Dimana Kekuatan Kota Konstantinopel?
Kota
konstantinopel adalah sebuah kota yang cukup hebat dan menakjubkan iaitu
kekuatannya dari segi sistem pertahanan yang dapat melumpuhkan serangan
tentera-tentera luar. Bayangkan, sebelas kempen ketenteraan untuk menakluki
konstantinopel dari kerajaan Islam iaitu satu dari era Khalifah Usman bin Affan,
lima kempen di era Kerajaan Umayyah, satu kempen dari zaman kerajaan Abbasiyyah,
satu kempen dari kerajaan Turki Seljuk dan tiga kempen dari kerajaan Uthmaniyyah
semuanya menemui kegagalan.
Secara asasnya, pertahanan kota ini dikuatkan
oleh faktor semulajadi dan faktor teknologi terkini pada zaman itu. Mari kita
lihat sistem pertahanan kota ini:
1) Geografi kota
ini mempunyai tujuh bukit. Secara tidak langsung, bukit-bukit ini menjadi
pelindung semulajadi kepada kota konstantinopel kerana akan menyukarkan
mana-mana pihak tentera untuk melakukan serangan menggunakan senjata-senjata
yang besar seperti meriam, manjanik dan menara bergerak (lihat gambar di
bawah).
2) Jika kita melihat kota ini dari atas, maka kita akan
mengetahui bahawa kota ini berbentuk tiga segi. 2/3 sempadan kota ini
masing-masing menghadap Laut Marmara dan Selat Bhosporus (kelebihan semulajadi).
Jesteru, bagi mana-mana pihak tentera yang mahu menyerang kota konstantinopel,
angkatan tentera laut yang kuat diperlukan untuk menakluki kota ini.
3)
Demi menjaga keselamatan Kota Konstantinopel pada bahagian laut, Maharaja
Konstantinopel telah membina rintangan rantai besi di selat Bhosporus bertujuan
untuk menghalang mana-mana armada tentera laut pihak tentera yang menyerang dari
memasuki Tanduk Emas (rujuk gambar).
4)
Kota ini diperkukuhkan lagi dengan binaan benteng yang kukuh yang mengelilingi
kota ini. Tambahan lagi, benteng yang menghadap bahagian daratan pula dilapisi
dengan 2 lapisan tembok iaitu lembok luar dan dalam.
Tembok
luar setinggi 25 meter dan setebal 10 meter dan tembok dalam pula setinggi 40
kaki dan setebal 15 meter. Di belakang tembok yang pertama, terdapat pemanah dan
tentera yang sentiasa bersiap-sedia untuk pertarungan jarak dekat. Di tembok
yang kedua pula, terdapat pula sejenis alat yang dinamakan sebagai Greek
fire.
5) Malah di luar kota ini pula dibuat sebuat parit sedalam 10 meter
dan selebar 60 meter.
Siapa
sangka sebuah kota yang mempunyai sistem pertahanan yang begitu hebat dan kukuh
ini boleh tunduk kepada Sultan Muhammad Al-fateh dan tenteranya. Tetapi, proses
penaklukan ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Hanya mereka yang
berjaya menghimpunkan ciri-ciri yang ada pada diri Sultan Muhammaad al-Fateh
sahaja yang akan berjaya mengulangi sejarah yang gilang-gemilang ini pada waktu
kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan