TELAH
LENGKAP RAMALAN DAN PERKIRAAN.HARI YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA.
Catatan Yunani, Portugis, Belanda, Sepanyol, Jepun dan China menunjukkan
tamadun Melayu hebat dengan teknologi perkapalan dan persenjataan mengatasi
bangsa-bangsa lain pada zaman abad ke-2 M hingga abad ke-16 M. Sebenarnya dalam
zaman Portugis itu memang tercatat dalam tulisan Portugis yang menyatakan
tukang-tukang Melayu dalam membuat kapal yang dibawa ke negaranya untuk
dipelajari teknologi perkapalan itu.
Cerita kehebatan Melayu dalam pelayaran terbukti dengan kisah rakaman Sepanyol
terhadap seorang ahli pelayaran Melayu yang digelarnya ‘Si Henry Hitam’ (Henry
The Black/Enrique) yang dijadikan pembantu penting Magellan mengelilingi dunia.’
]- dipetik dari blog Mistisfile
Persoalan tentang siapa dan bangsa mana yang mempunyai teknologi membina
piramid dan negarakota..eloklah sekali lagi kita membaca artikel yang berguna
dari M.O ini.
M.O memulakan kod rahsia misteri bangsa ini dengan nama seorang wanita iaitu
Keturah!
Siapakah keturah ini?
Klik Sini :
http://mistisfiles.blogspot.com/2009/03/alter-terahsia-bangsa-melayu-bhg-1.html
M.O menulis begini…….
[ “Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan
dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu
sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi
terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat
raja agung Sargon yang memerintah Akkadia.
Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan
raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari
bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu. Sesungguhnya Piramid
Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah
dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang
lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang
diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi
terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton
filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah
padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam
menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan
koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli
astronomi dan ahli nujum Istana.
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan
dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini
antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung
yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah
penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung
telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.
Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion
adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang
menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid
terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman
itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita
dapati hari ini.Tidak percaya?.
Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.
Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah
dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang
bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan
kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah
banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.
Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita
dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang
agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal Nabi Nuh boleh membina kapal
yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100
orang?FIKIRKAN.
100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk
membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh
terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina
kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam
beberapa minggu sahaja).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiHFS4blCM6YqRvnb6MdLAsFvTzMRlmEcBrnt_F7LpfbxcRH6mGN7GaJtq8unrzMRNwfFLzlDg4Z0VUPSw4DMSiyYFVtjkJIdE4TH9nW5Vu0VrbAQT6sXhi7c4E3J0tnZHw71rZn3jp8mub/s1600-h/kapal+nabi+nuh.jpg
Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat
mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak
akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan
kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini
sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di
dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih
dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat
melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya
Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana
kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas
2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama
sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000
tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia
pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu
tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika
Banjir Besar.
Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah
seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat
terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan
yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa. TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU
BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam
bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut
dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan” ] -
dipetik dari Blog Mistisfile.
Mari kita jejaki lagi bangsa misteri ini di nusantara! Jika candi Prambanan
dikaitkan dengan agama hindu,maka candi Borobudur pula dikaitkan dengan agama
budha!kenapa ukiran keris juga diabadikan di dinding candi tersebut?Siapakah
bangsa yang memahat batu-batu dinding candi itu dengan kod-kod rahsia untuk
dibaca oleh generasi selepas mereka?sudah tentu mereka bercerita tentang
kehidupan mereka dan sudah tentu keris juga adalah sebahagian dari hidup
mereka!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSC5pnAwnDPyW8fotrVrUp6AK_5w7zu6vU2IzMnMdMAC3uOr5gjD2QmDjimtroUMj26HuxwQpab9TLoF_S3OYIVShC_NZ8sJnGQOWBnaZUpC7_lkf7olVyupjTZwvOYBX1hG4WodZ3yXO2/s1600-h/keris+di+borobudur.jpg
Sila klik sini untuk membaca artikel seterusnya :
http://www.geocities.com/javakeris/kerisology.htm
Apa yang berlaku 20,000 tahun lampau? Apakah jenis peradaban yang ada ketika
itu?
Alangkah terkejutnya kita bila kita mengetahui mereka sudahpun mencapai tahap
ketamadunan hidup yang tinggi! Sila klik siniuntuk membaca seterusnya.
http://www2.hawaii.edu/~yakovee/theorigin.htm#thelostcontinent
Baiklah...jika semua kod rahsia dan semua rahsia besar telah anda ketahui...
maka, saya ingin mengajak anda pula untuk berfikir sedikit mengapa pula agaknya
Gereja Besar berbentuk kapal Nabi Nuh itu telah didirikan di atas Bukit Jalil
dan apakah tujuan utama pembinaannya?
Sila lihat Gereja itu- klik sini
http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html
Selamat membaca dan selamat berfikir!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan