Palestin Dihancurkan kerana Tak Pakai Jubah dan Serban



Aku ingat lagi satu peristiwa masa aku semester akhir masa ambik diploma dulu. Masa tu study week. Untuk mengisi masa pelajar, beberapa orang kawan aku telah menjemput pendakwah dari luar untuk memberika sedikit tazkirah.

Lepas saja solat isyak, bermulalah sesi tazkirah tu. Aku sedikit terkejut apabila orang yang akan memberikan tazkirah tu adalah kawan aku masa sekolah dulu. Aku tengok dia dah lain. Dah berjanggut, berjambang, dan memakai jubah. Aku pun mendengar tazkirah yang diberikan sampailah habis sesi tazkirah. Antara yang mendengar adalah junior-junior aku.

Usai saja tazkirah, ada pulak sesi makan-makan ringan. Masa ni lah ramai yang bertanyakan soalan kepada penceramah. Untuk pengetahuan korang, penceramah merupakan pendakwah dari jemaah sekian-sekian (aku tak nak bagi tau jemaah mana satu). Kebetulan, yang mendegar juga kebanyakannya terdiri daripada geng-geng jemaah ni jugak.

Tengah makan, junior aku pun bertanyakan soalan tentang Palestin. Sebelum tu, kat Stadium Malawati Shah Alam ada buat program pasal Palestin. Jadi, semangat budak ni masih berkobar-kobar dek program tu. "Bang, saya nak tanya sikit pasal Palestin. Apa pendapat abang pasal isu Palestin sekarang ni?". Lebih kurang macam ni lah soalan budak tu kat si penceramah tu.


Terdiam seketika, lalu si penceramah tu pun tersenyum lantas menjawab, "Kang, aku jawab... korang kata aku ni anti-Palestin pulak". Aku yang mendengar jawapan tu sedikit rasa pelik. Sambungnya lagi, "Aku dah tanya eldest (orang otai dalam jemaah ni). Diorang pun ada jawapan yang sama. Sebenarnya Palestin dihancurkan kerana diorang tak pakai jubah dan serban".

Aku terkesima dengan jawapan tu. Memang aku betul-betul menyirap mendengar jawapan tu. "Korang tengok yang baling batu tu... Ada diorang pakai jubah? Ada diorang pakai serban? Takkan? Diorang pakai T-shirt je. Sebab tu lah Allah hancurkan diorang. Lepas golongan ni dihancurkan oleh Israel, Allah gantikan pulak dengan golongan yang pakai jubah dan serban". Aku malas nak betah dah. Sebab sebelum junior aku tu tanya soalan ni, aku dah berdebat dengan dia secara baik. Tapi jawapannya memang merapu dan mengelirukan. Aku hanya diam je bila dengar dia cakap macam tu. Lagi pon, geng dia memang ramai kat situ. Malas aku nak keruhkan keadaan.

Orang yang cerdik dan masih waras pasti akan berfikir dengan lebih jauh dan secara automatik pemikiran kita akan mencantas jawapan dia ni. Masakan Allah menghancurkan sesuatu kaum atas alasan bukan maksiat? Tak pakai jubah dan serban tu bukannya maksiat pun, malah ia tidak diwajibkan dalam Islam! Kenapa pulak dia tak cakap Allah akan hancurkan Malaysia sebab Malaysia ni ada kilang arak, ada lesen judi, banyak zina, dan banyak maksiat?

Apa yang menyedihkan, kebanyakan umat Islam yang berada dalam jemaah ni suka bertaqlid buta. Apa yang otai dalam jemaah ni cakap akan terus meresap dalam kepala otak dioran dan terus terima tanpa usul periksa. Berdakwahlah sesuai dengan ilmu kita, bukan berdakwah dengan sesuatu yang kita tak tahu. Dan apabila orang bercakap atas tiket agama, belum tentu ianya sesuatu kebenaran. Selidiklah dulu dengan akal fikiran yang waras. Wallahu a'lam
 
sumber : soutulmujahid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan