BERITA TERBARU --> Brunei sudah kita bila?: Saya sangat terharu dan terlalu gembira saya apabila mendapat berita bahawa DYMM Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei Darussalam mengisytiharkan bahawa negara Brunei akan melaksanakan syariat Islam sepenuhnya mulai bulan April tahun hadapan. Pelaksanaan ini turut memberi jaminan bahawa perundangan Islam itu hanya diperuntukkan kepada umat Islam yang bermastautin dan rakyat Brunei itu sendiri.
Bertuahnya rakyat Brunei mempunyai Raja dan juga sebagai Pemimpin yang benar-benar mahukan Islam ditegakkan mengikut apa yang diperintahkan sebagaimana yang termaktub dalam ajaran al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Pelaksanaan syariat Islam termasuklah hudud, qisas dan takzir akan menjadi kenyataan dan Baginda akan memastikan undang-undang Islam itu dilaksanakan dengan adil serta yakni tanpa mengira sesiapa sahaja. Perbicaraan di mahkamah syariah dilakukan teliti sebelum hukuman dijatuhkan.
Sebelum ini pun negara Brunei Darussalam telah dengan jayanya dapat menghapuskan kemasukan minuman arak kenegara tersebut. Sesiapa didapati meminum arak di khalayak ramai termasuk di lobi hotel dan seumpamanya akan dikenakan hukuman. Di negara itu juga tidak ada pusat hiburan saperti kelab malam dan begitu juga boleh dikatakan 99 peratus wanitanya yang beragama Islam menutup aurat. Setiap hotel dan resort akan dipastikan tiada pelacuran dan setiap pasangan untuk menginap dibilik hotel juga diperiksakan kedudukan status mereka.
Masjid dan Surau dipenuhi dengan pelbagai aktiviti termasuk ceramah, amalan berzikir, bacaan al-Quran dan sebagainya demi memberikan kesedaran kepada umat Islam tanpa apa-apa selindung di sebaliknya.
Sultan Brunei itu sendiri bertitah bahawa dengan mempraktikkan segala hukum hakam Islam itu nanti akan terlaksanalah tanggungjawab untuk menjalankan amanah sebagai Pemerintah sebagaimana yang dikehendaki oleh agama Islam sapertimana yang dituntut. Kami mendoakan semoga negara Brunei Darussalam akan bertambah makmur dan diberkati. http://bit.ly/16rBMF6
Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan