682 lagi berdepan hukuman keras di Mesir


  •  Mac 26 2014
  • Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang diharamkan serta 682 lagi  dibicarakan pada Selasa atas pelbagai tuduhan, termasuk membunuh.

    Ia berlangsung sehari selepas lebih 500 lagi penyokong bekas presiden Mohamed Mursi dihukum mati, laporReuters.

    Perbicaraan dan hukuman mati beramai-ramai itu – terbesar dalam sejarah moden Mesir – menandakan tindakan keras terhadap Ikhwan menjelang pilihan raya presiden yang dijangkakan dimenangi pemimpin tentera Abdel Fattah al-Sisi.

    Pemimpin kanan Ikhwan, Mohamed Badie, 70, dibicarakan di mahkamah yang sama tempat 529 individu dijatuhkan hukuman mati, keputusan yang dikritik kerajaan asing dan kumpulan hak asasi.

    Peguam pembelaan memulaukan sesi Selasa di mahkamah selepas mempertikaikan keadilan hakim dan larangan membuat liputan terhadap wartawan.

    Protes meletus selepas perbicaraan itu bermula. Polis menembak gas pemedih mata ke arah beratus-ratus penunjuk perasaan.

    Gerakan Islam menggesa rakyat Mesir mengadakan protes di seluruh negara pada hari ini.

    Tindakan mahkamah Mesir itu turut dikritik Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendakwa ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

    Turut bernada sama Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan