Lembik Ke Kalau Lelaki Menangis?





Seorang lelaki merupakan satu susuk badan yang kuat di mata kaum wanita. Sejak dari kecil, seorang lelaki itu telah di biasakan untuk menjadi kekal tabah dan tidak menangis dalam apa jua situasi sekali pun..Tapi, aku still ada satu persoalan yang belum terjawab..Apa kah salah kalau seorang lelaki itu menangis seperti mana yang sering berlaku kepada kaum wanita? 


Seorang lelaki yang mudah menangis itu bukan lah lelaki sejati! Perumpamaan seperti itu sahaja mungkin dapat merendahkan martabat dan darjat seorang lelaki, malah mungkin menyinggung harga diri seorang lelaki itu sebagai satu makhluk yang hebat dan penuh dengan sifat ke-egoan..Iya laa, sampai nak menangis pun tak boleh, pantang untuk orang lelaki..Oleh itu, seorang lelaki itu harus bertahan dalam dalam apa jua keadaan tanpa mengeluarkan setitis air mata pun..


Betul ke kalau orang lelaki yang kuat itu menangis, dia akan dianggap sebagai "kurang profesional" dan menjatuhkan "saham" nya sendiri? Bagi aku, seorang lelaki itu tak salah menangis, sebab perkara-perkara yang emosional macam ni bagus dalam mencipta karakter seorang lelaki yang penyayang..Tak kan korang (lelaki) nak serius je sepanjang masa?


Lagi satu, seorang lelaki itu boleh menangis dan tak menjadi satu kesalahan pun kalau dia menangis depan orang ramai sebab tangisan orang lelaki ni bukan nya boleh di buat-buat, tapi lebih kepada menunjukkan betapa halus dan lembut nya perasaan yang mereka miliki..Kalau korang nak tahu, orang lelaki yang ada sifat halus dan lembut ni boleh menjadi role model, idol dan teladan untuk orang lain..Tak jadi kudis pun untuk sifat lelaki yang tegas dan keras tu..Sebab apa sifat halus dan lembut ni penting bagi orang lelaki? Sebab kedua-dua elemen ni boleh menghasilkan sikap sabar, bertolak ansur dan prihatin kat orang lain..


Sifat-sifat halus, lembut dan pentingkan cita rasa ni jugak bukan hanya untuk kaum wanita ja taw, tapi merupakan satu elemen universal yang perlu ada untuk orang lelaki..Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, bila seorang lelaki tu dah kahwin nanti, secara automatik dia akan menjadi ketua keluarga dan wajib untuk lelaki mendidik wanita yang menjadi isteri nya itu, betul tak? Disebabkan sang isteri itu seorang wanita, si suami tadi yang mempunyai elemen macam yang aku sebut tadi berkebolehan dalam menyelami sifat emosional dan karakteristik si isteri tadi..So, suami dan isteri dapat berkongsi perasaan masing-masing dalam suasana yang harmoni..Nampak tak betapa pentingnya elemen tu dalam situasi rumah tangga?


Begitu jugak la dengan tangisan dan air mata, bukan hanya untuk kaum wanita sahaja, tetapi jugak milik orang lelaki..Oleh itu wahai lelaki-lelaki sekalian, jangan lah korang tahan atau simpan tangisan mu itu bila ada sesuatu yang membuat kan mu bersedih..Jangan terlampau penting kan ke-egoan mu itu, runtuh kan ia sedikit demi mendapat secubit perasaan tenang dan selesa yang tak dapat kamu bayang kan..Jangan lah kamu berasa malu untuk menangis, sebab itu lumrah sebagai manusia biasa..


Berdasarkan pemikiran aku yang boleh la dikategorikan sebagai rasional ni, menangis itu penting untuk seorang lelaki, sama jugak pentingnya untuk seorang wanita sebagai satu medium untuk kita meluahkan perasaan sedih atau perkara-perkara yang melibatkan emosi..Tetapi, ini bukan bererti yang orang lelaki boleh menangis sepanjang masa, kalau dok menangis ja setiap masa, memang makan pelempang la jawab nya..Ingat! Setiap perkara yang sedih dan beremosi itu pasti ada punca nya dan tugas kita sebagai orang lelaki adalah untuk mencari dari mana datangnya punca kesedihan tu..


Berdasarkan maklumat yang aku dapat la kan, lelaki yang sering menangis ni mempunyai hati yang lembut, rileks dan lebih peka berbanding lelaki yang ada air mata "emas" ni..Beruntung la sapa yang dapat lelaki yang kuat menangis ni kan..hehehehe =D


p/s: Lelaki yang hebat mereka yang menangis ketika munajat pada Allah....

sumber : drysheet.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan