Presiden PAS minta TG Nik Aziz kekal pesuruhjaya



Harakahdaily,13 Mei 2013

KOTA BHARU Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.

Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Sehubungan itu katanya, Tuan Guru Nik Aziz yang kini sudah melepaskan jawatan mneteri besar, dinasihatkan menggunakan ruang masa yang ada untuk menjaga kesihatan.

"Kena banyak rehat. InsyaAllah kerana perjuangan Islam ini memerlukan orang sepertinya.

Dua hari lalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat bersedia untuk melepaskan jawatan pesuruhjaya PAS negeri kerana berpendapat lebih wajar jawatan tersebut dipimpin menteri besar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan