Los Angeles: Sebuah syarikat kejuruteraan di California mendakwa menjadi pengeluar pertama pistol melalui pencetak tiga dimensi (3-D) sambil melancarkan video menunjukkan senjata keupayaannya, semalam.
Bagaimanapun Solid Concepts menyifatkan ia sebagai perintis dunia perkhidmatan percetakan 3-D berkata.
Kata Naib Presiden Solid Concepts, Kent Fireston, syarikat itu, menghasilkan pistol 1911 itu tidak murah kerana memerlukan kos lebih banyak berbanding pencetak desktop.
“Fungsinya cukup cantik,” katanya merujuk kepada senjata api itu dalam klip video berkenaan.
“Pakar pistol kami sudah melepaskan 50 pusingan tembakan dan mengenai beberapa sasaran pada jarak 30 meter,” katanya.
Senjata api itu mengandungi lebih 30 komponen cetakan 3-D, termasuk bahagian keluli dan logam lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan