Syaitan Menipu Ahli Ibadah Mengunakan Wanita...
Wanita adalah perhiasan dunia yang
sangat indah di mata laki-laki. Saking indahnya banyak laki-laki yang terpedaya,
ketika wanita berjaya dijadikan anak panah oleh Setan untuk menyasarkan
sasarannya sekalipun ia seorang yang soleh. Bagaimana seorang yang soleh yang
ahli ibadah boleh tertipu oleh tipu daya Syaitan hanya dengan wanita? Padahal ia
orang yang sering berzikir kepada Allah.
Said bin Al-Musayyab radhiyallahu anhu
pernah berkata, "Tidaklah Allah mengutus seorang nabi, melainkan dia tidak
merasa aman dari gangguan Iblis, yang merosakkannya melalui perantara seorang
wanita."
Dan dari hasan bin Shalih, dia berkata,
"Aku pernah mendengar syaitan berkata kepada wanita," Engkau adalah separuh
pasukanku, engkau adalah anak panah yang kuluncurkan dan aku tidak pernah salah
sasaran. Engkau adalah penyimpan rahsiaku dan engkau adalah utusanku jika aku
memerlukan. "
Kisah ini diriwayatkan dari Wahb bin
Munabbih ra. Ada seorang ahli ibadah di kalangan bani israel. Dia adalah orang
yang paling tekun beribadah pada zamannya. Pada saat itu ada tiga orang laki
laki bersaudara yang mempunyai satu saudari lagi, seorang gadis. Ketika mereka
hendak pergi untuk ikut dalam perngiriman unit pasukan, mereka tidak tahu siapa
yang akan menjaga dan melindungi saudari mereka, dan kepada siapa dia akan
dititipkan. Maka mereka sepakat untuk menitipkan saudari mereka kepada laki laki
ahli ibadah di kalangan Bani Israel. Dengan penuh keyakinan mereka mendatangi
ahli ibadah itu dan memintanya untuk sudi dititipi saudari mereka, yang bererti
saudari mereka itu harus menetap di tempat ahli ibadah dan dalam lindungannya
hingga mereka kembali dari peperangan. Namun ahli ibadah menolak permintaan
mereka dan dia berlindung kepada Allah dari kewujudan saudari mereka. Mereka
terus mendesak ahli ibadah itu hingga akhirnya dia berkenan. Ahli ibadah itu
berkata, "Suruhlah dia menginap di sebuah bilik di tingkat bawah
biaraku."
Maka mereka meletakkan saudarinya di
bilik yang dimaksudkan kemudian mereka meninggalkannya. Dengan begitu, gadis
tersebut berada di tempat ahli ibadah untuk sekian lama, yang selama itu pula
ahli ibadah turun dari biaranya untuk memberikan makanan kepada sang gadis. Dia
meletakkan makanan di dekat pintu biara, kemudian menutupnya kembali lalu naik
ke tingkat atas dalam biaranya. Setelah itu sang gadis keluar dari biliknya
untuk mengambil makanan yang sudah diletakkan ahli ibadah.
Setan cukup sabar menghadapi ahli
ibadah itu dan sentiasa membuatnya senang melakukan kebaikan, sambil membesar
besarkan masalah jika gadis itu keluar pada siang hari dan menakut nakutinya
andaikan ada orang lain yang melihat kewujudan gadis itu di biaranya. Maka setan
menambahi tipu muslihatnya dengan berkata, "Andaikan engkau mahu berjalan ketika
membawa makanannya, lalu engkau meletakkannya di depan biliknya, tentu balasan
semakin bertambah besar."
Syaitan terus menerus memujuk hingga
dia mahu berjalan mendekati bilik gadis dan meletakkan makanannya di depan
pintunya, tanpa berbicara sedikitpun. Hal ini terjadi sehingga beberapa
lama.
Kemudian Iblis mendatangi ahli ibadah
dan menganjurkannya kepada suatu kebaikan, seraya berkata, "Andaikata engkau
mahu berjalan membawa makanannya dan meletakkan di dalam biliknya, tentu balasan
semakin besar." Iblis sentiasa memujuk ahli ibadah hingga dia mahu berjalan
membawa makanan dan meletakkannya di dalam bilik sang gadis. Hal ini terjadi
sehingga beberapa lama.
Iblis menyuruh ahli ibadah kepada
kebaikan dan menganjurkannya, seraya berkata, "Andaikata engkau mahu bercakap
dan berbual-bual dengannya, tentu engkau akan dapat menjaganya, kerana dia boleh
saja dimakan binatang buas." Iblis sentiasa memujuknya, sehingga ahli ibadah itu
mahu berbincang bincang dengan sang gadis dari atas lantai di atas biaranya
hingga beberapa lama.
Setelah itu Iblis mendatangi ahli
ibadah dan berkata memujuknya, "Andaikata engkau mahu turun ke biliknya, duduk
di depan pintu biaramu dan mengajaknya berbincang bincang denganmu, tentu hal
itu lebih dia sukai." Iblis sentiasa memujuk hingga ahli ibadah mau duduk di
depan pintu biaranya dan keduanya berbincang bincang. Hal ini terjadi sehingga
beberapa lama.
Iblis mendatangi ahli ibadah dan
mengajurkan sesuatu yang selayaknya ia lakukan. Iblis berkata, "Andaikata engkau
keluar dari biaramu dan duduk di dekat pintu biliknya, lalu engkau berbincang
bincang dengannya, tentu lebih menyenangkan hatinya. Iblis sentiasa memujuk ahli
ibadah hingga akhirnya dia benar-benar melaksanakannya. Hal ini terjadi sehingga
beberapa lama.
Iblis mendatangi ahli ibadah lagi dan
memberinya anjuran tentang pahala yang akan diperolehi di sisi Allah jika dia
mahu melakukannya. Iblis berkata, "Andaikan saja engkau mahu keluar dari biaramu
dan duduk lebih dekat lagi ke pintu bilik si gadis itu serta berbincang bincang
dengannya tanpa perlu keluar dari sana." Ahli ibadah melakukan anjuran Iblis ini
dan hal ini berjalan sehingga beberapa lama.
Kemudian Iblis mendatangi ahli ibadah
dan berkata, "Andaikata engkau mahu masuk ke dalam bilik gadis itu, berbincang
bincang dengannya dan tanpa diketahui seorang pun, maka hal ini tentu lebih baik
bagi kamu." Maka sehari penuh ahli ibadah menemani sang gadis di dalam biliknya.
Ketika hari sudah senja, dia keluar dan naik ke tingkat atas dari
biaranya
Iblis mendatangi ahli ibadah dan terus
menerus memujuknya, sehingga dia berani memegang paha sang gadis dan memeluknya.
Iblis terus memperdaya ahli ibadah dengan membisikkan bahawa hal itu merupakan
kebaikan, hingga akhirnya dia menyetubuhinya dan gadis itu pun hamil. Ketika
tiba saatnya, gadis itu melahirkan seorang bayi. Iblis mendatangi ahli ibadah
seraya berkata, "Apa pendapatmu jika saudara saudaranya datang sementara saudari
mereka telah melahirkan seorang bayi akibat perbuatanmu? Apa yang hendak engkau
lakukan? Tentu saja aku tak berani menjamin dirimu, bahawa nama baiknya akan
tercemar, atau mereka akan mencemarkan nama baikmu . Kerana itu hampirilah bayi
itu, bunuhlah dia, lalu kuburkan mayatnya. Gadis itu akan merahsiakannya kerana
takut andaikan saudara saudaranya tahu apa yang telah engkau lakukan terhadap
dirinya. "
Maka ahli ibadah itu melakukan apa yang
dianjurkan Iblis. Lalu Iblis berkata lagi, "Apakah menurut pendapatmu wanita itu
akan menyembunyikan kepada saudara saudaranya apa yang telah engkau lakukan
terhadap dirinya dan anaknya? Ambillah wanita itu, bunuhlah dia dan kubur
bersama anaknya!"
Ahli ibadah benar benar mengikuti
anjuran Iblis, membunuh dan menanam gadis itu bersama anaknya. Dia juga membuat
sebuah lubang dan meletakkan sebuah batu besar di atasnya setelah meratakan
tanahnya. Setelah itu ia naik ke tingkat atas biaranya untuk beribadah disana.
Tidak berapa lama kemudian seperti yang dikehendaki Allah, saudara saudara sang
gadis datang dari peperangan, lalu mereka mendatangi biara dan menanyakan
saudari mereka. Ahli ibadah menangis dan menunjukkan belas kasihannya terhadap
saudari mereka seraya berkata, "Dia adalah seorang wanita yang paling baik. Itu
adalah kuburannya. Lihatlah!"
Mereka mendatangi kuburan saudari
mereka dan menangis disana sebagai luapan kasih sayang mereka. Beberapa hari
mereka berada di kubur itu lalu mereka pulang ke rumah.
Pada malam harinya dan setelah mereka
tidur, syaitan mendatangi mereka melalui mimpi. Setan muncul dalam rupa seorang
musafir. Pertama kali ia datang dalam mimpi salah seorang di antara mereka yang
paling tua. Syaitan bertanya tentang nasib saudarinya. Orang itu menjawab
seperti apa yang dikatakan ahli ibadah, bagaimana kematiannya dan bagaimana
kasih sayang yang ditunjukkannya terhadap saudarinya itu. Bahkan ahli ibadah itu
juga menunjukkan kuburannya. Namun syaitan menyangkal semua itu seraya berkata,
"Ahli ibadah itu tidak berkata jujur tentang saudari kalian. Saudari kalian
itu telah hamil dan melahirkan bayi kerana perbuatan ahli ibadah, lalu dia
membunuh saudari kalian dan menanamnya di balik pintu sebelah kanan di bilik
yang ditempati saudari kalian . Pergilah ke sana dan buktikan sendiri, tentu
kamu akan mendapatkan apa yang aku katakan ini. "
Lalu Iblis mendatangi dua saudaranya
yang lain dan mengatakan hal yang sama. Ketika sudah bangun mereka merasa hairan
dengan mimpi yang mereka alami dan mereka semakin hairan ketika mereka memberi
tahu tentang mimpi mereka masing masing.
"Ini hanya sekadar mimpi, kamu tak
perlu memperdulikannya" kata yang paling tua.
Yang paling muda berkata, "Demi Allah
aku tidak akan surut sebelum mendatangi tempat itu dan
memeriksanya."
Akhirnya mereka bertiga sepakat untuk
mendatangi bilik yang dulu ditempati saudarinya. Mereka membuka pintu dan
mencari cari tempat seperti yang diberitahu kepada mereka melalui mimpi.
Ternyata benar, saudari mereka dan anaknya terkubur di tempat itu. Mereka
menemui ahli ibadah dan bertanya tentang nasib saudari mereka dan tak ada
pilihan lain bagi ahli ibadah selain mengakuinya kerana godaan syaitan. Mereka
pun menurunkan ahli ibadah dari biaranya dan siap untuk di salib. Tatkala ahli
ibadah itu sedang diikat di papan, syaitan menemuinya seraya berkata, "Tentunya
engkau sudah tahu bahawa sebenarnya akulah yang telah menggodamu dengan
kehadiran wanita itu, lalu engkau membuatnya hamil, lalu engkau membunuhnya dan
anaknya. Jika pada saat ini engkau tunduk kepadaku dan kufur kepada Allah yang
telah menciptakan kamu dan membentuk dirimu, tentu engkau akan selamat dari
keadaan yang akan menimpa ini .. "
Maka ahli ibadah itu menyatakan kufur
kepada Allah. Namun kemudian setan meninggalkannya begitu saja dan membiarkan
orang orang menyalibnya. Kerana peristiwa inilah Allah menurunkan ayat, surah Al
Hasyr: 16.
كمثل الشيطان إذ قال للإنسان اكفر فلما
كفر قال إني بريء منك إني أخاف الله رب العالمين
"(Bujukan orang-orang munafik itu
adalah) seperti (bujukan) syaitan ketika dia berkata kepada manusia: 'Kafirlah
kamu', maka tatkala manusia itu telah kafir, maka ia berkata: 'Sesungguhnya aku
berlepas diri dari kamu, karena sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan
semesta Alam '. "
Sungguh benar perkataan Al Haasan bin
Shalih yang mengatakan "Sesungguhnya syaitan benar-benar akan membuka 99 pintu
kebaikan bagi seorang hamba, untuk tujuan membuka satu pintu
keburukan."
Nabi shalallahu 'alayhi wasallam
bersabda:
"Tidaklah aku tinggalkan setelahku
suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi laki laki (melainkan fitnah yang datang
dari) wanita." Dikeluarkan oleh Bukhari (9/5096); Muslim (4/2097), Ibnu Majah
(3998) dan At-Tirmidzi (2780) dan dia berkata: "Hadits Hasan
Shahih"
Sumber: dari buku "Perangkap Setan"
karya Ibnul Jauzy penerbit Al-Kauthar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan