Tahun 1932 Raja Iraq Bermimpi Sahabat Nabi Supaya Jasad Mereka Dipindahkan

Pada tahun 1932 (tahun 1351H), Raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dia ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) berkata :
King Faisal 1 of Iraq, 1921-1933.
Raja Faisal
" Wahai raja ! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepian sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang selamat kerana kuburanku sekarang dipenuhi oleh air; kuburan Jabir juga sedang dipenuhi oleh air. "

Mimpi yang sama berlaku berulang kali pada malam-malam berikutnya akan tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana dia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya seperti urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah al-Yamani berkata dalam mimpi sang Mufti itu:

" Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazah akan tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahukanlah kepada raja agar dia mhau sedikit empati untuk memindahkan kubur-kubur kami. "

Lalu setelah membincangkan masalah ini, Raja Faisal disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berusaha melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai perkara ini dan Perdana Menteri akan memberikan kenyataan kepada akhbar supaya semua orang tahu tentang rancangan besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rancangan ini akan dijalankan pada tarikh 10 Zulhijjah selepas solat Zohor dan Asar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin kerangkanya) akan dipindahkan ke tempat lain.

Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga ikut berkumpul di bandar Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rancangan itu selama beberapa hari agar mereka juga boleh melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai menjalankan ibadah haji. Akhirnya Raja Faisal bersetuju untuk menangguhkannya dan mengundurkannya hingga tarikh 20 Zulhijjah.

Selepas solat Zohor dan Asar, pada 20 Dzulhijjah tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Maseh, ramai orang datang ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin, juga orang bukan Islam. Mereka berkumpul di bandar Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Hudzaifa al-Yamani dibuka, mereka melihat bahawa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Hudzaifa al-Yamani diangkat dengan menggunakan takal dengan sangat berhati-hati agar tidak rosak dan kemudiannya jenazah yang kelihatan masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Putera Faroq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah keranda yang dibuat khusus untuk menempatkan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al Ansari juga dipindahkan dengan segenap penghormatan .

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh ramai orang lelaki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan juga bukan Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenali kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tidak tersentuh bakteria pengurai sedikitpun. Keduanya dengan mata terbuka menatap kedepan menatap kenabian yang mana kedua-duanya membuat para penonton terkejut dan tidak boleh menutup mulutnya.

Keadaan sepi. Mereka seolah tak percaya atas apa yang mereka saksikan pada hari itu.

Selain tubuh keduanya yang kelihatan segar bugar. Begitu juga keranda mereka yang juga kelihatan masih utuh dan baru. Pakaian yang mereka kenakan pada saat dikebumikan semuanya berkeadaan baik dan jika dilihat seperti kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan semula di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lain yaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK lebih kurang 30 batu jauhnya dari bandar Baghdad. Kejadian ini mengundang kekaguman para saintis, kaum falsafah dan para doktor. Mereka yang biasanya yang sering berkicau memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing kali ini tunduk dan membisu dengan kejadian tersebut.

Salah seorang dari mereka ialah seorang ahli fisiologi dari Jerman yang kelihatan sangat tertarik dengan fenomena ini. Dia ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikebumikan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, dia berjumpa dengan Mufti Besar Iraq. Apabila dia sampai di tempat di mana peristiwa itu berlaku, dia terus memegang kedua tangan Mufti dengan eratnya sambil berkata: " Bukti apalagi yang boleh menguatkan bahawa Islam itu benar. Aku sekarang akan masuk Islam dan tolong ajarkan aku tentang Islam . "

Di hadapan beribu - ribu pengunjuung yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Begitu juga degan orang lain yang beragama Kristian atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih ramai lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan