NI DIA MENTERI PEMBOHONG....

SIAKAP SENOHONG
 GELAMA IKAN KELI 
BERCAKAP BOHONG
 LAMA-LAMA JADI MENTERI
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
 jatuh ke tanah jua. 
Perumpamaan ini sesuai di tuju kepada 
Shabery Cheek, sudahlah rompak duit rakyat 
untuk kegunaan aktiviti yang tidak berfaedah.

Shabery Cheek berbohong apabila cuba mempertahankan kenyataannya sebelum ini,

 konsert K-Pop tersebut menggunakan 
wang penaja walhal menggunakan wang rakyat.

Ketua Audit Negara mempertahankan laporan

 tersebut dan menegaskan bahawa wang rakyat
 telah dibazirkan untuk bayaran konsert tersebut.

Ikuti penjelasan beliau..

Amrin: Belanja K-Pop dari kantong kerajaan

Di tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta 

oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas,
 Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya ditanggung oleh kerajaan.

Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati 

sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan 
sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat,
 termasuklah konsert K-Pop tersebut.

"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan 

menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan 
mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan 
dengan mereka ketika audit dijalankan.

"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu 

maklum balas emel kepada media.

Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, 

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang 

dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan 
duit pembayar cukai. ~mk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan