Azmin tolak khabar angin dia letak jawatan



Harakahdaily,10 Mei 2013
(Azmin dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak khabar angin beliau akan meletakkan jawatan dalam PKR atau sebagai anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Beliau juga menegaskan, ia adalah khabar angin yang disebarkan oleh Umno untuk menggoncang Pakatan.

"Jelas ia dimulakan oleh Umno dan BN," kata Azmin dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Menurut Azmin keputusan untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Menteri Besar Selangor hendaklah diambil secara musyawarah.

Menurut Azmin juga, sehingga kini, Adun-adun PKR di Selangor belum lagi dipanggil dan dirunding untuk melantik sesiapa pun sebagai menteri besar.

"Semua keputusan yang diambil dalam mesyuarat itu mesti dilaksanakan," kata Azmin.

Dalam sidang media itu, Azmin menolak andaian PKR adalah parti milik individu dan juga bukan berdasarkan keluarga.

"Setiap kesilapan yang dibuat mesti di tegur untuk kepentingan parti," kata Azmin.

Azmin juga memberitahu, PKR Selangor telah membuat mesyuarat tergempar malam tadi dan membuat cadangan nama untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

"Kita telah menyerahkan surat itu kepada presiden berasaskan mesyuarat itu," kata Azmin.

Azmin dalam sidang media itu berkata, "PAS dan DAP telah membuat keputusan menyerahkan calon menteri besar kepada PKR.

"Oleh itu, PKR akan menentukan siapa akan memilih MB," katanya.

(Untuk rekod, PAS dan DAP memutuskan calon mereka adalah Tan Sri Khalid Ibrahim)

Bagi Azmin, dalam PKR tidak berlaku perbincangan sehinggalah malam tadi apabila rakan-rakannya memanggil sidang tergempar untuk membincangkannya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan