Hanya Tinggal Sejarah













Tahukah anda?

Ketika penghujung era 1800 dan diawal era 1900, permaisuri-permaisuri di seluruh negara eropah yang bukan islam mengenakan hijab dan niqab sama seperti ummat islam di tanah arab.

Kerana pada ketika itu islam amat kuat dengan kerajaan khilafah turki uthmaniah dan kerajaan islam di negara-negara lain. sehinggakan pakaian-pakaian ummat islam pada ketika itu ditiru oleh barat untuk memakainya.

mereka tidak pernah berani mengatakan pakaian tersebut kolot atau jumud, malahan mereka meniru menggunakannya walaupun mereka bukan islam. namun pada hari ini, selepas kerajaan islam di turki dijatuhkan, keadaan menjadi terbalik.

ummat islam menjadi lemah walaupun bilangan mereka ramai. menjadi kebiasaan yang lemah akan meniru yang kuat untuk menampakkan seolah-olah mereka kuat dan berada di dalam golongan yang kuat. ummat islam hari ini meniru pakaian-pakaian barat kerana mereka ingin kelihatan seperti barat dan takut dipandang jumud dan kolot.

sedangkan sayyiduna umar r.a pernah berkata "kita adalah satu kaum (ummat islam) yang dimuliakan Allah dengan islam, sesiapa yang mencari selain islam, maka mereka akan berada di dalam golongan yang hina".

sedarlah wahai ummat, kita akan nampak kuat jika kita sendiri perlihatkannya. jangan rasa malu atau rasa kolot dengan islam hatta dalam bab berpakaian. pakailah cara islam, maka kita akan dimuliakan dan kita akan mampu menampakkan islam itu satu agama yang kuat.

# gambar rare, queen of austria mengenakan hijab dan niqab seluruh badan walaupun mereka bukan islam. gambar ini dirakam pada tahun 1916 ketika kemangkatan salah seorang raja eropah. semua wanita-wanita nombor satu eropah hadir pada majlis tersebut dengan hijab dan niqob yang sempurna.

kerana pada ketika itu, dianggap satu kehinaan jika mereka menampakkan wajah dan tubuh mereka. bukankah benar apa yang dikatakan sayyiduna umar r.a? harap kita mampu berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan