MISTERI HARTA KARUN


KEBANYAKKAN kita apabila mendengar tentang harta karun akan berpandangan harta yang dikumpul oleh sekumpulan lanun dan disorokkan ditempat tertentu.Sememangnya harta karun dan lanun sudah agak sinonim memandangkan kebanyakkan filem -filem Hollywood begitu mengaitkan dua elemant ini.Malah Malaysia tidak terkecuali menjadi antara tumpuan para pencari harta karun.Di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka umpamanya tersimpan banyak warisan kapal karam purba yang turut menenggelamkan bersamanya khazanah yang tidak ternilai harganya.Di sini saya kongsikan beberapa kisah yang menarik tentang harta karun.
KUIL SREE PADMANABHASWAMY

Banyak harta karun berjaya ditemui sama ada sengaja atau tidak sengaja..Contohnya dunia pernah dikejutkan dengan penemuan harta bernilai AS$ 22 bilion atau RM 66 bilion di kuil Sree Padmanabhaswamy,yang terletak di ibu negari Kerala,India.
Akibatnya pihak tentera India terpaksa mengepung kuil hindu yang di bina pada zaman pertengahan untuk mengawal keselamatan kuil tersebut.Sejumlah besar barang kemas dan duit syiling daripada emas dan perak serta batu permata ditemui di dalam tujuh bilik kebal yang dibuka setelah disembunyikan sejak sekian lama.Kuil itu dipercayai dibina ratusan tahun silam oleh Raja Travancore dan harta tersebut dipercayai miliknya selain hasil sumbangan para penganut hindu.



YAMASHITA


Jeneral Yamashita
Harta karun Jeneral Yamashita adalah harta karun yang dirampas oleh tentera jepun pada perang dunia kedua.Harta ini dikumpul oleh Jeneral Tomoyuki Yamashita yang menguasai Malaysia,Singapura,Vietnam,Filipina,Thailand dan Indonesia.Dikatakan lokasi harta karun ini terletakdi sebuah pulau dalam Wilayah Mindanou di Filipina.Ketika Yamashita berkuasa,jepun telah melakukan sebuah operasi yang dikenali sebagai operasi GOLDEN LILY.
Operasi ini bertujuan menyediakan dana perang bagi Jepun,dan mereka mula mengumpulkan emas dan pelbagai barangan bernilai lain dari setiap daerah jajahan.Bagaimanapun setelah jepun kalah,dikatakan harta karun tersebut masih terkubur rapi di bawah tanah walaupun sebahagian sudah ditemui.Emas yang dikumpul dalam operasi Golden Lily dikatakan mencecah 6000 tan dan bersamaan berbilion ringgit.


BILIK AMBER


Bilik ini merupakan sebuah ruangan berukuran 11 kaki persegi yang terdiri daripada panel-panel dinding berukuran besar yang bertatahkan batu Amber yang luar biasa.Selain itu,terdapat cermin-cermin besar di sisinya selain pelbagai ukiran yang diperbuat daripada emas,serta empat buah mosaic florentine yang tersegam indah.Kesemuanya bertatahkan permata-permata yang tidak ternilai harganya.Di dalamnya tersimpan pelbagai koleksi seni buatan Prusia dan Rusia yang paling berharga.
Bilik ini telah dibina oleh Raja Friedrich I dari Prusia untuk dihadiahkan kepada Czar Rusia,Peter The Great pada tahun 1716.Bilik Amber terletak di Istana Katherine,St.Petersburg ini dikatakan bernilai lebih dari US$142 juta.Bagaimanapun bilik ini hilang secara tiba-tiba ketika pihak Nazi Jerman datang menyerang negara itu dan dipercayai disembunyikan pihak-pihak tertentu.Dikatakan terdapat usaha untuk cuba memindahkannya ke Istana Konigsberg ketika perang berlangsung.Bagaimanapun setelah perang tamat bilik Amber hilang dan gagal ditemui sehingga kini.Pelbagai teori dan persoalan dibuat mengenai kehilangan ruangan ini.Namun pihak Rusia kini telah mereka bentuk semula bilik ini melalui sumbangan kerajaan Jerman dan dilakukan dengan begitu teliti oleh pengukir Rusia.Kini bilik ini ditempatkan di Istana Catherine walaupun tidak mencapai tahap seperti yang digambarkan sebelum ini iaitu antara salah satu keajaiban dunia oleh mereka yang pernah melihatnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan