Keajaiban Di Medan Perang Gaza


 
 
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

MAXIS. This is why everybody loves being a Uni/College student

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar.
#ALLAH BERSAMA KITA...DOA JGN PERNAH BERHENTI. SAYA BUKAN ORG MALAYSIA, SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN, TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN KITA.TOLONG MEREKA...WALAUPUN HANYA DENGAN DOA
 
 
sumber : macjay.blogspot.com

[Gambar] Perisik Israel dibunuh dan diseret oleh pemuda Gaza


 
Beberapa buah website dalam dan luar negara sejak 2 hari lalu sibuk menyiarkan gambar-gambar perisik Israel diseret dengan motor oleh beberapa orang pemuda Gaza.
 
 
Portal Dailymail dipetik sebagai berkata:
Witnesses said the six were taken to an intersection in the north of the city where they were summarily shot for providing intelligence that helped Israel pinpoint key figures in Hamas and the Islamic Jihad targeted by their warplanes.

The names of the men are said to have been scrawled on the road after they had been questioned by Hamas security officials about who provided the 'human intelligence' necessary to pinpoint targets for 'precision' attacks that have 118 Palestinians - half civilians, including women and children, dead - in seven days of military operations.

Lucunya portal ini sempat meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan pemuda-pemuda Gaza yang mengheret agen/tali barut Israel itu. Mungkin mereka terlupa atau sengaja tidak ingin tahu tentang apa yang berlaku sepanjang serangan yang MEREKA SENDIRI MULAKAN ini. Berapa ramai kanak-kanak dan wanita-wanita yang tidak berdosa terbunuh akibat kerakusan nafsu syaitan mereka untuk membunuh umat Islam Palestin.

Sebuah akaun Youtube juga didapati telah menyiarkan video kejadian ini dengan tajuk "Religion of peace? executed for collaborating with Israel dragged through the streets of Gaza". Kepada anda yang tidak berpuas hati, bolehlah ke akaun tersebut dan menyuarakan pendapat anda. [klik disini]

Illuminati di dalam hadith? bhg 1


 
Illuminati adalah sebuah organisasi (secret society) penyembahan syaitan terbesar didunia yang dibiayai Rothschild sejak tahun 1776. Penubuhan Illuminati ini telah dinyatakan secara jelas oleh Rasulullah SAW dalam hadith ketika baginda bertanyakan tentang perkara ghaib yang dinampakkan Allah SWT kepada Ibn Sayyad. Berikut adalah hadith yang dimaksudkan:
Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata; Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {1}

Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {2}

Perhatikan pada ayat yang dihitamkan. Dalam ayat berikut Ibnu Sayyad memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa dia ternampak sebuah singgahsana di atas air. Kenyataan Ibnu Sayyad itu kemudiannya dijawap pula oleh Baginda SAW dengan menyatakan bahawa singgahsana yang dikatakan oleh Ibnu Sayyad itu sebenarnya adalah singgahsana iblis diatas laut. Dalam menyentuh soal Illuminati, kita semua sedia maklum mengenai simbol-simbol organisasi tersebut. Dan pastinya kita mengenali logo dibawah ini:
Kenyataan Baginda SAW yang menyebut singgahsana syaitan merujuk kepada organisasi Illuminati yang mana logonya jelas menunjukkan imej 'sebuah piramid dengan puncaknya bermata satu'. Piramid tersebut pula dikelilingi oleh lautan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Illuminati - sila rujuk buku Rahsia Simbol Yahudi.
Bagi melihat betapa dalamnya kebenaran hadith ini maka perlu untuk kita melihat kembali (secara ringkas) sejarah Ibnu Sayyad, Rothschild dan sedikit berkaitan Illuminati.

1. Ibnu Sayyad

Adapun Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal. Beliau adalah seorang Yahudi beragama Islam yang tinggal di Madinah. Ibn Sayyad memiliki nama ahli Shafi, ada yang menyebutnya Abdullah bin Sayyad (Shayyad) atau Shaid. Ia berasal dari kalangan Yahudi Madinah. Ada yang mengatakan dari kalangan Anshar, dan dia masih kecil ketika Nabi SAW tiba di Madinah.

Ibn Katsir menyebut bahawa Ibn Sayyad adalah Aslam, dan anaknya bernama Imarah, salah seorang pembuka tabi'in. Imam Malik dan lain-lainnya ada meriwayatkan hadith darinya. {3}

Adz Dzahabi mengenukakan biodatanya dalam kitab beliau Asmaush-Shahabah. Adz Dzhabi berkata, "Abdullah bin Sayyad dicatat oleh Ibn Syahin." Beliau berkata, "Dia adalah Ibn Shaaid. Ayahnya seorang Yahudi, lalu Abdullah dilahirkan dalam keadaan buta sebelah matanya dan sudah berkhitan. Dialah yang dikatakan orang sebagai Dajjal, lalu dia masuk Islam. Dan dia adalah seorang tabi'in. {4} Perkataan dari Adz Dzahabi ini kemudian dikutip oleh Al Hafidh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah, lalu beliau berkata, "Dia adalah orang yang punya putera Imarah bin Abdullah bin Shayyad, termasuk orang pilihan kaum Muslimin dan sahabat Sa'id bin Al-Musayyab. Imam Malik dan lain-lainnya meriwayatkan hadith dari beliau.

1.1 Bukti sahih Ibn Sayyad bukanlah Dajjal

1.1.1 Ibnu Sayyad menunaikan haji, memasuki kota Makkah dan Madinah, punya anak.
Dalam sebuah riwayat dari Abu Sa'id al-Khudri r.a, ia bercerita, katanya, "Kami pernah melakukan haji atau umrah bersama Ibnu Shayyad (Ibnu Shaaid), lalu kami berhenti disuatu tempat dan orang-orang pun berpencar hingga tinggal saya dan Ibnu Shaaid. Saya merasa sangat ketakutan kepadanya, mengingat apa yang dikatakan orang tentang dia. Dia membawa perbekalannya dan meletakkannya bersama perbekalan saya. Lalu saya berkata, "Sesungguhnyahari sangat panas, sebaiknya engkau letakkan dibawah pokok itu."(.........) Ia berkata, "Wahai Abu Sa'id ingin rasanya aku mengambil tali lantas kugantungkan pada pohon, lalu ku cekik leherku kerana kekesalan hatiku terhadap apa yang dikatakan orang banyak mengenai diriku. Wahai Abu Sa'id kalau orang samar-samar terhadap hadith Rasulullah SAW maka tidaklah ada kesamaran atas kalian kaum Anshar. bukankah engkau termasuk orang yang paling tahu tentang hadith Rasulullah SAW? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Dajjal itu mandul, tidak punya anak, sedangkan saya punya anak yang saya tinggalkan di Madinah? Bukankah Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Dajjal itu tidak boleh memasuki kota Madinah dan Makkah, sedangkan saya datang dari Madinah dan hendak menuju ke kota Makkah?" {5}

Dan dalam satu riwayat lagi, Ibnu Sayyad berkata, "Ingatlah, demi Allah, sesungguhnya saya mengetahui di mana sekarang dia (Dajjal) berada, dan saya juga mengetahui tempat kelahirannya serta mengetahui di mana ia sekarang berada." "Apakah kau senang jika laki-laki itu adalah engkau?" Dia menjawap, "Kalau disindirkan kepadaku, maka aku tidak benci." {6} (Maksud kalau disindirkan kepadaku ini menunjukkan betapa besarnya kekecewaan ibnu sayyad terhadap anggapan orang disekelilingnya ketika itu.)

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal besar/sebenar yang akan keluar diakhir zaman nanti, tetapi ia adalah satu 'perlambangan' sifat Dajjal yang ditunjukkan oleh Allah SWT. {7}

2. Rothschild, Ibnu Sayyad dan Illuminati

Rothcshild adalah keluarga Yahudi yang paling misteri dalam dunia. Segala gerak-gerinya adalah bermotif meruntuhkan umat dunia khususnya umat Islam. Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik Rusia, kejatuhan Amerika Syarikat, NAZI dan Holocaust, kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah, penubuhan negara haram Israel, semuanya mempunyai kaitan dengan keluarga elit Yahudi ini. Penyiasat-penyiasat konspirasi Barat dan Muslim yang celik minda mereka sering mempersoalkan sebab mengapa keluarga elit Yahudi ini seringkali 'diketepikan' media arus perdana daripada menyiarkan berita-berita mengenai mereka di media. Seolah-olah, keluarga ini cuba untuk meletakkan mereka di posisi selamat dari tumpuan awam.

Rothschild adalah keluarga yang mengasaskan dan mengamalkan pemujaaan syaitan melalui organisasi Freemason dan Illuminati. Jika Rothschild adalah seteru/masalah utama penduduk dunia hari ini, adakah Islam tidak memberi amaran terlebih dahulu kepada umatnya melalui hadith-hadith Rasulullah SAW sepertimana amaran yang diberikan oleh Baginda berkaitan Dajjal dan Yajuj Majuj.? Jawapannya ya. Ada.

2.1 Ibnu Sayyad bakal memiliki harta dan anak yang sangat banyak

Hadith ini menjelaskan kepada kita beberapa perkara utama yang memungkinkan bahawa Rothschild adalah dari susur galur keturunan Ibnu Sayyad yang tinggal di Madinah. Hadith berikut berbunyi:
Telah berkata Ibn Umar, "Aku pernah bertemu Ibn Sayyad dua kali. Aku bertemu dengannya kemudian aku bertanya kepada sebahagian sahabat, "Apakah kamu bercerita bahawa dia itu Dajjal?" Mereka berkata, "Tidak demi Allah." sebahagian dari kamu telah bercerita kepadaku bahawa dia (Ibn Sayyad) tidak akan mati sehinggalah ia menjadi orang paling banyak harta dan anaknya di antara kamu, demikian pula dugaanmu pada hari ini. Kami bercakap-cakap lalu aku meninggalkannya. Kemudian aku bertemua dengannya pada ketika yang lain, sedang matanya bengkak, maka aku bertanya, "Apa terjadi pada matamu seperti yang aku lihat?" Dia berkata, "Aku tidak tahu." Aku berkata, "Kamu tidak tahu sedangkan ia berada dikepalamu?" ia berkata, "Kalau Allah kehendaki, ia akan menciptakannya di tongkatmu ini." Kemudian dia mendengus sangat keras seperti dengusan keldai yang pernah aku dengar. maka sebahagian kawanku menyangka aku telah memukulnya dengan tongkat yang ku bawa sampai patah. Adapun aku, maka demi Allah aku tidak mengetahui keadaan tersebut."

Kemudian Ibn Umar datang ke rumah Ummul Mukminin (isteri nabi) lalu bercerita kepadanya, maka ia (Ummul Mukminin) berkata, "Apa yang kamu kehendaki darinya? Bukankah kamu tahu bahawa baginda telah bersabda, "sesungguhnya sesuatu yang pertama kali membangkitkannya terhadap manusia adalah kemarahan yang melandanya." {4}

Dua fakta penting yang boleh kita lihat di dalam hadith diatas, pertama (1) Ibn Sayyad bakal memiliki banyak harta dan, keturunan yang banyak melebihi para sahabat. Menjelaskan hal demikian rasulullah menggunakan kalimah ( أكتر ) bagi menerangkan ciri-ciri harta ( مال ) dan anak ( وَلَدًا ) yang membawa makna paling banyak. Dalam nahu Arab, aksara Isim Tafdil yang memberi makna terlebih banyak dari orang lain. Kalimah أكتر berasal dari kalimah madhi أكتر bermaksud 'banyak atau melebihi.

Dalam penggunaan kalimat أكتر bagi menerangkan kekayaan yang melampau dan anak-beranak yang sangat ramai boleh dikaitakan dengan situasi keluarga Rothschild kini. Teori ini sangat rasional, tambahan pula pada zaman ini hanya keturunan Rothschild mempunyai kemewahan harta yang melampaui batas kemampuan manusia.

Imam Nawawi menjelaskan dalam syarahnya bahawa hal demikian (kekayaan dan anak) telahpun diperkatakan oleh ramai para sahabat. Ini bermakna sebahagian besar para sahabat mengetahui bahawa Ibnu Sayyad sememangnya akan ditakdirkan memiliki kekayaan dan keturunan yang banyak. Menariknya disini jika diselidik kembali sejarah keluarga Rothschild, Amschel Moses juga menerima doa dari Rabbi Hershelle yang seakan-akan sama dengan hadith di atas.

Dalam sebuah artikel tulisan seorang penulis Yahudi, Nissan Mendel, Amschel Moses Rothschild telah dituduh mencuri wang kebajikan untuk anak-anak yatim. Rabbi Hershelle yang telah mendidik Amschel Moses dari kecil telah menuduh Amschel yang mencuri wang tersebut. Rabbi Hershelle pergi menemui Amshel bagi menceritakan hal sebenar. Amschel tidak menafikan hal tersebut malah menggantikan dengan wang simpanannya sendiri, walaupun sebenarnya bukan dia yang mencuri wang itu. Tidak lama selepas itu, rabbi hershelle mendapat khabar mengejutkan dari ketua Polis Daerah bahawa wang tersebut telah dicuri oleh seorang wanita. Dengan rasa bersalah, Rabbi Hershelle pergi menemui Amschel untuk meminta maaf. Bermula saat itulah Rabbi Hershelle mendoakan Amschel Moses dan anak-anaknya serta keturunan-keturunannya menjadi orang tyang berjaya di dalam dunia perniagaan. Amschel telah dikurniakan 8 orang anak dan salah seorangnya bakal penguasa dunia - Mayer Amschel de Rothschild. {8}

Perlu kita fahami disini, bahawa sejak kematian Mayer Amschel de Rothschild pada 1812, anak-anaknya mula mengaturkan perkahwinan sesama mereka dalam lingkungan keluarga-keluarga Yahudi saja. Keluarga Rothschild hanya menjodohkan anak-anak mereka dengan ahli-ahli perniagaan Yahudi yang kaya khususnya dalam bidang perbankan.
Keduanya (2), berkenaan kekayaan luar biasa Rothschild. Selain mempunyai rumah-rumah agam yang besar di Eropah, kemewahan melampau Rothschild boleh dilihat melalui barangan dirumahnya. Tidak cukup dengan itu, Rothschild juga menguasai bank-bank utama di Amerika Syarikat, Arab Saudi, Dubai, Britain, Perancis, German, dan beberapa buah lagi di seluruh dunia. Kekayaan sebenar keluarga elit Yahudi ini membuatkan seorang penulis - St Berbe cenderung untuk menggelar keluarga Rothschild sebagai The Money's Prophets.

Sabda Rasulullah SAW itu benar bila mana kita melihat kekayaan Rothschild sekarang yang tiada bandingnya sehingga mampu menguasai seluruh dunia dengan mencetuskan kemelesetan ekonomi, mencetuskan revolusi-revolusi dunia, perang-perang dunia, menubuhkan PBB, NATO dan sebagainya. Allahuakbar. Rasulullah SAW sangat benar dalam sabdanya.

bersambung...
______________________________________
1. Lihat Kitabul Fitan Juz l: 102-103, Tahqiq : Muhammad Fahim Abu Ubayyah. Juga Kitabul Fitan oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir dalam bab Ibnu Sayyad.
2.Lihat Kitabul Fitan Wa Ashratul Sa'ah, 18:14-50.
3.An-Nahiyah Fil fitan 1: 128 dengan tahqiq dr Thaha Zaini
4. Tajridu Asmaish Shahabah 1:319 no 3366 karya Al Hafizh Adz Dzahabi, terbitan Darul Ma'rifah, Beirut.
Sahih Muslim Bisyarah An-Nawawi, Hadith No 2932, Vol 9, Darul Manar Kaherah, ms 372
5. Sahih Muslim 18:51-52 Bahagian (........) adalah bahagian yang dipotong kerana terlalu panjang.
6. Sahih Muslim 18:51
7. Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal
8. Artikel tersebut bertajuk The First Rothschild

Palestin Dihancurkan kerana Tak Pakai Jubah dan Serban



Aku ingat lagi satu peristiwa masa aku semester akhir masa ambik diploma dulu. Masa tu study week. Untuk mengisi masa pelajar, beberapa orang kawan aku telah menjemput pendakwah dari luar untuk memberika sedikit tazkirah.

Lepas saja solat isyak, bermulalah sesi tazkirah tu. Aku sedikit terkejut apabila orang yang akan memberikan tazkirah tu adalah kawan aku masa sekolah dulu. Aku tengok dia dah lain. Dah berjanggut, berjambang, dan memakai jubah. Aku pun mendengar tazkirah yang diberikan sampailah habis sesi tazkirah. Antara yang mendengar adalah junior-junior aku.

Usai saja tazkirah, ada pulak sesi makan-makan ringan. Masa ni lah ramai yang bertanyakan soalan kepada penceramah. Untuk pengetahuan korang, penceramah merupakan pendakwah dari jemaah sekian-sekian (aku tak nak bagi tau jemaah mana satu). Kebetulan, yang mendegar juga kebanyakannya terdiri daripada geng-geng jemaah ni jugak.

Tengah makan, junior aku pun bertanyakan soalan tentang Palestin. Sebelum tu, kat Stadium Malawati Shah Alam ada buat program pasal Palestin. Jadi, semangat budak ni masih berkobar-kobar dek program tu. "Bang, saya nak tanya sikit pasal Palestin. Apa pendapat abang pasal isu Palestin sekarang ni?". Lebih kurang macam ni lah soalan budak tu kat si penceramah tu.


Terdiam seketika, lalu si penceramah tu pun tersenyum lantas menjawab, "Kang, aku jawab... korang kata aku ni anti-Palestin pulak". Aku yang mendengar jawapan tu sedikit rasa pelik. Sambungnya lagi, "Aku dah tanya eldest (orang otai dalam jemaah ni). Diorang pun ada jawapan yang sama. Sebenarnya Palestin dihancurkan kerana diorang tak pakai jubah dan serban".

Aku terkesima dengan jawapan tu. Memang aku betul-betul menyirap mendengar jawapan tu. "Korang tengok yang baling batu tu... Ada diorang pakai jubah? Ada diorang pakai serban? Takkan? Diorang pakai T-shirt je. Sebab tu lah Allah hancurkan diorang. Lepas golongan ni dihancurkan oleh Israel, Allah gantikan pulak dengan golongan yang pakai jubah dan serban". Aku malas nak betah dah. Sebab sebelum junior aku tu tanya soalan ni, aku dah berdebat dengan dia secara baik. Tapi jawapannya memang merapu dan mengelirukan. Aku hanya diam je bila dengar dia cakap macam tu. Lagi pon, geng dia memang ramai kat situ. Malas aku nak keruhkan keadaan.

Orang yang cerdik dan masih waras pasti akan berfikir dengan lebih jauh dan secara automatik pemikiran kita akan mencantas jawapan dia ni. Masakan Allah menghancurkan sesuatu kaum atas alasan bukan maksiat? Tak pakai jubah dan serban tu bukannya maksiat pun, malah ia tidak diwajibkan dalam Islam! Kenapa pulak dia tak cakap Allah akan hancurkan Malaysia sebab Malaysia ni ada kilang arak, ada lesen judi, banyak zina, dan banyak maksiat?

Apa yang menyedihkan, kebanyakan umat Islam yang berada dalam jemaah ni suka bertaqlid buta. Apa yang otai dalam jemaah ni cakap akan terus meresap dalam kepala otak dioran dan terus terima tanpa usul periksa. Berdakwahlah sesuai dengan ilmu kita, bukan berdakwah dengan sesuatu yang kita tak tahu. Dan apabila orang bercakap atas tiket agama, belum tentu ianya sesuatu kebenaran. Selidiklah dulu dengan akal fikiran yang waras. Wallahu a'lam
 
sumber : soutulmujahid

Panas !!! Fatwa 'TIADA JIHAD' Di Palestin - Ulama Muda Umno

 



Antara Fatwa Dikeluarkan :-

TIADA JIHAD di Palestin
- Minit 1:10, diulangi pada minit 5:28 dan 5:30

Syarat JIHAD di dalam Quran - Jumlah musuh tidak lebih DUA KALI GANDA tentera Islam
- Minit 1:34

Tindakan BOIKOT adalah satu KEBODOHAN
- Minit 8:18

Fatwa ini dikeluarkan oleh – IDRIS SULAIMAN, Ahli Majlis Syura Ulama Muda Umno (http://ilmuanmalaysia.com/tentang-kami/)

Pandangan :-

Jika mengikut fatwa dia, maknanya para pejuang HAMAS yang terkorban di medan perang melawan Israel Zionis; seperti Sheikh Ahmad Yassin, Sheikh Abdul Aziz Rantisi, Sheikh Sa'id Siyam, dll - BUKAN SYAHID kerana TIADA JIHAD.

Malah pada minit 8:28, ayat Quran yang dibacakannya pun SALAH.

Katanya "syarat JIHAD di dalam Quran - Jumlah musuh tidak lebih DUA KALI GANDA tentera Islam" (rujuk miinit 1:34), tiada langsung ayat Quran atau Hadith diberikan sebagai sandaran dalil hujahnya.

Walhal di dalam sirah, dalam perang jihad fisabilillah pertama iaitu perang Badar menyaksikan jumlah tentera Islam hanya 313 berbanding musuh 1000 orang!

Kami mencadangkan agar DPP Malaysia [Official] mengambil tindakan membuat laporan polis untuk membantah kenyataan cabul ini yang menghina para pejuang Palestin!
 

Sumber : PemudaGombak.com [FB

‎9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal

9 Sebab Israel Mahukan Gencatan Senjata Lebih Awal
MAFIABOSS 
Bagaimana tentera zionis meratap kematian…


Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.

Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem   (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...
 
Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama  juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -

Surah al-Imran ayat 54

“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

 Bagaimana tentera zionis meratap kematian…


...
Israel terpaksa mendesak pihak ke 3 agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.

Sedangkan serangan Gaza 2008-2009 berlangsung selama 22 hari dan telah mengorbankan lebih 1450 orang rakyat Palestin di Gaza.

Apa tidaknya ?

1-Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2-Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam

3-Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
israel f16 Igauan Israel menjadi realiti...

Jet pejuang F16 adalah di antara habuan roket al Qassam

4-Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.

5-Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.

6-Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.

7-Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.

8-Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.

9-Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt :

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ -

Surah al-Imran ayat 54

“Dan Mereka Merancang(tipu daya),Allah juga merancang(membalas tipu daya),Dan ALLAH sebaik-baik Perancang(membalas tipu daya)”

Subhanallah, alhamdulillah, Allah akbar….
Oleh Dr Zainur Rashid Zainuddin

Pengaruh Wanita Dalam Kehidupan Lelaki

 


 
 
Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.
Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.
Al-Quran menyebut:
“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).
Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:
“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).
Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.
Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:
“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).
Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.
Muslihat Wanita
Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:
“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).
Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Josephmenterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).
Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.
Nabi s.a.w pernah bersabda:
“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sabda baginda juga:
“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).
Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.
Perhiasan Terindah
Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:
“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).
Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:
“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).
Sabda Nabi s.a.w juga:
“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat.

Hikmah Menjadi Wanita


 



Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...
Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
Pada keluarga,
yang tidak menghargai isteri mereka
suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala tambahan ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa


Rahsia Bintang Enam Israel

 



 
Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.


Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirikan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.


Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia
 
sumber

Kerana Sedekah Sekupang



Adik payung ni berapa harga?" tanya ku kepada adik penjaga gerai.
"Satu RM14.90 kak" jawabnya.
"ok lah akak nak beli satu yang ini" sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau.
Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.
"Ambillah dik akak sedekah sekupang ni". Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.
Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan. Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku,
"kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan". Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.
"Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya." Dia memberitahu
"Hmm Bolehlah dik, bungkus dua", kata ku.
Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.
"Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak". Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.
Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah...Alhamdullillah... Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?
Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu.
Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :
"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu; 5 kebaikan di dunia
1. Menyucikan harta
2. Menyucikan badan
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya
Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :
1. DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangannya (amalan) diakhirat
4. Mudah melalui titian siratal-mustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :
"Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api"
(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah.
Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang. Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

- Artikel iluvislam.com

Penulis Yahudi Berkata “kita sudah kalah”




Akhbar rusia yang diterbitkan di amerika telah ditarik balik pengedarannya kerana satu artikel yang ditulis oleh penulis yahudi pada muka surat yang ke tujuh.

Ini terjemahan dari sebahgian artikel tersebut:



Penulis menyatakan:

Sekiranya kita ke gazza untuk membebaskan shalit (yg ditawan hamas sejak 2006) Kami pulang tanpanya.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghentikan roket2. Sesungguhnya bertambah jauh roket tersebut (sehingga hamper tel aviv) sehinggalah di hari terakhir dan semakin memberi ancaman.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menghapuskan hammas sesungguhnya hammas semakin disayangi dan kita telah memberikannya pengiktirafan rasmi.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menjajahnya Sesungguhnya telah kami sebut bahwa pasukan tentera tidak mampu menguasai satu meter pun di dalam kawasan gazza.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menunjukkan bahwa kita yang hebat. Sesungguhnya peperangan telah berhenti setelah mana diputuskan oleh pejuang bukannya ketika kita buat keputusan.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mempamirkan kekuatan kita Sesungguhnya cukuplah kita buat pertunjukkan ketenteraan di tel aviv.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk membunuh pemimpin hammas. Sesungguhnya kita hanya membunuh dua orang dari 500 pemimpin gerakan hammas.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mendapat simpati dari dunia.. Sesungguhnya pandangan alam telah merubah kepada memusuhi kami. Orang yang dulu bersama kami pun telah memusuhi kami.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk mengembalikan kepercayaan kepada tentera kita.. Sesungguhnya kita telah menambahkan kecut pada tentera kita dan telah menambahkan keyakinan kepada pejuang2 hamas pd diri mereka.


Sekiranya kita pergi ke gazza untuk menetapkan kekuatan pencegahan kita sesungguhnya telah jelas bahawa senjata kita, tidak kita gunakannya dengan baik semasa di daratan dengan dua kali percubaan 2006 dan 2008. Ia tidak mencegah hizbullah dan tidak mencegah hammas.


Malahan bertambah ancaman dan kesombongan pemimpin2 hammas. Allah yang lebih mengetahui perkara yang akan datang selepas mana telah tersebar maklumat ini dikalangan penduduk setempat iaitu maklumat berkenaan dgn pejuang2 palestin dan kemampuan mereka untuk melawan kita. Kita tidak harus lupa ketika berlakunya pertemuan demi pertemuan untuk perdamaian


Kita tidak pernah mendengar permintaan hammas walau sekalipun untuk genjatan senjata sehingga kita yang memintanya. Biarlah aku bertanya Siapa yang menakutkan siapa? Allah lebih mengetahui, terdapat 800 ribu penduduk Israel di selatan yang mana mereka akan gementar dan bergegas ke tempat perlindungan apabila mendengar nama hammas. Siapa yang menakutkan siapa ?


Akhirnya penulis membuat kesimpulan dengan kata2nya:

Peperangan ini menyebabkan rejim zionis(pertubuhan yahudi antara bangsa) membelanjakan 10.5 trilion dolar. Jumlah ini sama nilainya dengan belanja untuk kempen pengiklanan selama 40 tahun bagi mencantikkan gambaran orang2 yahudi di mata dunia. Dalam masa 22 hari , tentera2 yahudi telah memusnahkan segala2nya. Jumlah 10.5 trilion yang dikeluarkan oleh pertubuhan zionis ini tidak mencukupi bagi membiyai semua perbelanjaan perang ini.Ini juga tidak termasuk kerugian manusia di pihak askar dan orang awam yang terkena roket.

Penulis yahudi ini berkata:

Aku, olmert dan barak mengetahui kerugian manusia yang menimpa kami. Kesemuanya dilarang untuk mendedahkan jumlah kerugian manusia tersebut.


Akhirnya penulis berkata:


Cukuplah pembohongan kita selama ini. Sebenarnya kita tidak menang