Perlabuhan Tertua di Dunia Berusia 4,500 thn di Temui



Arkeologi menemui pelabuhan tertua di dunia. Pelabuhan tersebut dijumpai di tepi Laut Merah, yang dipercayai berusia 4,500 tahun dan aktif pada masa Firaun Khufu (Cheops).

Pasukan arkeologi yang mencari percaya bahawa pelabuhan yang dijumpai merupakan yang paling penting pada masa Mesir KunoPelabuhan digunakan untuk membantu pengangkutan tembaga danmineral lain ke Semenanjung Sinai.

Diberitakan Daily Mail, , pelabuhan yang dijumpai dibina di wilayah bernama Wadi al-Jarf, 180 km di sebelah selatan Terusan Suez. Pelabuhan ini diduga 1,000 tahun lebih tua dari struktur pelabuhanmana pun di dunia.




Bersama penemuan pelabuhan tersebutpenyelidik juga mendapati 40 papirus yang memberigambaran kehidupan Mesir Kuno pada masa kekuasaan Firaun .

Papirus mengungkap petunjuk bagi para pekerja di pelabuhan untuk mendapatkan roti dan bir.Papirus juga mengungkap aktiviti Merrer yang terlibat pada pembangunan Piramid Giza, kuburanKhufu.

"Dia melaporkan perjalanannya ke tanah batu kapur untuk mendapatkan bahan yang digunakan untuk membina piramid," kata Mohhamed Ibrahim, Menteri Kebudayaan Mesir.




"Meski kita takkan belajar apa pun dari pembinaan monumen Cheops inicatatan ini menyakinkanwawasan pertama kali tentang hal ini," tambah Ibrahim. Penyelidik yang terlibat dalam penemuanpelabuhan ini berasal dari Badan Arkeologi Perancis.sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan