Konflik Syria, Syiah dan Ulama PAS.


Tindakan laman harakahdaily meng-upload artikel tulisan Presiden PAS, Ustaz  Abdul Hadi Awang  berkaitan permainan kuasa-kuasa besar di sebalik konflik di Syria memperlihatkan kelemahan analisa Presiden PAS terhadap status kelompok Syiah dalam Islam  dan mencerap isu konflik antara pejuang-pejuang Islam di Syria yang bermazhab ahli Sunnah menentang kerajaan zalim dan kejam Bashar al-Asad dari blok Syiah Nusairiyyah. Semua mengetahui dibelakang rejim kejam dan lebih rakus dari Zionis itu disokong oleh Iran, Hezbullah, Syiah Iraq dan sekutu-sekutu mereka dari blok Komunis terutamanya Russia  dan pihak Israel  sendiri.

Beberapa pembaca blog cuba menjelaskan bahawa artikel presiden PAS tersebut merupakan recycle dari tulisan beliau tahun 2012 yang lalu, namun mencetus persoalan ialah tujuan sebenar artikel tersebut diupload semula. Kita semua tahu didalam akhbar utama PAS (harakah) wujud tangan-tangan  ghaib ‘Syiah’  dalam beberapa peringkat penting dalam akhbar tersebut. Tidak hairanlah isu Syria yang sedang bergolak lebih dari dua tahun lalu tidak menjadi fokus liputan yang sewajarnya dan tindakan berkenaan berjaya menutup kekejaman sebuah negara Syiah terhadap umat Islam Sunni yang merupakan penduduk majoriti  di Syria.  Peristiwa di Syria merupakan aib yang besar kepada identiti golongan Syiah yang tidak mampu ditutup lagi oleh penyokong-penyokong Syiah di peringkat mana sekalipun tidak seperti kejadian di Iraq yang lalu. Di Iraq logiknya kerana memandang sesama Islam, Syiah dilihat sepatutnya kumpulan yang patut menang dan Sunni dilihat sebagai pihak yang wajar menerima kekalahan kerana jumlah penduduk Syiah majoriti di Iraq. Hakikatnya cerita sebenar mengenai kekejaman Syiah di Iraq tidak dinilai dengan sewajarnya. Cerita Iraq sudah basi sama sekali seperti cerita-cerita fiksyen barat kerana penjajahZionis  bersama Syiah berjaya menutup hikayat 1001 Baghdad dengan kawalan media yang ketat.  Tidak seperti Syria, blok Barat masih mengintai-intai peluang terhidang untuk kepentingan mereka kerana bimbang kejatuhan Syria akan memposisikan kumpulan jihad terutama al-Qaeda (Jabhah Nusrah rangkaian pejuang Sunni Iraq), FSA  dan mujahidin dari 29 negara Islam yang lain sebagai pihak yang berkuasa di Syria. Bahaya kedudukan ini bukan kepalang bagi Barat. Keadaan ini hampir-hampir berlaku di Libya tahun-tahun sebelum ni, cuma mereka bernasib baik sempat memintas pada saat-saat akhir. 

Isu-isu di Syria sangat menyayat hati dan penderitaan penduduknya lebih dahsyat berbanding keadaan sepanjang penaklukan Zionis  di Palestin. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Syria tidak ada ukurannya untuk hari ini. Kejadian ini mengulangi pembunuhan beramai-ramai  yang dilakukan oleh musuh Islam ; Syiah Imam 12 -Moghol Tartar di Baghdad yang lampau, mengulangi peristiwa pembunuhan beramai-ramai keatas umat Islam semasa pengisytiharan agama Syiah Imam 12 sebagai agama rasmi di Iran pada abad ke 16 yang lampau dan peristiwa-peristiwa yang lain seperti serangan Timur Lenk keatas Syam dan Baghdad dan terakhir penaklukan Syiah bersama Amerika dan tentera bersekutu ke atas Iraq pada 2003. Tidak perlu dikira jumlah korbannya, kita maklum Syiah yang pernah seketika dianggap wira umat Islam melawan rejim despotik ketika  dan selepas revolusi Iran nyatanya adalah musuh sebenar umat Islam. Kata-kata, slogan-slogan munafiq dari pemimpin lebai dan munafiqnya ; kononnya ingin menghapuskan tentera Israel dari  muka bumi nyata tidak boleh dipakai langsung dan kata-kata mereka muncul setelah sepanjang siri sejarah umat Islam mereka adalah pembunuh nombor satu umat Islam sebelum Zionis lagi.

Ciri-ciri munafiq dan kejahatan yang tersemubunyi dalam hati Syiah tidak pernah padam bahkan sentiasa diteruskan bersama Zionis di Afghanistan dan Iraq serta bersama Komunis  dan Israel di Syria. Malang sungguh seketika umat Islam terjerat dengan agama dan kaum munafiq ini mengharapkan mereka berjuang dibarisan depan umat Islam untuk membebaskan Palestin. Kita percaya ramai ulama Islam yang lalu terjerat dengan strategi palsu kononnya setia dengan fatwa  dan kerusi feqah ulama’ al-Azhar, setia dengan deklarasi Amman Message dan pelbagai persepakatan Sunni – Syiah tajaan Iran untuk persidangan gerakan Islam sedunia, namun hari ini sikap dan sambutan baik terhadap seruan agama Syiah untuk bersatu dan menjaga persaudaraan umpama hampas semata-mata  kerana dirosakkan oleh golongan Syiah sendiri.

 Masih ramai ulama’-ulama’ dan cendekiawan hidup dalam bayangan fatwa al-Azhar mengenai Syiah, kerusi fiqh ja’fari yang tidak pernah terlaksana dan Amman Massage. Bukan sikit pula yang hidup di bawah bayangan persaudaraan dan kesatuan gerakan Islam tajaan Iran merelakan diri mereka dibius oleh taqiyyah Syiah sehingga pimpinan gerakan Islam termasuk di negara ini masih berdegar-degar melaungkan Syiah min ahli Islam (Syiah dari kalangan umat Islam) saban waktu walaupun yang menaja persidangan tersebut secara terang-terang melancarkan serangan secara terang dan sulit untuk membunuh umat Islam dan membunuh aqidah umat Islam di bawah semangat gerakan Islam. Sudah lama saya ingin menanyakan kepada promoter slogan Syiah min ahlil Islam dan kerusi fiqh Ja’fari apakah kerana halalnya feqah Syiah  Ja’fari mereka sudi menjama’kan  solat lima fardhu kepada tiga waktu selama-lamanya seperti pegangan Syiah Ja’fari? Sediakah mereka  memut’ahkan isteri dan anak-anak masing-masing kepada orang-orang Syiah kerana itu adalah halal di sisi Syiah. Sediakah mereka membuat bid’ah-bid’ah baru dalam aqidah dan ibadat menurut kepercayaan Syiah?  Lupakah mereka beberapa ulama’ yang terlibat dengan usaha perpaduan ini, bahkan mengajar fiqh Syiah kepada awam akhirnya meninggalkan terus kerja terkutuk menyamakan Syiah dari sudut mazhab kerana kerja-kerja ini umpama menghalalkan apa yang haram di sisi Allah s.w.t ! Tidak kenalkah mereka kepada Syeikh Mustafa al-Sibaie dan karyanya yang terkenal ?

Jika mata kita celik dan peka dengan keadaan sekeliling bukankah hari ini ternyata Syiah dan Sunni tidak pernah lagi ada harapan untuk bersatu. Bukankah kita sudah nampak hari ni Syiah bila semakin kuat mereka meninggalkan perpaduan Sunni-Syiah mereka akan bersama Syiah sahaja bahkan melakukannya dengan membunuh Sunni !  Bila mereka (Syiah) lemah seperti zaman Turki Uthmaniyyah yang lalu mereka menggesa perpaduan Sunni-Syiah yang akhirnya diwarisi oleh fatwa al-Azhar yang berdasarkan faktor semasa tersebut!      


Penulis menyediakan mukaddimah yang panjang untuk maksud sebenar tulisan ini. Kekejaman rejim Bashar terhadap penduduk Sunni mencetuskan pertembungan pemikiran dan emosi di dalam pimpinan PAS sendiri antara kem Syiah atau pendokong Mat Sabu dengan geng-geng ulama muda dalam pemuda PAS.  Isu Syiah di dalam PAS mengalami beberapa capahan reaksi dari organisasi, pimpinan dan pendukung grassroot. Kebanyakkan mereka yang menghampiri pintu barisan kepimpinan ulama PAS sedia mengetahui golongan ulama’ seperti Dato’ Haron Taib, Dr. Aziz Hanafi dan Ustaz Mat Daud Iraqi dan beberapa nama lain dari ulama’ muda sangat menetang kemasukan pengaruh Syiah di dalam PAS.  Dari segi organisasi, PAS melihat isu Syiah sangat mengaibkan mereka kerana status agama (yang mereka sebut mazhab) tersebut sangat kabur tambahan amalan Syiah sangat berbeza dengan Ahli Sunnah lebih-lebih lagi Syiah diwartakan sebagai ajaran sesat oleh pemerintah. Oleh itu beberapa pimpinan PAS melihat isu mengaitkan Syiah dengan PAS dilihat usaha dari pihak UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mengaitkan PAS dengan ajaran sesat Syiah. Walaupun usaha-usaha itu sebenarnya dilakukan oleh orang PAS sendiri untuk menyingkirkan Syiah dari organisasi tersebut.


Namun apakah Syiah dan PAS boleh berpisah?  Bagi yang mendukung organisasi PAS memahami bahawa kesan revolusi Iran sangat tinggi pada PAS sehingga kebanyakan sarjana mengaitkan kepimpinan ulama’ dalam PAS adalah pengaruh dari revolusi Iran. Orang-orang PAS mesti tidak senang dengan pendedahan memoir Dato Asri Muda bahawa kempimpinan ulama’ pada muktamar 1982 diselaputi semangat revolusi Iran dengan laungan marakbar Asri! [mampus lah Asri] semasa penggulingannya. Beberapa nama dikaitkan dengan kumpulan revolusi dalam Pas yang menaja kepimpinan ulama. Namun kepimpinan ulama’ walaupun menerima semangat revolusi Iran tetapi mengambil pendekatan Ikhwan Muslimin dengan meletakkan Mursyidul Am dipuncak penginstitusian ulama’ dalam PAS.

Tetapi pengaruh Syiah mula menular walaupun gagal secara institusinya. Kem kumpulan revolusi seperti Mat Sabu, Malek Husein, Ali Maidin dan Mohd Ismath Habib berapa lama bertapak dalam organisasi PAS, Kohilal dan PAS Cawangan Kuala Lumpur. Perinciannya boleh lihat dalam tulisan Mohd Fadli Ghani mengenai perjuangan PAS dan PAS Wilayah Persekutuan. Apakah golongan ini yang disebut sebagai PASab (PAS Ahli Bayt)?  Di dalam organisasi Ulama’ Ustaz Hasan Salleh (sudah meninggal) bekas pensyarah UKM  pernah menjawat Ketua Dewan Ulama di dalam Organisasi PAS menjaja nama Syiah di merata tempat dalam ceramahnya sebelum ditendang keluar dari PAS.  Apakah saki baki ini tidak berbenih dalam PAS atau sekurang-kurangnya dalam lingkungan generasi kedua dalam gerakan Islam di Malaysia? Bagaimana pula dengan perkembangan subur Syiah dalam PAS melaka yang dikaitkan dengan kumpulan revolusi Mat Sabu?  Bagaimana pula kumpulan revolusi Mat Sabu boleh mendapat pengaruh besar dalam pimpinan PAS Johor? Sehingga kumpulan ini terpaksa membuat penafian sebelum PRU 13 untuki membersihkan nama beberapa individu dari cap Syiah!  Mengapa kelompok-kelompok Syiah di Pendang berkempen sakan di kalangan pengundi UMNO dan PAS supaya memenangkan calon mereka ? Pak Bakaq sendiri mengakui calon Pas di Pendang kalah kerana isu Syiah (walaupun penulis tidak dapat membuktikan Mat Sabu sebagai Syiah kerana sebutan lazim baginya ialah kumpulan Revolusi Iran).

Persoalan-persoalan ini walaupun agak basi tapi perlu dijadikan landasan bahawa PRU 13 yang lalu PAS mengalami kegagalan paling teruk di Kedah (dan umumnya) bukan kerana  faktor SPR semata-semata tetapi ada isu yang lebih besar yang nyatanya bertentangan dengan situasi di Syria. Apakah Pas mahu berselindung lagi menjunjung pendokong revolusi Iran yang boleh dituduh sebagai Syiah dalam organisasinya, membawa satu sayap ke Syria menziarahi kerajaan zalim Bashar al-Asad ? Peristiwa ini sangat mengguris perasaan umat Islam negara ini! Penulis masih ingat di awal pencalonan beberapa calon Syiah tersebar berita dibalik tabir bahawa beberapa nama besar tidak akan dibenarkan bertanding untuk mengendurkan serangan kempen anti Syiah terhadap Pas dan UMNO dalam PRU yang lalu. Antara yang disebarkan ialah kita menangkan PAS dulu lepas itu kita sama-sama lawan Syiah, UMNO lebih penting ditumbangkan. Kesudahannya PAS paling sikit mendapat kerusi Parlimen! Ini semua salah SPR ! benarkah?

Tulisan ini mengajak kita semua berfikir antara tuduhan UMNO dengan realiti sebenar yang berlaku sebenarnya memberikan kesan kepada aqidah umat Islam. Walaupun kita tahu kelompok Syiah tidak pernah berhenti melancarkan propaganda, melobi pihak pemimpin utama termasuk UMNO dengan simbol-simbol  dan tujuan perjuangan kumpulan mereka untuk jangka panjang dan pendek, apakah ulama-ulama’ dalam PAS tidak boleh fikir perjuangan yang diselimuti aqidah yang busuk dan kotor terhadap para sahabat nabi atas nama Islam, bukan keutamaan untuk diselesaikan sebelum memperjuangkan anti-APCO, UMNO, ABU dan kempen serangan terhadap peribadi pemimpin-pemimpin UMNO !  Atas dalil apakah kepimpinan ulama’ menerima Syiah sebagai umat Islam yang lebih bersih dari aqidah berbanding UMNO!. Sepatutnya mereka perlu menilai semula situasi ini.

Di luar negara Syiah merosakkan perpaduan Islam dengan membantai Sunni di Syria dan Iraq. Iran sanggup bersekongkol dengan kuasa jahat untuk membantai umat Islam di Syria kita di dalam negara terhegeh-hegeh melaungkan revolusi Iran, mengambil semangat revolusi Iran yang palsu tersebut. Kelembapan membaca sitsuasi ini sangat merugikan perjuangan Islam. Sepatutnya anasir Syiah dan versi revolusi Iran sudah dicampak ke laut dan sememangnya sudah ketinggalan zaman. Sebagai organisasi Sunni,  PAS perlu berdikari selaras dengan perlembagaannya aqidah Ahli Sunnah dan membenarkan usul-usul tindakan membanteras ajaran Syiah dibahaskan secara terperinci.  Golongan ulama’ PAS tidak perlu takut lagi kepada kumpulan profesional yang pro-Syiah berdasarkan prestasi PRU 13 yang lalu. Penulis akhiri, muhasabah diri sebagai umat Islam di atas aqidah yang benar dan membersihkan organisasi dari anasir yang menjelekkan sangat utama berbanding bersekongkol dengan kumpulan munafiq. Slogan kekaguman pada Khomeini, revolusi Iran, Syiah min Ahlil Islam ternyata slogan palsu dan perlu digantikan dengan ciri yang bukan munafiq. Jika hari ini berbaris-baris ulama' Ahli Sunnah di Timur Tengah memulakan langkah lebih jelas dan ada yang memperbetulkan pandangannya semula berkaitan isu Syiah dan Syria, di Malaysia, ulama Sunni jenis manakah kita yang sentiasa lembik dan tidak bermaya dalam ilusi dan khayalan yang tidak berkesudahan. Wallahu A’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan