Ugut mengugut akhirnya Ahmad Said kekal MB



Harakah,14 Mei 2013
(Seorang penyokong BN sedang memasang sepanduk anti Mat Said)

KUALA LUMPUR: Menjelang perlantikan MB Terengganu, Datuk Ahmad Said untuk penggal keduanya, pelbagai peristiwa berlaku termasuklah ugut mengugut dan sebagainya.

Harakah turut mengesan beberapa sepanduk yang dipasang oleh ahli dan menyokong Umno-BN Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Adun Kijal itu ke jawatan Menteri Besar.

Antara tulisan protes yang dibuat "Kami Serik Doh Mat Said..5 Tahun Jadi MB", "Apa Ertinya MB Setahun Sahaja Duhai Najib", "Daulat Tuanku, Kami Tak Mahu Mat Said Jadi MB", "Mat Said Jadi MB Hilang Balok Terengganu", "Mat Said Jadi-jadilah Jadi MB", "Orang Mude Tak Mahu",yang dipasang di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan