10 Perkara Yg Tidak Boleh Dibeli Dgn Wang


1. Waktu
Wang tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka waktu 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mukin akan kembali lagi. Kerana itu gunakan setiap peluang yang ada untuk menytakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum masa itu berlalu dan anda menyesalinya.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tetapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh membiayai bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat moden, atau pengubahsuaian kereta lumba. Tapi wang tidak boleh menghadirkan secercah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membelikan makan dan pakaian yang bagus - bagus untuk anak tercinta memang memerlukan wang. Tapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberi rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini merupakan buah dari masa dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan hal - hal baik yang anda ajarkan. Wang memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan orangnya.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan wang kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berkongsi pengalaman dan peluang untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana wang, tak bertahan lama.

5. Penerimaan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan, anda tak perlu wang. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita perlu wang untuk mengongkosi kos rawatan dan membeli ubat, tapi wang tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati sebaiknya kita terapkan. Mulakan bersenam, berhenti merokok, dan banyak hal lain yang pasti sudah anda tahu.

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyuap, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan sedikit kemujuran. Ada aspek kecil daripada usaha menuju kejayaan yang boleh didapati dengan wang, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi berjaya lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan wang, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para ahli mengatakan, untuk menjadi ahli di bidangnya, kita memerlukan bakat.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar dan ucapannya sinis. Tak sedikit orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah wang yang dimiliki bukan penentu sikap atau manner seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Justeru yang sering terjadi sebaliknya, wang lah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan