40% makanan di Israel adalah sampah


Salah satu sebab kenapa berlaku kelaparan adalah ramai pengguna membeli banyak makanan tanpa mereka fikir kadar penggunaanya. Salah sebuah negara yang membuang makanan tertinggi di dunia adalah Israel.

Jabatan Perlindungan Alam Sekitar melaporkan sebuah rumah di Israel membuang makanan mereka bernilai 100 dolar sebulan. Menurut laporan ynet pada hari 9/11/2013 lalu dengan mengutip kenyataan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar menjelang hari makanan antarabangsa, angka ini akan kekal stabil selama dua tahun berikutnya. Jabatan ini juga mengeluarkan laporan iaitu 30 hingga 40 peratus makanan di Israel hanya menjadi sampah.

Hari Makanan Sedunia ditubuhkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO) dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kelaparan dan kemiskinan di seluruh dunia. Walaupun ancaman kelaparan di pihak Barat jauh, namun mereka mengalami budaya konsumerisme yang berlebihan sehingga mengancam beberapa negara yang bermasalah dengan kelaparan dan kemiskinan.

*Diterjemahkan dari sumber dari islampos.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan