Lawan: 7 dengan 61, mana lebih besar?


Datuk Kamilia Ibrahim tak sendirian menongkah arus melawan pimpinan parti  dengan bertindak menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas pada hari penamaan calon 20 April 2013,  kerana pada hari itu, 61  lagi calon Umno dari seluruh negara berbuat demikian. Mereka berpatang arang dengan Umno lalu bertanding melawan calon Umno di samping calon lain.

Pemimpin Umno yang bercakap dalam televisyen barangkali tak sedar angka sebesar itu telah mengkhianati parti. Kalau mereka sedar pasti mereka tak  mengejek dan mentertawakan Pakatan Rakyat (PR) dengan menuduh calon PR  berlawan sesama sendiri. Sedangkan calon PAS, PKR dan DAP yang bertembung sesama sendiri hanya di tujuh kawasan, iaitu satu parlimen dan enam  Dun.

Di kedai kopi beberapa orang penyokong Umno masih memanjangkan isu perpecahan dalam Pakatan Rakyat  itu, tetapi setelah saya bertanya mereka; 7 dengan 61 itu mana lebih besar? Mereka pun terdiam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan