10 Pasukan Polis Paling Korup Di Dunia *0*



Rasuah dalam anggota polis merupakan salah satu bentuk salah laku dalam jabatan polis di mana anggota penguatkuasa undang-undang ini mencari keuntungan peribadi, seperti wang atau kenaikan pangkat, melalui penyalahgunaan kuasa, contohnya dengan menerima rasuah untuk tidak menyiasat atau melakukan penangkapan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.. 

Kes-kes seperti ini sering menyebabkan jabatan polis di seluruh dunia dikecam dan dipandang serong oleh sesetengah lapisan masyarakat..Secara kasarnya, kebanyakkan anggota polis yang melakukan perbuatan rasuah ini adalah dari mereka yang menerima gaji yang rendah, namun tanpa disedari, perbuatan mereka ini mengundang malapetaka tambahan lagi dalam keadaan negara yang memerlukan bantuan..Nak tahu pasukan polis mana yang paling korup tu, meh usha kat bawah ni..

10. Polis Pakistan
Jabatan Polis Pakistan telah disenaraikan antara institusi-institusi yang paling korup di negara ini menurut sebuah laporan oleh sebuah badan pemantau anti-rasuah antarabangsa. Kebanyakkan rakyat percaya bahawa pasukan polis adalah sektor yang paling korup dalam kerajaan Pakistan. Kekejaman polis, rasuah, peras ugut dan menangkap rakyat yang tidak berdosa sering dilakukan oleh pasukan polis Pakistan.

9. Polis Rusia
Kerajaan Rusia tidak asing lagi dalam kegiatan rasuah, terutamanya dalam pasukan polis mereka. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak fakta telah timbul mengenai rasuah dan jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai polis Rusia. Kekejaman polis, peras ugut, rasuah dan menangkap rakyat yang tidak berdosa merupakan jenayah yang sering dilakukan oleh pasukan polis Rusia. Dalam usaha untuk memastikan kuota bulanan dan memenuhi keperluan, polis Rusia beralih kepada rasuah dan sogokan.

8. Polis Sudan
Sudan merupakan salah satu negara yang paling korup kerana pelbagai sebab. Bukan sahaja bekas presiden mereka Oman Al-Bashir telah didakwa kerana jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai, malah negara ini turut mengalami kegiatan rasuah dalam pasukan polis. Polis Sudan dikenali dengan memeras rasuah daripada orang awam untuk menambahkan pendapatan mereka. Polis jarang memfailkan laporan atau menyiasat kejadian jenayah, malahan sering menggunakan keganasan dan dendam terhadap orang-orang yang mengadu tentang penyalahgunaan kuasa polis. 

7. Polis Afghanistan

Afghanistan mempunyai satu pasukan polis yang paling korup di dunia dan ia kelihatan seperti akan bertambah teruk. Rasuah telah membuatkan ia mustahil bagi pasukan polis Afghanistan untuk memperbaiki imej dan melakukan tugas mereka dengan berkesan. Polis Afghanistan terkenal dengan sikap memeras wang dan melakukan keganasan ke atas orang awam di pusat pemeriksaan polis di seluruh negara. Polis juga mengamalkan rasuah terhadap orang awam dengan membayar mereka untuk melepaskan diri dari penjara atau untuk mengelakkan penangkapan. Walaupun sikap rasuah dalam pasukan polis ini telah menjadi lebih baik sedikit dengan usaha-usaha antarabangsa dan latihan semula, ia dijangka akan terus berterusan akibat rasuah dalam kerajaan dan kuasa pentadbiran.

6. Polis Somalia
Pasukan polis Somalia adalah salah satu daripada agensi-agensi yang paling korup di dunia. Ia merupakan negara yang dilanda peperangan di mana mereka menghadapi banyak kesukaran dan orang awam merupakan golongan yang mempunyai risiko paling besar. Polis Somalia terkenal dengan penguatkuasaan undang-undang yang tidak berkesan dan kejam. Berikutan majoriti anggota polis ini dari mereka yang bergaji rendah, ramai pegawai polis Somalia mencuri, memeras ugut, rasuah dan mengganggu ketenteraman individu lain untuk mendapatkan wang. Mereka juga mempunyai sejarah kekejaman polis dan sering mengabaikan keganasan dalam masyarakat. Pada tahun 2009, hampir 1,000 pegawai polis Somalia hilang selepas menerima latihan yang dibiayai oleh kerajaan Jerman. Adalah dipercayai bahawa pegawai-pegawai polis yang melarikan diri ini menyertai militia Islam Al-Shabaab.

5. Polis Iraq
Pasukan polis Iraq mempunyai sejarah yang panjang dalam amalan rasuah. Walaupun menerima dana dan latihan semula, mereka masih berjaya mengekalkan budaya rasuah dalam tugasan mereka. Polis Iraq terus menjadi sangat kejam dan mengambil bahagian dalam penculikan, pembayaran wang tebusan dan sogokan. Mereka telah terbukti tidak berkesan dalam usaha mengawal keganasan dan melindungi orang awam dengan cara yang diperlukan.

4. Polis Burma
Myanmar adalah sebuah yang terkenal dengan pasukan polisnya yang bermasalah. Rasuah di kalangan anggota polis adalah perkara luar biasa di sini. Pasukan polis Myanmar terkenal dalam membuat mangsa membayar untuk siasatan jenayah dan sering memeras wang daripada orang awam. Myanmar diperintah oleh rejim tentera autoritarian, yang berpegang secara langsung terhadap pasukan polis dan menindas hak-hak rakyat. 

3. Polis Kenya
Kenya mempunyai pasukan polis yang paling korup di dunia. Menurut laporan mengejutkan pihak Transparency International, 92 peratus daripada rakyat Kenya menyenaraikan pihak polis sebagai yang paling korup dan kebanyakkan daripada mereka telah membayar rasuah kepada polis Kenya dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Rakyat terpaksa membayar kepada anggota polis untuk mendapatkan akses kepada pelbagai perkhidmatan, seperti Kastam, penjagaan kesihatan, polis, pendidikan, pendaftaran dan permit, dan perkhidmatan utiliti. Polis Kenya turur menyasarkan pelarian Somalia yang telah menyeberangi sempadan dalam keadaan terdesak dengan mencabul, memukul dan memeras ugut mereka. 

2. Polis Mexico
Mexico mempunyai salah satu pasukan polis yang paling korup di dunia dan ia terus menjadi lebih buruk setiap hari. Kadar jenayah adalah tinggi pada setiap masa di Mexico City dan bandar-bandar sempadan, tetapi pegawai-pegawai polis yang sedia ada hanya menjadikannya lebih teruk. Polis Mexico beralih kepada rasuah untuk mencari cara lain untuk menambah wang kerana gaji yang rendah. Polis akan merasuah pihak penjenayah dan memeras ugut pelancong asing dan turut terkenal untuk memberikan mangsa pilihan "plata o plomo," yang bermaksud mereka boleh menerima rasuah atau dibunuh. Polis Mexico juga bekerjasama dengan kartel dadah untuk melindungi mereka dan menguatkuasakan pengedaran dadah. Mereka sering mengabaikan jenayah yang dilaporkan dan tidak melakukan siasatan,malahan mereka sering memenjarakan rakyat yang tidak berdosa untuk menutup kerja kotor mereka. 

1. Polis Haiti
Pasukan polis yang paling korup di dunia adalah Haiti. Pihak polis Haiti telah mempengaruhi secara negatif masyarakat dan budaya Haiti dengan amalan yang tidak beretika. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Pasukan Polis Haiti telah melanggar pelbagai hak asasi manusia dan undang-undang, seperti menculik, mengedar dadah dan melakukan keganasan polis. Mereka telah pun menolak sama sekali proses pencegahan atau bertindak balas terhadap keganasan yang berkaitan dengan aktiviti geng (kumpulan). Sikap ini walaubagaimanapun telah dilihat menurun sedikit berikutan kejadian gempa bumi yang melanda Haiti pada Januari 2010, namun tidak ramai yang pasti sama ada ia mampu bertahan pada tahap itu ataupun tidak.

p/s: Nampak sangat proses mencari keadilan kat negara-negara macam ni sukar dicapai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan