Konspirasi Dunia: Third Secrets Of Fatima

 






Pernah dengar mengenai "Third Secrets of Fatima" ? Apapun ia tiada kaitan dengan puteri Nabi Muhammad iaitu Fatimah Az-Zahra, NAMUN ada kaitan dengan salah satu hadith akhir zaman.

Dua rahsia telah dibongkar, namun Rahsia ke-3 dikatakan paling misteri. Ini kerana ia sepatutnya dibuka pada tahun 1960, tetapi hanya dibuka pada 26 Jun 2000 oleh Vatican.

Para petitih Nasrani mengatakan Rahsia ke-3 ini merujuk peritiwa pembunuhan Pope John Paul 1. Namun, mari menelitinya dari sudut lain.

Di bawah ialah petikan sebahagian dari Rahsia ke-3:

"Other Bishops, Priests, men and women Religious going up a steep mountain, at the top of which there was a big Cross of rough-hewn trunks as of a cork-tree with the bark; before reaching there the Holy Father passed through a big city half in ruins and half trembling with halting step, afflicted with pain and sorrow, he prayed for the souls of the corpses he met on his way;

Having reached the top of the mountain, on his knees at the foot of the big Cross he was killed by a group of soldiers who fired bullets and arrows at him, and in the same way there died one after another the other Bishops, Priests, men and women Religious, and various lay people of different ranks and positions.

Beneath the two arms of the Cross there were two Angels each with a crystal aspersorium in his hand, in which they gathered up the blood of the Martyrs and with it sprinkled the souls that were making their way to God."

Dan Ini Adalah Hadith Yang Berkaitan:

“Mak-hul dan Ibnu Abi Zakaria cenderung kepada Khalid bin Ma’dan, sedangkan aku pula lebih cenderung kepada mereka berdua.” Lalu dia memberitahu kepada kami dari Jubair bin Nufair RA, dia berkata, “Marilah pergi bersama-sama kami menuju ke Zu Mikhmar,” pada hal Jubair adalah salah seorang sahabat Nabi SAW. Lalu aku pergi bersama-sama mereka, maka dia bertanya kepada Jubair tentang perjanjian damai. Jawabnya, “Saya mendengar Nabi SAW bersabda, “Orang Rom (pada akhir zaman nanti) akan mengadakan suatu perjanjian damai yang membawa keamanan kepada kamu semua. Kemudian kamu akan saling bermusuhan, kamu dan mereka, saling menganggap sebagai musuh. Lalu kamu diberikan kemenangan, memperoleh harta rampasan dan selamat, kemudian kamu kembali, (dalam perjalanan pulang dari Eropah itu) sehingga kamu tiba dan singgah di suatu padang (gembala binatang yang luas) yang berpasir. Lalu ada seorang lelaki dari pengikut Salib (Kristian), mengangkat salibnuya sambil berteriak, “Salib menang!” maka datang seorang lelaki dari kalangan (tentera) kaum Muslimin, dengan marah, kepada lelaki Salib (Kristian itu) lalu memukulnya (dengan senjata sampai mati). Maka pada ketika itulah orang-orang Rom berkhianat (terhadap perjanjian damai dan gencatan senjata) dan mereka berkumpul di padang pertempuran itu.” Dari Hasan bin Atiyah, dengan isnad sama seperti di atas, tetapi ada tambahan lagi di hujungnya, “Mereka berkumpul di padang pertempuran, lalu datang pada waktu itu (tentera Salib) di bawah lapan puluh bendera. Di bawah setiap bendera ada dua belas ribu orang (tentera Kristian).” |Ibnu Majah|


Apapun Jika 'prophecies' puak Kristian itu "kebetulan" dan serupa isinya dengan Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w, saya tidak terkejut. Tapi yang betul ialah Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w. Soal umat Kristian kembali kepada Islam beramai-ramai, kini telah pun sudah berlaku. Lihat saya apa terjadi pada gereja-gereja di England dan Amerika. Mengenai kerisauan puak Kristian dan Yahudi, ia sudah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w diutus lagi.

Rahsia Ke-3 itu, bersifat hanya untuk "confirmkan" kerisauan mereka sahaja. Tetapi, cuba kita fikirkan dengan lebih mendalam: Jika benar mereka sangat risau mengenai Rahsia Ke-3 ini, kenapa pula mereka menyimpannya selama 40 tahun, 100 tahun, 1000 tahun kemudian barulah dihebahkan? mengapa tidak lebih baik jika mereka terus kekal menyimpan dan langsung tidak dihebahkan. Setuju? Maka, hebahan ini mungkin terdapat tujuan lain.

Pada saya, mereka hebahkan ini supaya umat Kristian yang sudah mula goyang keyakinannya pada agama Kristian itu, kembali bersatu untuk menentang Islam yang semakin terbukti kebenarannya. Mahu tidak mahu, mereka gunakan "Secret of Fatima" ini, sedangkan kita umat Islam, setakat baca boleh, tapi yang kita percaya dengan sesungguhnya ialah Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w.

Setakat "revelation" seperti "Secrets of Fatima", di Nusantara kini, terlalu ramai orang Melayu-Islam sendiri yang dapat bermacam-macam alamat dan isyarat, yang pelik-pelik pun ada siapa punya kerja?. Bila sampai masanya, boleh dikatakan semuanya tidak berlaku. Kenapa?. Yang penting ialah yakin kepada apa yang disebutkan dalam Al-Qur'an dan Hadis Rasulullah s.a.w tanpa perlu tokok-tambah atau dikurangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan