Gempar!! Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS (Gambar) Farah Noor Samat


 
Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian g sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.

Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.

"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.

"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan