ADAKAH
SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?
Bangsa yang hilang itu adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama
meninggalkan Tibet;bergerak ke arah timur ke satu destinasi yang tidak
diketahui.Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini.Kerana di dalam
kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa
yang hilang.Juga Bumi Mala...
Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi
segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA
adalah negatif. Kemudian Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang
Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian
DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah
orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.
Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai
salasilah keturunan Bani Israel mereka.MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR,
LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN.Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi
tua bahwa 'lost tribe' dari kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal
berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang
Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah
terdiri daripada orang-orang Melayu.
Ini tidak bercanggahan dengan mana-mana hadis mengenai Imam Mahdi. Mengikut
manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi,sebahagian
daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan
Bani Israel , iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh , iaitu anak
kepada Nabi Yusuf a.s. . Nabi Yusuf ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan
Ephraim).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan
bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli
Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri
di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada
hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi ,
Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia
Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut
Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang
arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi.Maka ada kemungkinan Scythia
merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s.
mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari
kajian setakat ini).
'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12
(puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada
peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi
ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum satanik-The Khazar dan Ashkenazi) namun
masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi
Ibrahim dan Nabi Yusof,ajaran wahyu dari kitab Taurat.Pada istilah hari
ini,mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati
dan Zionis.
Di mana mereka?Jika semua jigsaw puzzle dicantumkan,maka ia akan jadi begini:
TERDAPAT MELAYU YANG BERASAL DARI HYBRID PUAK MANESSAH DARI KETURUNAN YAAKUB
DAN ISHAK DARI SITI SARAH DAN KETURUNAN KETURAH.
Kombinasi hebat dan terbaik.Darah Siti Sarah dan Siti Keturah bertemu di
sini.Mungkin bukan kesemuanya tetapi 'The Lost Tribe' telah hilang di Bumi
Mala. Perkahwinan? Mungkin. Jika berpandu pada petunjuk ini,'The Lost Tribe'
Manessah berkemungkinan besar telah terserap ke dalam bangsa misteri di Timur
Jauh ini.Bersembunyi dan hilang begitu saja.
DENGAR BAIK-BAIK RAHSIA INI.
Salasilah keturunan Imam Mahadi yang diketahui setakat ini adalah gabungan dua
garis keturunan.Disebelah ayah adalah dari jurai Rasullullah s.a.w hinggalah ke
Nabi Ismail dan Siti Hajar.Di sebelah ibu adalah dari jurai yang sama dengan
Nabi Isa a.s,Nabi Sulaiman a.s,Nabi Daud a.s hinggalah bersaudara dengan Nabi
Yusof a.s sampai ke Nabi Yaakub a.s,Nabi Ishak dan Siti Sarah.Kombinasi
Keturunan yang terbaik.
Retakan bahagian atas pada kunci rahsia:
Jurai Yahudi dari keturunan Yusof a.s-Manessah (kaum yang mengikut ajaran
Ibrahim dan Musa),'The Lost Tribe' yang lari (Melayu juga bermaksud
lari,pindah,hijrah dalam dialek satu sukukaum di Indonesia) bukan di Amerika
seperti penipuan Mormon-Yahudi (menyelindungkan niat sebenar mereka) tetapi di
Bumi Mala.INI BUKAN UNTUK MENGATAKAN MELAYU ITU YAHUDI TETAPI MELAYU ADALAH
BANGSA BESAR YANG ADA SEJARAH DENGAN BANGSA YAHUDI.
Retakan bahagian bawah,pemegang kunci rahsia:
Ahli Bait yang lari dari pemerintahan kejam Umayyah dan Abbasiah, Ahli Bait keturunan Rasullullah
s.a.w telah hilang, atau menyembunyikan identiti,kadang-kadang berselindung
pada nama Syed dan Syarifah (namun kini semakin ramai orang Melayu memakai
gelaran ini sehingga ia menjadi tidak ekskusif lagi kepada keturunan
Rasullullah s.a.w).
bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan