Awas! Dajjal Telah Menguasai Bekalan Makanan Kita!





Awas! Dajjal Telah Menguasai Bekalan Makanan Kita!

Tipu daya Dajjal tidak dapat dilihat dan difahami dengan pandangan mata kasar tetapi menerusi kajian terperinci. Para alim ulamak sepatutnya berganding bahu dengan golongan yang pakar dalam bidang ekonomi barat bagi membongkar kegiatan mereka dan memperkuatkan umat Islam dengan kembali kepada hukum asal yang di wahyukan oleh Allah menerusi Rasulullah.

Rasulullah telah mengingatkan umat Islam dengan jelas bagaimana tipu daya yang mereka jalankan bagi tujuan memalingkan kita dari Islam yang sebenar.

Diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah yang menyusahkan kamu. Dia tidak boleh memberi sebarang kemudaratan kepada kamu. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka berkata, dia (Dajjal) mempunyai makanan dan sungai. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. (Hadis Muslim)

Mughirah b. Syu'ba melaporkan: Tiada seorang pun yang bertanya kepada Nabi s.a.w tentang Dajjal lebih banyak daripada apa yang aku tanya. Aku (salah satu perawi selain Mughirah b. Shu'bah) berkata: Apa yang kamu telah bertanya? Mughira menjawab: Aku berkata bahawa mereka mengatakan bahawa dia (Dajjal) mempunyai roti yang menggunung dan daging kambing dan sungai daripada air. Nabi bersabda lagi: Dia merupakan makhluk yang paling hina kerana boleh menipu para mukmin dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepadanya. (Hadis Muslim)

Pesan Orang Tua Jangan Bermain Dengan Makanan Besar Maknanya

Waktu kita kecil dulu kalau kita masih ingat, orang-orang tua amat marah kalau kita bermain dengan makanan kerana itu di sukai syaitan, rupanya amatlah benar rupanya makanan merupakan permainan yang paling besar oleh syaitan dajjal bagi memperdaya umat manusia.

Masa dulu perdagangan makanan tidak dianggap perniagaan menguntungkan kerana sifatnya cepat rosak dan tidak boleh disimpan lama. Tapi itu berubah dengan perkembangan ETFs (Exchange Traded Fund) dan inovasi kewangan yang lain. Pada mulanya spekulasi makanan di pasaran hadapan nampaknya baik, bila kontrak  akan berakhir, seseorang akan membeli barangan secara serta-merta atau harga tunai. Hal ini memaksa harga pasaran hadapan lebih menarik dan penentuan penentuan penyelarasan harga semasa yang lebih realistik. Tapi itu berubah pada tahun 1991. Dalam Julai 2010 lapuran di Harper's Magazine mendedahkan “The Food Bubble: How Wall Street Starved Millions and Got Away with It,” 

Frederick Kaufman menulis:

Tanpa kita sedari pada tahun 1991, berlaku peristiwa penting yang merubah sejarah makanan tidak seperti yang kita ketahui selama ini, apabila pada tahun itu Goldman Sachs memutuskan roti kita sehari-hari merupakan pelaburan yang sangat baik. . . .

Siapakah Goldman Sachs? Beliau merupakan salah seorang pemilik konsortium 8 buah bank yang membentuk Federal Reserve Bank Amerika, yang diketuai oleh kumpulan Rothschild. Gabungan kedua-dua individu ini merupakan penyagak ekonomi dan dipercayai mendalangi kumpulan rahsia Illuminati yang diketahui umum merupakan agen dajjal. Buat pertama kali juga pada 9 december 2009, kerajaan Malaysia melalui Malaysian Securities Comission (MSC) telah meluluskan lesen untuk Goldman Sachs membuka pejabat di sini dan menawarkan perkhidmatan onshore fund management services, sebelum ini mereka beroperasi melalui negara asing. Kita bimbang akibat mainan penyangak ekonomi ini seperti yang berlaku di Greece akan terjadi pula di negara kita.

Penyangak-penyangak ekonomi ini atas nama industrialist, broker-broker emas, dan pelabur-pelabur kewangan setiap bidang sudah lama mengidamkan untuk mengawal keperluan asasi orang ramai, kemudian menahan bekalan untuk menaikan harga seperti yang biasa berlaku dinegara kita sendiri. Selepas di katakan kekurangan bekalan seperti ayam, tepung, gula, diesel, dsbnya maka diiystiharkan kenaikan harga. Tapi selepas kenaikan harga itu, dengan serta-merta bekalan mencukupi. Inilah mainan golongan riba-kapitalis yang memegang kepentingan didalam negara.

Allah telah memberi amaran kepada orang-orang beriman tentang tipu-daya mereka dengan tujuan menyesatkan dari jalan Allah;

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (At-Taubah 9:34

Tetapi bagi golongan dajjal imperialis inilah inovasi kewangan! Seperti di jelaskan lagi oleh Kaufman,
Goldman. . . datang dengan idea indeks dana komoditi (commodity index fund), sebenarnya inilah cara mereka mengumpul kekayaan menggunung (umat Islam telah diberitahu melalui hadis diatas!) untuk diri mereka sendiri. . . . sepatutnya jual dan beli, seperti amalan biasa semua orang di pasaran, mereka hanya buat oder untuk beli. Ini disebut "going long." Mulalah mereka “going long” untuk pasaran hadapan gandum. . . . Dan setiap kali kontrak ini hampir tamat tempoh, mereka akan melakukan sesuatu yang disebut "rolling it over" untuk kontrak seterusnya. . . . Dan mereka terus mengulangi kaedah tersebut dengan beli dan beli dan beli dan beli dan mengumpulkan hingga menimbun-nimbun dan menggunung untuk belian gandum dipasaran hadapan dalam jumlah yang tidak pernah berlaku selama ini dalam sejarah. Dan penimbunan ini mencipta sebuah fenomena yang sangat aneh di pasaran. Ini disebut "demand shock." Biasanya harga naik kerana kekurangan bekalan . .. . Dalam hal ini, Goldman dan beserta bank-bank riba-kapitalis mengada-adakan permintaan bukan berdasarkan permintaan pasaran sebenarnya untuk keperluan membeli gandum, dan seterusnya menetapkan harga lebih tinggi dari sebenarnya. . . .  gandum merah (mutu tinggi untuk roti) umumnya diperdagangkan antara $ 3 dan $ 6 per bushel. Ia naik hingga $ 12, lalu $ 15, lalu $18. Kemudian mencecah $ 20. Dan pada 25 Februari 2008, pasaran hadapan gandum merah berada sekitar $ 25 per bushel. . . . tetapi ironinya di sini pada tahun 2008, pengeluaran gandum dihasilkan adalah terbesar dalam sejarah dunia.

Kedajalan mereka seterusnya. . .  pada waktu itu Goldman dan serta bank-bank riba-kapitalis benar-benar mencelarukan struktur dalam pasaran, mereka mencipta satu sistem melindungi diri mereka di luar pasaran, memperkenal idea yang sangat jahat disebut "replikasi". . . . Katakanlah,. . . Anda lantik saya melabur untuk anda di pasaran gandum. Anda memberi saya $100. . . . apa saya perlu lakukan adalah meletakkan $100 di pasaran gandum. Tapi saya tidak perlu melakukan itu. Yang perlu hanyalah sebanyak $ 5 sahaja. . . Dan dengan $ 5 itu, saya boleh memegang kedudukan $100 anda. Nah, sekarang saya sekarang memiliki $ 95 anda. . . . inilah Goldman lakukan dengan beratus-ratus bilion dolar, dan apa yang dilakukan juga oleh semua bank riba-kapitalis dengan beratus-ratus bilion dolar, mereka telah menempatkan pelaburan yang paling konservatif mungkin. Mereka memasukkannya ke dalam T-bil. . . . dengani beratus-ratus bilion dolar di T-bil, mereka dapat mengembangkan menjadi triliunan dolar. . . . Dan kemudian mereka mengambil trilion dolar, mereka memberikannya kepada peniaga bawahan mereka, dan mereka berkata, "Kamu semua buatlah apa yang patut.. Lakukan apa yang paling menguntungkan saat ini" Maka, ketika berbilion-bilion orang kelaparan, mereka menggunakan wang itu untuk membuat berbilion-bilion dolar untuk diri mereka sendiri.

Para penyelidik bersependapat tentang perkara yang menyebabkan krisis makanan. Dalam sebuah rencana 2010 Julai disebut “How Goldman Sachs Gambled on Starving the World’s Poor – And Won,”

Wartawan Johann Hari menjelaskan;        
Bermula pada akhir tahun 2006, harga makanan dunia mulai naik. Setahun kemudian, harga gandum telah naik 80 peratus, jagung sebanyak 90 peratus dan beras sebanyak 320 peratus. Rusuhan makanan berlaku di lebih daripada 30 negara, dan 200 juta orang menghadapi kekurangan zat dan kelaparan. Tiba-tiba, pada pertengahan tahun 2008, harga makanan turun ke paras sebelum ini, semacam silap mata pula. Jean Ziegler, wakil khas PBB tentang Right to Food, menyebut ini adalah a silent mass murder", entirely due to "man-made actions.”

Beberapa ahli ekonomi mengatakan, kenaikan disebabkan oleh peningkatan permintaan oleh China dan India pertambahan mendadak penduduk kelas menengah dan berkembangnya pada penggunaan jagung untuk etanol. Namun menurut Profesor Jayati Ghosh dari Pusat Pengajian Ekonomi di New Delhi, permintaan dari negara-negara tersebut sebenarnya turun 3 peratus selama tempoh tersebut; dan International Grain Council menyatakan bahawa pengeluaran gandum global telah meningkat tatkala berlaku lonjakan harga.

Menurut sebuah kajian oleh Lehman Brothers (sekarang ini bubar – setelah banyak meragut hasil dunia), indeks spekulasi dana makanan melonjak dari $ 13b menjadi $ 260b dari tahun 2003-2008. Tidak menghairankan, kenaikannya sejajar dengan peingkatan harga makanan bermula pada tahun 2003. Hedge fund manager Michael Masters menganggarkan bahawa urusniaga di bursa di AS, hanya 64 peratus daripada semua kontrak gandum adalah spekulasi tanpa langsung melibatkan dagangan gandum sebenar. Mereka miliki pegangan itu semata-mata jangkaan inflasi harga dan menjual semula dengan berganda. 

Pada Ogos 2009 Jayati Ghosh seorang profesor di Pusat Pengajian Ekonomi dan Perancangan di Jawaharlal Nehru University di New Dehli membentangkan dalam kertasnya , membandingkan harga makanan asasi tersenarai di pasaran berjangka dengan yang tidak tersenarai. Dia mendapati bahawa harga makanan asasi tidak tersenarai dalam pasaran berjangka, seperti bijian, ubi kayu dan kentang, mengalami hanya kenaikan kecil tidaklah sebanyak makanan asasi yang bergantung kepada spekulasi, seperti gandum.


Apa Yang Boleh Kita Dilakukan?

Menurut Kaufman, krisis makanan kini meningkatkan mangsa kelaparan seluruh dunia sebanyak 250 juta orang. Sebagai alternatif, beliau menyarankan pusat simapnan gandum kebangsaan atau seluruh dunia, sehingga pihak berkuasa boleh membawa gandum ke pasar ketika diperlukan untuk menstabilkan harga. Penyelesaian jangka panjang ialah membina semula pasaran tanpa melalui orang tengah.


Penyelesaian bagi umat islam ialah kembali kepada hukum asal zakat.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Kami biasanya mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu gantang makanan, satu gantang gandum, satu gantang kurma, satu gantang keju atau satu gantang zabib iaitu anggur kering. (Hadis Muslim)

Firman Allah s.w.t dalam quran;
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah 2:267)

Rasulullah s.a.w merupakan seorang rasul yang menerima wahyu dari Allah sudah mendapat gambaran yang jelas peristiwa-peristiwa yang akan berlaku terutamanya pada akhir zaman.Mengikut hukum asal, zakat wajar dikeluarkan berdasarkan harta zakat itu sendiri. Misalnya, jika buah tamar maka zakatnya adalah buah tamar, jika padi maka zakatnya adalah padi dan jika biri-biri maka zakatnya adalah biri-biri. Tetapi mengikut ulamak fikah masakini yang membolehkan agar harta tersebut ditukar nilainya ke dalam matawang dan zakat dikeluarkan berdasarkan nilai matawang. Namun begitu berdasarkan realiti semasa, adalah wajar pandangan ini dinilai semula dan kembali kepada hukum asal zakat di sebabkan keperluan strategik bahan bekalan asasi umat islam. Tambahan lagi mata wang kertas fiat yang di guna pakai kini telah terserlah kelemahannya kerana di manupulasi oleh zionist-dajjal bagi kepentingan mereka. Mereka makhluk yang paling licik tipudayanya sehingga sesiapa tidak mengikut sistem yang mereka cipta kelihatan amat ketinggalan dan mundur. Sebenarnya nilai wang ataupun pendapatan transaksi yang kita dapat hanyalah fatamorgana sahaja, yang nilainya boleh dihilangkan dalam sekelip mata dan bahan mentah sebenar yang paling baik mutunya diserahkan kepada mereka untuk dimiliki dan dimonopoli sepenuhnya oleh mereka tanpa perlu membanting tulang, dan pemilikan bahan mentah ini digunakan sebagai senjata strategik mereka berpaksikan sepenuh-penuhnya sistem riba-kapitalis. Mereka menentukan kepada siapa yang boleh dijual iaitu kepada sesiapa yang mengikut telunjuk mereka. Dan mereka akan sekat perdagangan dan bekalan makanan kepada sesiapa yang menentang menggunakan usul PBB.

Rujukan:
  1. Frederick Kaufman, Food Bubble: How Wall Street Starved Millions and Got Away with It.
  2. Blog Pusat Zakat Selangor.
  3. http://www.asianinvestor.net/News/162398,goldman-sachs-receives-malaysia-licenses.aspx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan