Chavez akan kembali turun ke bumi bersama Imam Mahdi - Ahmadinejad

 



 
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad dilaporkan telah berangkat ke Caracas untuk menghadiri pengebumian Hugo Chavez.

Chavez adalah Presiden Venezuela yang mati akibat kanser.

Ahmadinejad sangat memuji Chavez, dan membandingkannya dengan begitu suci sambil mengatakan bahawa Chavez akan kembali pada hari kebangkitan nanti bersama Isa.

Dalam ucapan takziah pada hari Rabu (6/3/2013), Ahmadinejad juga berkata"tidak diragukan lagi Chavez akan kembali ke bumi bersama-sama dengan Isa dan Imam Mahdi".

Ahmadinejad juga mengatakan bahawa Chavez akan "menegakkan keamanan, keadilan dan kebaikan" di dunia. Ahmadinejad percaya sesuatu yang "mencurigakan" telah menyebabkan kanser Chavez.

Presiden Syiah itu mempunyai hubungan erat dengan Chavez dan dua pemimpin itu sering bertemu selama beberapa tahun terakhir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan