan mengandungi seluruh aspek kehidupan dan tidak ketinggalan
juga bidang perubatan. Perubatan yang dibawa oleh al Quran merupakan spiritual
dan fizikal secara ringkasnya ubat bagi roh dan jasad sekaligus.
• Di dalam
Islam terdapat 4 perkataan syifa’ dan sekaligus membuktikan kepada kita bahawa
al Quran adalah sumber perubatan yang terulung.
Maksud: Dan Kami turunkan
daripada al Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman. (al Isra’:82)
• Al Quran juga tidak ketinggalan dalam mengubati
penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus yang lebih dikenali dengan jin dan
iblis.
• Hadis juga tidak ketinggalan mengutarakan masalah ini dari Aisyah
bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke rumahnya ketika dia sedang diubati dan
dijampi oleh seorang wanita lalu Nabi barsabda:
عالجيها بكتاب الله
Dalil
daripada hadis yang lain pula Rasulullah bersabda:
عليكم بالشفاء أى القرآن
والعسل
Banyak lagi dalil-dalil daripada al Quran dan hadia yang membicarakan
masalah ini.
Jin hakikat bukan khurafat
Di antara dasar akidah Islam
ialah beriman kepada yang ghaib bahkan ia merupakan sifat pertama yang digunakan
Allah untuk menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa.
Firman Allah SWT
yang bermaksud:
Alif, Lam, Mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak
padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnaNya) ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang berimn kepada perkara-perkara ghaib dan
mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian
dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka
Surah al Baqarah:1-3
Oleh
itu setiap muslim wajib beriman tanpa ragu sedikitpun kepada perkara ghaib. Ibnu
Mas`ud menyatakan yang ghaib ialah apa yang ghaib yang wajib kita imani kerana
terdapat banyak dalil-dalil daripada al Quran dan as Sunnah.
• Tidak
terlihat bukan erti tidak ada
Tidak terlihat jin bukannya berti tidak ada
sebagai contoh arus elektrik misalnya kita tidak dapat melihatnya tetapi ia
mengalir di dalam kabel. Kita membuktikan kewujudannya dengan
pengaruh-pengaruhnya yang nampak dalam mentol dan lainnya begitu juga dengan
udara dan sebagainya.
• Dari apa jin diciptakan
(surah al
Hijr:27)
(surah al A`raf:12)
Jenis-jenis jin
Dari Abu Thalabah ia
berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
الجن ثلاتة اصنافى، لهم أجنحة يطيرون
فى الهواء حيات وعقارب وصنف يحلون ويظعنون
Maksud: Jin itu ada tiga jenis; satu
jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan di udara, ular dan kala jengking
dan berpindah randah.
Tempat tinggal jin
- jin mengutamakan
tempat-tempat yang sepi daripada manusia
- jin mengutamakan tempat-tempat
yang kotor
- jin mengutamakan tempat-tempat tandas
- jin mengutamakan
tempat-tempat yang berlubang
- jin mengutamakan tempat-tempat yang ada
kotoran binatang-binatang.
Adakah jin makan dan minum?
Dalam
hadis-hadis soheh banyak menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti
kita. Antara makanan jin ialah: tulang dan kotoran binatang.
Bila jin dan
iblis berkeliaran.
Dalam hadis Sohihain dari Jabir, ia berkata telah bersabda
Rasulullah SAW:Maksudnya Bila malam menjelang tahanlah anak-anak kalian kerana
sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Bila malam sudah gelap maka
lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana
sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat
air dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan sesuatu keatasnya dan
padamkanlah lampu-lampu kalian.
Saya berkata dalam hadis ini ada lima
perintah:
1) Dilarang berkeliaran pada waktu itu (menahan anak)
2) Menutup
pintu
3) Menutup tempat-tempat air
4) Menutup tempayan-tempayan
5)
Memadamkan lampu dengan sebut nama Allah
Sebahagian binatang dapat
melihat syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa Rasul bersabda:
Maksud:
Jika kalian mendengar suara keldai maka berlindunglah kepada Allah kerana
sesungguhnya dia melihat syaitan dan jika kalian mendengar kokok ayam mohonlah
kurnia daripada Allah kerana ia melihat malaikat.
Haram meminta
pertolongan daripada jin
Allah berfirman dalam surah al Jin:6
Maksud: Ada
beberapa orang lelaki di kalangan manusia meminta pertolongan beberapa lelaki
daripada jin maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan
kesesatan.
Jin lebih rendah daripada manusia
Firman Allah
SWT:
Maksud: Sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah
akui mereka daripada daratan dan di lautan Kami beri mereka rezeki yang
baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas
kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan.
Surah al Isra’:70
Sebab-sebab
kemasukan jin:
1) Jin lelaki jatuh cinta kepada orang wanita atau
sebaliknya
2) Kezaliman manusia terhadap jin dengan menyiramkan air panas
kepadanya dari tempat yang tinggi dan sebagainya.
3) Kezaliman jin terhadap
manusia seperti menggangu tanpa sebab. Jin boleh masuk ke dalam manusia melalui
keadaan tersebut:
أ) terlalu marah
ب) terlalu takut
ج) nafsu syahwat
yang tinggi
د) lalai sekali
Kewujudan makhluk halus di dalam tubuh
seseorang boleh dikesan melalui keadaan:
Gejala pada waktu tidur
(mimpi)
1) Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah lama bersusah
payah
2) Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
3)
Mimpi buruk (kabus) mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lalu rajin berteriak
meminta pertolongan tetapi tidak mampu
4) Mimpi yang menakutkan dan
menyeramkan
5) Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing, kucing,
unta, ular, serigala, tikus dan lain-lain.
6) Bunyi gigi ketika tidur
7)
Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur
8) Berdiri dan berjalan ketika
tidur tanpa disedari
9) Mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang
tinggi
10) Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
11)
Bermimpi berada di tempat yang sunyi
12) Mimpi melihat makhluk aneh
13)
Mimpi melihat hantu
14) Mimpi melihat budak kecil
15) Mimpi melihat
gereja/salib
16) Mimpi berjumpa paderi
17) Merintih ketika
tidur
Gejala pada waktu jaga
1) Selalu pening, pergi ke hospital atau
klinik doktor kata tidak ada penyakit
2) Selalu berpaling daripada mengingati
Allah
3) Hilang ingatan fikiran
4) Sering lesu dan malas
5) Rasa sakit
di salah satu anggota badan dan doktor tidak sanggup mengubatinya
6) Sentiasa
terasa sakit dibelakang
7) Lenguh disendi-sendi utama
8) Melihat sesuatu
yang pelik ketika jaga
9) Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
10)
Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak kakinya
11) Mudah panik apabila
menghadapi sesuatu ujian
12) Jiwanya sentiasa lemah
13) Sentiasa mengantuk
terutamanya dalam majlis ilmu
14) Mudah marah
15) Emosional (terlalu
sensitif)
Jenis-jenis gangguan jin
1) Gangguan sepenuh, iaitu jin
mengganggu seluruh jasad seperti orang yang mengalami berbagai sumbatan
saraf
2) Gangguan sebahagian anggota
3) Gangguan berpanjangan iaitu jin
terus berada dalam jasadnya dalam waktu yang lama.
4) Gangguan sejenak iaitu
tidak lebih dari beberapa detik seperti mimpi buruk
Sifat-sifat yang
perlu ada pada seorang Mu`alij (pengubat)
1) Hendaklah beraqidah dengan
aqidah yang betul
2) Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa’
3)
Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan
4) Seorang mu`alij dianjur sudah
berkahwin
5) Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana dengan hal-hal
tersebut syaitan akan menyerang manusia
6) Hendaklah mendukung
perintah-perintah Allah SWT
7) Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan
apa cara sekalipun
8) Harus membentengi diri dengan benteng
kukuh
Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka semakin jauh
diri daripada syaitan bahkan akan semakin kuat menghadapinya.
Jika anda
mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan maka anda akan lebih mampu
menghadapi yang lainnya. Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda dan
syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.
Bagaimana untuk
mencegah kerasukan jin
1) Sentiasa menjaga zikir-zikir yang diajarkan
Nabi
2) Menyebut nama Allah setiap pekerjaan
3) Menyebut nama Allah setiap
masuk ke dalam bilik gelap
4) Jangan menyakiti anjing/ kucing
5) Jangan
tidur bersendirian. Jika terpaksa tidur sendirian maka berwudhuklah terlebih
dahulu dan baca doa untuk tidur
6) Jangan kencing atau buang air di
merata-rata terutama dilubang-lubang
7) Jangan bunuh ular yang muncul di
dalam rumah
PENUTUP
Semoga risalah yang tidak seberapa ini akan dapat
memberi sedikit panduan untuk ikhwah dan akhawat dalam menjalani kehidupan ini.
Mudah-mudahan dengan memahami dan menghayati risalah ini akan memberi kefahaman
dalam permasalahan makhluk halus ini.
Pesanan saya untuk semua jangan
sekali-kali kita memandang remeh bahkan sentiasalah memandang serius dan jangan
terlalu ta’sub dengannya.
Akhirnya marilah sama-sama kita memohon kepada
Allah agar kita dogolongkan dalam golongan mereka yang faham, ikhlas dalam
perbuatan dan jujur dalam segala amalan.
Pendinding diri
1.
Letakkan tangan anda di atas kepala pendrita dan bacalah ayat0ayat berikut
ditelinganya dengan tertib:
i) Surah al Fatihah
ii) Surah al
Baqarah:1-5
iii) Surah al Baqarah:163-164
iv) Surah al
Baqarah:255-257
v) Surah al Baqarah:285-286
vi) Surah al Imran:
18-19
vii) Surah al `Araf:54-56
viii) Surah al Mukmin: 115-118
ix)
Surah ash Shaffat:1-10
x) Surah al Ahqat:29-32
xi) Surah ar
Rahman:33-36
xii) Surah al Hasyr:21-24
xiii) Surah al Jin:1-9
xiv)
Surah al Ikhlas:1-4
xv) Surah al Falaq:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan