Hukum Lelaki Memakai Seluar Ketat

korean style for men Hukum Lelaki Memakai Seluar Ketat
Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, seperti mana yang kita tahu, rakyat di Malaysia terutamanya di kalangan remaja amat menitik beratkan trend pemakaian mereka dalam kehidupan seharian. Trend pemakaian di zaman ini amat penting bagi melambangkan identiti seseorang itu sama ada baik mahupun buruk.
Bagi kaum adam, kebanyakkan mereka gemar memakai seluar jeans ataupun seluar yang seangkatan dengannya yang dikatakan lebih selesa di pakai kemana sahaja. Ada juga yang gemar memakai seluar yang ketat kerana ia menampakkan seseorang itu lebih tinggi apabila memakainya. Selain itu, pemakaian seluar ketat juga banyak dipakai ketika bersukan dan sebagainya.
Hukum Memakai Seluar Ketat
Soalan : Assalamualaikum, saya nak tanya apakah hukum seorang lelaki yang terlibat dalam sukan lumba basikal memakai seluar ketat tetapi panjang sampai ke buku lali. Boleh dikatakan seluar tu ikut bentuk tubuh lelaki yang memakainya. Sekian terima kasih – dari Kulim, Kedah.
Jawapan :
Haram ke atas perempuan memakai seluar ketat hingga menampakkan bentuk punggung atau pahanya. Ada pun kaum lelaki memakai seluar ketat maka hukumnya adalah makruh tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya maka tidak sunyi hukumnya menjadi haram, wallahua’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan