Afghanistan, peperangan terlama dalam sejarah Amerika

 

Afghanistan telah menjadi konflik yang terpanjang dalam sejarah Amerika, bahkan melebihi perang Vietnam. Kemarin perang Afghanistan memasuki bulan ke-104, dengan 30,000 tentera Amerika yang diberangkat pada semester pertama tahun ini saja. Para perajurit AS pulang kembali dari Vietnam selepas 103 bulan pertempuran.

Sokongan awam terhadap perang ini turun drastik seiring jumlah korban tewas yang terus meningkat, seperti yang juga berlaku di Vietnam. Lebih daripada setengah orang Amerika sekarang percaya bahawa pertempuran di Afghanistan sangat tidak sepadan dengan bayaran yang sudah dikeluarkan.

Pada tahun 1961, Presiden AS yang baru dipilih, John F. Kennedy, menghantar 100 penasihat ketenteraan yang pertama bersama dengan satu unit khas dengan 400 tentera ke Vietnam. Pada tahun berikutnya, AS menambah jumlah tenteranya di Vietnam menjadi 11.000 tentera. Pada tarikh 2 Ogos 1964, dua kapal pesiar Amerika di tembaki oleh kapal-kapal rondaan Vietnam Utara di Teluk Tonkin.

Amerika berkeras bahawa kapal-kapal layar itu berada di perairan antarabangsa. Dan menjadikan peristiwa itu sebagai alasan untuk mengebom Vietnam Utara untuk pertama kalinya. Hanya saja pada tahun 1971, diketahui bahawa dua kapal perang Amerika telah melanggar kawasan perairan Vietnam Utara.

Pada bulan Mac 1965, pesawat tempur AS memulakan Operation Rolling Thunder, pengeboman besar-besaran terhadap Vietnam Utara. Sekitar tiga setengah tahun kemudian, bom-bom dijatuhkan di sekitar Vietnam Utara yang jumlahnya dua kali lebih banyak dari jumlah bom yang dijatuhkan pada Perang Dunia II. Untuk mengurangkan pembangunan industri dan penduduk negara, Vietnam Utara melaksanakan desentralisasi total ekonomi dan evakuasi sejumlah orang dari bandar-bandar.

Puncak Perang Vietnam pada tahun 1968, iaitu ketika AS mengirimkan hampir setengah juta tenteranya ke Vietnam. Pasukan Australia, New Zealand, Korea Selatan, Filipina dan Thailand semuanya berjumlah 90.000 orang. Dan saat itu tentera Vietnam Selatan berjumlah 1.5 juta orang.

Barisan Pembebasan Nasional di bawah kepimpinan komunis, yang diberi nama Vietkong oleh AS, mempunyai kekuatan 400,000 tentera. Pada tarikh 1 Februari 1968, kekuatan Tentera Pembebasan Nasional memulakan serangan Tet ke 105 bandar-bandar di Vietnam Selatan. Walaupun Vietkong berjaya dipukul mundur dan mengalami kekalahan (kecuali di Hue), serangan Tet ini merupakan saat yang menentukan dalam Perang Vietnam. Serangan Tet menyebabkan perubahan sikap AS.

Setelah serangan Tet, kerajaan AS tidak tertarik lagi ingin memenangi perang. Tapi mereka hanya tidak mahu kehilangan reputasinya sebagai kekuatan tentera terhebat.

Melalui operasi ketenteraan AS, angkatan udara AS melakukan pengeboman ke kawasan Vietnam Utara, dan berakhir pada Oktober 1968. AS mulai menarik kembali pasukan-pasukannya dari Vietnam. Tahun 1969 di Paris, AS, Vietnam Selatan, Vietnam Utara dan Vietkong melakukan rundingan untuk menarik seluruh pasukan AS dari Vietnam.
Pada tahun 1972, sebelum perundingan Paris membawa hasil, AS telah mengurangkan pasukannya sebanyak 100,000 orang dari Vietnam.

Dalam perang ini, dianggarkan Amerika menggelontorkan dana tidak kurang dari $ 5 juta setiap bulan. Menurut perkiraan anggaran perang Vietnam total mencapai sebanyak 686 bilion dolar AS. Dan menurut National Priorities Project, satu awal Jun 2010, perang Afghanistan telah menelan kos sekitar $ 276 juta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan