Kisah Lucu....!!!! JANGAN CURANG!!!




Gambar Hiasan Tiada Kaitan Dengan Cerita

Kisah ini mengisahkan dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu di suatu hutan di pendalaman. Berbual mesralah mereka untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis - habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya atas simpati melihatkan hantu B,

"Apasal kau ni asyik menggigil je?"


Gambar hiasan


"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Uik...kesiannya kau... aku dulu mati sebab serangan sakit jantung secara tiba-tiba." Kata Hantu A dengan ramah.

"Kau memang sakit jantung yang kronik ke? Apasal kau tak buat pembedahan atau terapi jantung? Kalau tidak, pasti kau tengah lepak-lepak dan bermesra dengan keluarga kau sekarang ni." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah ! Yang pasti sebelum mati, aku memang dah pulih dari sakit jantung aku. Ishh....panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ler ceritalah sikit kalau kau tak keberatan...sambil-sambil kita lepak nih.."

"Begini kisahnya....Aku ada syak isteri aku main kayu tiga ataupun curang dibelakang aku. Ditakdirkan suatu hari tu, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura pergi kerja tapi sebenarnya aku letak kereta aku dekat simpang hujung rumah aku je. Seperti yang aku syak dan rasa, tiba-tiba masuk sebuah kereta dekat parking kereta rumah aku. Aku bertenang dulu sebab nak tunggu masa yang sesuai untuk perangkap dan tangkap diorang."

"Pastu, kau dapat ke tangkap diorang?" Hantu b tanya dengan tak sabarnya.
"Tak..... Isteri aku je yang ada kat dalam bilik tu. Yang menghairankan aku, masa aku masuk rumah tu, aku nampak ada sepasang kasut laki-laki dekat pintu rumah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak jawab hanya diam membisu dengan muka yang agak bimbang. Aku pun apa lagi, pusinglah keliling rumah aku nak cari laki-laki tu. Semua bilik habis aku geledah termasuklah bilik air. Tapi akhirnya kerana kepenatan yang teramat sangat jantung aku berdegup dengan kencang, aku jatuh pengsan dan terus jantung aku terhenti. Sedih aku. Tak sangka lak aku mati sebab keletihan mencari laki-laki tu", hantu A mengakhiri ceritanya dengan sedih sekali.

Tiba-tiba Hantu B terdiam sambil menundukkan mukanya mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B pun berkata,

"Kau silap! Patutnya kau periksa kat dalam peti sejuk rumah kau tu. Kalau kau periksa kat situ, pasti kita berdua masih hidup sekarang ni."

Kisah dan tauladan - jangan menyorok dalam peti ais!!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan