‘Diterajang’ Talak Tiga Selepas Tiga Jam Bergelar Isteri

Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar, Balik Pulau Ahad lalu.
Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.
“Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.
“Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

1 ulasan:

  1. Apa sebap dan kenapa,pasti ada sebap?dalam kemungkinan awak dah di tebuk tupai...sebap bekas suami awak bayar awak memakan belanje ribuan ringgit tapi di malam pertama bekas suami tak puas hati sebap bukan dia yang rasmi awak tatapi awak rupanye sudah di tebuk tupai...betul tak?

    BalasPadam