SETELAH 20 TAHUN, KINI AMERIKA IKTIRAF PENGORBANAN TENTERA MALAYSIA

Pastinyer korang pernah saksikan movie bertajuk 'Black Hawk down' dimana diadaptasi dari kisah sebenar operasi menyelamat di Somalia yang melibatkan anggota askar Malaysia. Sehingga menyebabkan anggota tentera malaysia yang terkorban. Kini setelah 20 tahun baru mengiktiraf pengorbanan tentera malaysia.


Pertempuran Mogadishu adalah sebuah pertempuran diantara Pasukan Tentera Amerika Syarikat dan pejuang gerila Somalia yang setia kepada Mohamed Farrah Aidid pada 3 Oktober 1993 di daerah Black Sea di Mogadishu, Somalia. Ketika itu tentera Amerika Syarikat melakukan operasi untuk menangkap Mohamed Farrah Aidid. Dalam operasi itu dua helikopter MH-60 ditembak jatuh. Sebuah pasukan gabungan dihantar untuk menyelamatkan pasukan yang terperangkap. Pasukan itu terdiri daripada pasukan dari Pakistan, Malaysia, dan Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat (AS) secara rasminya mengucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah menyelamatkan anggota tentera negaranya itu di Mogadishu, Somalia selepas 20 tahun kejadian itu berlaku.


Walaupun kisah pengorbanan tentera Malaysia yang menyertai operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSOM II) pada 3 dan 4 Oktober 1993 itu tidak pernah didedahkan malah langsung tidak dipaparkan di dalam filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott pada 2001, pengisytiharan itu amat membanggakan ATM.

Sementara itu, Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly berkata, negaranya amat terhutang budi dengan pengorbanan anggota ATM yang disifatkan sebagai berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang terperangkap dalam serangan militan Somalia ketika itu. Jasa tentera Malaysia ini akan dikenang dan AS mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan berani pasukan ATM untuk menyelamatkan anggota kami dalam kejadian 20 tahun lalu itu.

Dalam kejadian itu seorang anggota tentera Malaysia telah terkorban dan sembilan lagi tercedera dalam operasi menyelamat di Mogadishu itu. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Pengiktirafan Full Training Capability dan Pelancaran Blueprint Pusat Pengaman Malaysia, di Telok Kemang.










sumber : blogammar.com

1 ulasan:

  1. adakh penting pengiktarafan drpd yahudi? Adakah menjadi kebangaan kitaapabila dpt bekerjasama dgn yahudi sdgkan mereka tlh menumpahkan darah ramai org Islam drpd pelbagai bangsa dan warna kulit? belajarlah drpd ketenteraan Salahudin al-ayubi.

    BalasPadam