Kanibalisme Di Brazil, Daging Mayat Dijadikan Kuih Dan Dijual




Sebuah tragedi kemanusiaan terjadi di Brazil di mana seorang lelaki, isteri dan kekasihnya membunuh dan memakan dua perempuan. Mayat mangsa di jadikan bahan campuran kek untuk di makan sendiri dan sebahagian lainnya di jual kepada jiran mereka. Dalam pembangunan kes tersebut ketiga orang ini juga di duga menjadi pelaku pembunuhan terhadap lima orang di timur laut Brazil

Mereka adalah Jorge Beltrão Negromonte 51 tahun , isterinya , Cristina Isabel Pires (juga 51), dan kekasihnya, Bruna Oliveira da Silva 25.

Polis mengatakan bahawa ketiga orang tersebut adalah pengikut sebuah mazhab yang mengajarkan " pemurnian dunia dengan cara mengurangkan jumlah penduduk dunia. "

Dalam penyelidikan yang dilakukan oleh polis tempatan , Polis menemui mayat dua wanita di halaman rumah mereka. Perilaku sadis mereka ini juga membangkitkan kemarahan masyarakat disekitar tempat tinggal mereka.

Yang unik dari tragedi ini adalah Jorge Beltrão Negromonte mengarang sebuah buku yang berjudul Revelaciones de un esquizofrénico ( Sebuah wahyu dari Skizofrenia ) buku ini berisi tentang butiran kegiatan ritual pemujaan yang mereka lakukan. Dari buku tersebut polis memulakan Siasatan atas kes yang dia lakukan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan