Hukuman Buat Israel


AMSTERDAM - Pembekal minuman air terbesar Belanda, Vitens mahu memutuskan hubungan dengan syarikat bekalan air Israel, Mekorot.

Kelmarin, jurucakap Vitens memaklumkan mereka tidak lagi akan menjalinkan kerjasama dengan Israel pada masa hadapan.

"Kami membuat keputusan ini sebagai 'hukuman' kepada Israel kerana tidak memberikan akses kepada penduduk Palestin untuk mendapatkan air bersih dipetik dalam Press TV.

"Selain itu, tindakan ini juga ada kaitan dengan kedegilan Tel Aviv yang meneruskan projek penempatan haram Yahudi mereka walaupun ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa," jelas wakil syarikat tersebut lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan